Double!
Selang seminggu daripada birthday, hari ni Syifaak dah dapat sorang sepupu bernama Mohammad Izz Aiman bin Mohd Khairy, anak kepada Kak Ayu.
Awis hantar MMS sebelum aku pergi Sembahyang Jumaat tadi:
Tahniah! Tahniah!
Patutla Syifaak tersenyum semalam. Nak dapat sepupu baru rupanya...
Hehe...
Selamat Hari Raya Aidiladha. Kalu ada daging korban lebih tu, simpan2 la sikit...
p/s: Tiba2 boleh access blogger dari ofis. Aku sambut Raya Haji dengan Syifaak dan bini tersayang di Kuantan semalam, tapi hari ni kena masuk ofis balik. Japgi nak patah balik Kuantan. Ofis sunyi. Semua cuti. Aku je tak sebab cuti tahunan dah habis. Sedih2.
p/s #2: Pagi tadi aku ditegur security yang terkejut selepas suitcase yang aku bawak ke ofis melepasi mesin X-ray; "Encik, ada alu lesung ke dalam beg encik ni?" Aku jawab, "A ah, nak bawak balik kampung kejap lagi..." Security tersenyum dan melepaskan aku naik ke ofis. Huhu.