Sebelum aku mula menulis entri selepas hari raya ni, aku ingin bertafakur sejenak untuk mengenangkan zaman bujang yang telah aku akhiri genap setahun lalu.
Ya, hari ni ulangtahun perkahwinan aku dan bini tersayang yang pertama.
Belum.
Masih belum ada orang ketiga. Kami masih berusaha menemukan berudu dan tetelur.
UCAPAN UNTUK BINI TERSAYANG SAHAJA: Sayang, selamat ulangtahun perkahwinan. Mari kita berusaha lebih gigih untuk tahun yang mendatang. Walaupon 'timing' memainkan peranan penting, tapi, kita harus yakin; "Usaha tangga kejayaan!"
Bagaimana hari raya aku?
Aku demam lepas sembahyang raya. Mungkin akibat panas bakar sate malam sebelumnya. Demam tersebut berlanjutan selama tiga hari. Demam beserta batuk dan selsema.
Hari Khamis, baru aku jumpa doktor.
"Encik kena flu," Doktor.
Doktor bagi ubat. Aku makan. Esoknya, aku demam lagi. Ponteng kerja.
RALAT UNTUK BINI TERSAYANG SAHAJA: Eh, ayang betul! Orang tak pergi kerja Jumaat minggu lepas (dan Jumaat minggu ni jugak). Orang salah... sori...
Hari minggu tersebut, aku beransur pulih daripada flu. Tapi, tonsil dan tekak pulak mulai sakit. Mulut dan bibir mengalami ulser.
Isnin, jumpa doktor lagi. Doktor bagi ubat lain pulak.
Selasa, kesakitan tonsil dan tekak kian hilang. Ulser mulut dan bibir berkurang. Dapatlah aku makan nasik goreng berlaukkan sotong masak kunyit yang ditapau dengan selesa depan komputer ofis.
Masa mood raya ni lah, kerja datang banyak. Makan pon depan komputer...
*Sigh*
Rabu, aku bangun dengan kesakitan sendi di sekitar buku lali kanan. Tercapik2 jalan ke ofis. Pagi tu, ada perbincangan dengan Datin tentang jadual penyediaan bajet dan deadline yang harus diberi perhatian.
Aku kehilangan fokus ketika berbincang. Buku lali semakin sakit. Menjelang pukul 11.00, aku tak tahan. Tercapik2 aku turun ke klinik.
Setelah memberitahu yang aku tak jatuh, dan tak buat apa2 aktiviti lasak, doktor suruh periksa kandungan darah. Sejam kemudian, keputusan ujian darah menunjukkan kandungan asid urik yang tinggi.
Aku kena gout.
"Aiyo! Muda2 lagi dah kena gout? You makan apa?" komen Tracy. Itu reaksi tipikal yang aku terima bila aku menjawab soalan, "Kenapa kaki?"
Aduh...
p/s: Kalau nak buat rumah terbuka, pastikan ada lauk lain selain daging, udang dan kuah kacang. Kalau tak, jangan jemput aku. Terima kasih.