Wednesday, August 29, 2007

Berdikari...

Ulangtahun Kemerdekaan ke 50 Malaysia dah dekat.

Aku terpikir apa sebenarnya makna merdeka yang kita banggakan ni? Tahun lepas, aku ada menulis bait2 di bawah ni yang menarik perhatian akak Bunga Rampai:

Sebenarnya,
Kita tak pernah merdeka
Kerana selamanya
Kita adalah hamba...

Aku sendiri dah lupa macam mana bait2 tersebut terlintas di benak aku tahun lepas, lalu digubah jadi puisi. Setiap kali aku tertengok iklan atau filem2 merdeka, aku teringat bait2 tersebut.

Ye lah2. Aku syok sendiri la dengan puisi aku berkenaan.

Entah kenapa aku rasa macam ada yang tak kena bila aku baca puisi tu.

Baru2 ni, aku terfikir. Mungkin aku tersalah tafsir maksud merdeka. Sebab tu aku rasa ada yang tak kena.

Setelah aku pikir2, baru terlintas di hati aku yang merdeka selalu ditafsir sebagai kebebasan. Kalau kebebasan saja, maka tafsiran tersebut aku rasa macam kurang lengkap.

Kebebasan bermakna semua orang boleh buat apa yang dia suka tanpa peduli kesan terhadap diri atau orang lain. Takde undang2. Takde risau dosa pahala. Kalu nak berguling2 di khalayak ramai pon takpe. Samalah macam haiwan, cuma haiwan tatau buat 3gp dan upload dekat internet.

Mungkin ramai yang fikir merdeka itu kebebasan. Sebab tu, kamu bacalah Harian Metro 1 September setiap tahun. Mesti ada kisah2 kondom serta botol2 arak bertaburan di Dataran Merdeka selepas semua orang balik ke rumah untuk tidur dan terlepas sembahyang Subuh atau berarak ke kelab2 sambil menari2 dengan bendera Jalur Gemilang. Kononnya patriotik lah tu.

Itulah merdeka bagi mereka agaknya. Merdeka mereka. Eh, kurang satu D je.

Ada jugak yang berkata untuk faham erti merdeka, kita perlu merasa erti dijajah dulu, macam orang buta yang dapat menghargai dan memahami erti celik dengan sebenar2nya. Proses transformasi dari satu keadaan ke keadaan yang lain. Metamorfosis mutant power rangers bak kata buku sains.

Mungkin betul. Tapi, bukankah semua makhluk berubah mengikut masa? Tapi, aku rasa tak semua makhluk merdeka.

Aku pikir2 lagi.

Tiba2 aku teringat sambutan ulang tahun kemerdekaan Amerika. Orang putih sebut Hari Merdeka diorang, Independence Day. Lalu, aku pon check kamus.

Independence bermaksud 'state of being independent' atau dalam Bahasa Melayu Malaysia 'keadaan yang tidak mengharapkan orang lain'. Satu maksud lagi untuk independence ialah 'freedom from the control, influence, support, aid, or the like, of others' atau dalam Bahasa Melayu Malaysia 'kebebasan daripada kawalan, pengaruh, sokongan, pertolongan atau yang gitu2 daripada orang lain'

Pahamlah aku yang merdeka tu maksudnya begitu. Maka, kenalah dengan bait2 tersebut.

Huhu... serius pulak tulisan aku.

Untuk yang lebih serius lagi, sukacita dimaklumkan bahawa hasil tinjauan skrin hitam putih, jantina anak kepada Sayut dan Erynn telah pon dapat dikesan.

"Sure Alom excited nih... suke je dia nak berbesan dengan kita... " komen bini tersayang.
"Eee... tanak aa berbesan dengan Wak..." aku.

Demikianlah sedikit petikan dialog antara aku dengan bini tersayang.

NOTA: Perhatian kepada Adik Alom, sempena Hari Merdeka yang menjelang tiba, kami ingin memohon maaf di atas segala umpatan2 kutukan2 gossip2 tentang anda dan suami anda yang berlaku di dalam dialog berkenaan.

Bini tersayang sudah mula rancak merancang jadual bershopping. Terima kasih kepada Adik Alom kerana telah membekalkan bini tersayang dengan lapan muka surat senarai barang2 yang anda nak kena beli.

NOTA: Ucapan terima kasih di atas adalah tidak ikhlas dan dituturkan dengan nada ala2 tak puas hati.

Nasib baik Syarikat bermurah hati nak bagi lima ketul vitamin B setiap sorang bulan depan. Kalau tak, tercungap2lah aku.

Nasib baik aku tak pernah merdeka. Dapatlah aku berharap kepada-Nya.

Selamat Hari Kebangsaan ke 50 kepada penduduk2 Malaysia.




Satu Warisan, Satu Matlamat: Tuhan.

p/s: Okeh, Syukies. Aku dah update. Boleh la aku main PS2 yang Parid dengan Zul tong2 beli hujung minggu lepas dengan senang hati.

Wednesday, August 15, 2007

Lapan.

Khas buat Cik Chivv dan Effi yang rindu kat aku.

Lapan fakta lawak rawak tentang aku:

  1. Aku anak ketiga daripada sembilan beradik.
  2. Aku berada dalam kandungan lebih dari setahun. Satu fakta yang aneh tapi benar.
  3. Aku lahir pada hari Jumaat di Simpang Empat, Hutan Melintang, Perak.
  4. Purata ukur lilit pinggang aku pada bulan Julai 2007 adalah 42 inci. Ukuran ini mungkin berubah2 dalam julat 1 inci, bergantung kepada jenis dan kuantiti makanan yang aku makan pada satu2 tempoh tertentu.
  5. Aku sudah tidak teruna lagi~ Nyia~
  6. Tarikh lahir aku sama dengan William Shakespeare. Tahun lain2.
  7. Aku telah bernikah dengan bini tersayang pada 6hb November 2005.
  8. Aku pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
Semua di atas adalah fakta.

Satu tip untuk kamu2 yang nak buat presentation, dipetik daripada kelas 'Dale Carnegie: High Impact Presentation' yang aku attend satu ketika dulu - mulakan hujah kamu dengan fakta. Kemudian, barulah diikuti dengan significant fakta2 tersebut.

Nak tahu apa significant lapan fakta di atas? Nenantilah aku tulis. Tengah takde mood dan tenaga untuk menulis sekarang ni. Otak krem. Hari2 perah kat ofis, sampai kering.

Sorilah kepada sapa2 yang datang jenguk blog aku hari2 tapi takde update. Dua tiga hari ni, aku lebih banyak menghabiskan masa membaca, berforum dan bermain peggle daripada menulis blog. Harap maklum.

Mekasih.

p/s: Alasan. Aku malas je sebenarnya. Oh, sorry Chivv. Tak ikut rules taggie. Huhu.

Monday, July 30, 2007

Rotan.

Aku risau betul bila guru atau pihak sekolah yang menghukum pelajar dipersalahkan atas tindakan menghukum tersebut.

Anak2 sekarang terlalu dimanjakan sehingga hilang rasa hormat kepada orang yang lebih tua. Bila hukuman yang dikenakan terhadap anak2 ini pula dipersoalkan, mesej apa yang cuba disampaikan kepada mereka? Biadap itu sebenarnya tak salah? Mengingkari arahan guru adalah perkara yang boleh dilakukan? Buatlah salah, nanti kamu akan dibela dan orang yang menghukum kamu akan menerima hukumannya?

Ke arah mana hala tuju masyarakat kita hari ni? Aku sangat risau anak aku nanti akan membesar dalam situasi sebegini.

Ada orang berpendapat yang hukuman fizikal boleh diganti dengan teknik psikologi kanak2.

Teringat aku satu adegan dalam drama bersiri 'Salina' yang pernah ditayangkan di TV3 satu ketika dulu. Watak hero merotan anak saudara beliau, lalu ditegur watak heroin dengan mengusulkan penggunaan psikologi kanak2. Watak heroin terus diherdik oleh si hero dengan menyatakan 'sebab itu lah, si heroin jadi orang yang lupa adat bangsa dan hukum agama'. Hero kemudiannya ditegur ibu beliau kerana memarahi isteri di depan anak2 saudara yang lain.

Menarik betul adegan tersebut.

Memang diakui perlu berhikmah dalam menghukum. Aku rasa, memukul juga mungkin adalah satu cara berhikmah untuk mengajar anak2. Maksud aku, memukul dengan berpada2.

Entahlah. Sanggup ke aku nak pukul anak aku nanti?

Mungkin filem 'Anakku Sazali' karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee boleh dijadikan tauladan.

Bak kata pepatah Melayu: sayang anak tangan-tangankan. sayang isteri... erm... nak ubah pepatah ni boleh tak?

Huhu.

p/s: Homer Simpson bukanlah seorang contoh ayah yang baik. Harap maklum.

Monday, July 23, 2007

Rezeki.

Hari Sabtu lepas, kami pergi tengok skrin hitam dengan garis2 putih itu lagi.

Ah, sudah besar dia.

Hoho (gelak santa klaus)

"Doktor, anu dia dah boleh nampak belom?"
"Kejap saya cuba," kata Puan Doktor sambil menggosok2 pengimbas. "Susah ni, baby dalam position mengiring..."
"Dia malu tu kot... Hehe..." aku.

Tiba2 dia seolah2 menggeliat sambil menendang2.

"Ish, nakal baby nih. Tak baik tendang ibu tau!" aku cakap dekat perut bini tersayang.
"Tak rasa pon laa..." bini tersayang.
"Jantina tak nampak lagi..." Puan Doktor.
"Takpelah, baru surprise nanti..." bini tersayang.

Huhu.

Aku senyum. Tak sabar untuk menimang dia.

Hik hik.

Ish, gedik pulak aku.


p/s: Minggu ni antara minggu paling perit dalam kerjaya aku setakat ni. Tapi, diubati dengan melihat payslip yang ada elaun merit performance. Hoho. Buat pertama kali, akaun bank aku mencecah lima angka. Alhamdulillah... tunggu 'vitamin B' bulan Oktober pulak. Huhu. Ini rezeki dari Allah untuk dia dan dia itu sendiri rezeki Allah jua. :)

Wednesday, July 18, 2007

Pasukan.

"Encik Sayuti!"
"Yes, sir...?"
"How's the teambuilding arrangement?"
"So far, OK..."
"Eh, aku punye team, ko letak la anak2 dara cun yang rambut blonde tu tau..."
"Err..."
"Boleh aa... Alah, kawtim ah... hehe"
"I see what I can do lah..."
"Good, good. Hehehe..."
"Hehehe..."

Demikianlah petikan perbualan aku dengan seorang pengurus kanan, pada suatu hari dalam minggu lepas.

Haih!

Kumpulan pertama Program Inter-department Teambuilding telah berlepas ke Kuantan menaiki dua bijik bas pagi tadi. Lambat 20 minit dari jadual sebab ada sorang mamat nih, konon2nya sangkut dalam traffic. Padahal, bangun lambat! Mari kita maki beliau beramai2.

Hahaha.

Aku menarik nafas lega bila bas2 tersebut mula bergerak. Terasa beban pertama hilang dari bahu aku. Lepas ni, aku kena tumpukan untuk kumpulan kedua pulak. Aku akui memang banyak kelemahan yang telah berlaku untuk kumpulan pertama. Aku perlu perbaiki untuk kumpulan2 seterusnya, setiap minggu untuk empat minggu selepas ini.

Satu lagi pengalaman baru untuk aku.



p/s: Projek ULAM makin berbau dengan penangan petai dan jering cecah budu campur tempoyak. Hahaha. Marila kita menjamu selera bersama2~.

Thursday, July 12, 2007

Senyuman.

Assalamualaikum...

hepi besday ayang

NOTE
: Image of a cuddly stuffed goat from Jellycat taken from Arte Bebe. I first saw it in Ulam Project.