Thursday, October 15, 2009

Sejuk.

Hari kesepuluh, bilik 215, Wad Makmur, KMC.


...

(Musik pengumuman bermula ala-ala supermarket)

Suara gadis melalui pembesar suara: "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pihak pengurusan KMC ingin menjemput para pelawat dan pesakit menghadiri majlis jamuan Hari Raya KMC bermula pukul 12.00 tengahari hingga pukul 3.00 petang bertempat di Parking Lot Metro. Sekian, terima kasih."

(Musik pengumuman berakhir ala-ala supermarket)

Aku: (dalam hati) "Agak-agak ada lamb chop tak? Ketupat palas ke..."

Konsultan Orthopedik dan Trauma: *puf* (menjelma) "Awak kena turunkan berat badan ye. Kita delay je operation ni. Hopefully, kalau berat badan awak turun, baik sendiri, tak perlu operate. *puf* (melesap)

Aku: "Dem!"

Cik Jururawat Fisioterapi: "Kenapa En Sayuti? Ok ke?"

Aku: "Kurangkan sikit current tu... sakit plak..."

Cik Jururawat Fisioterapi: "Oh, sori... saya kurangkan..."

...

Esok tengahari mungkin dah boleh discaj.

Doktor recommend cycling. Tapi, kalau sakit buat aktiviti fizikal, cuba sauna.

Mana nak cari sauna kat Kerteh???

Tuesday, October 13, 2009

Teruntum.

Hari kelapan, bilik 215, Wad Makmur, KMC.

...

Aku: "Cik Jururawat, saya nak pinjam result MRI saya jap"

Cik Jururawat: "Yang report ke filem?"

Aku: "Filem..."

Cik Jururawat: "Tau tengok ke?"

Aku: "Tau, tadi doktor dah tunjuk. Saja, tak puas tengok lagi"


...


Terima kasih bini tersayang kerana datang melawat hari ni.

Friday, October 09, 2009

Telur.

Hari keempat, bilik 215, Wad Makmur, KMC.

...

Konsultan Orthopedik dan Trauma: "Kejap lagi pergi MRI. Mungkin petang, sebab pagi penuh. Awak pergi fisio dulu. Lepas tu, sementara tunggu MRI, saya inject dekat tempat sakit tu. Berapa berat kamu sekarang?"

Aku: "Erm, 105 kg kot..."

Konsultan Orthopedik dan Trauma: "Berapa berat ideal kamu?"

Aku: "Tak sure la doktor. 80 kot?"

Konsultan Orthopedik dan Trauma: "Rasa saya dalam 70 ke 80. Kamu dah 40 kg lebih"

Aku: "Huhu" (siut)

Konsultan Orthopedik dan Trauma: "Lepas ni kena exercise lah... "

(Dem!)

...

Practical student nurse yang datang ambil BP aku pagi ni, pakai name tag 'SCHA'. Ingatkan pelakon je nama cemgitu.

Huhu.

Friday, October 02, 2009

Paklong.

Waktu aku join recruitment campaign dulu-dulu, kami diberi guideline supaya menapis mana-mana calon yang pernah diambil bekerja dengan Syarikat tapi resign dan bekas scholar yang pernah menolak tawaran kerja daripada Syarikat.


Tapi, dua tiga hari lepas, setelah beberapa bulan jadi kontroversi, seorang bekas scholar yang resign dari Syarikat tiba-tiba dilantik menjadi 'independent, non-exec director' dalam Lembaga Pengarah Syarikat.

Hoh?

Adakah guideline yang diberi dulu sudah menjadi obsolete sekarang?

Bagaimana dengan 'kesetiaan' (loyalty) yang menjadi satu prinsip Nilai-nilai Bersama (Shared Values) Syarikat? Adakah sudah tidak boleh dipakai lagi?

Entahlah...

Wednesday, September 23, 2009

Budu.

Kenapa ada istilah raya pertama, raya kedua, raya ketiga...? Sejak bila ummat Islam beraya sehingga sebulan? Tok guru mana punya fatwa nih? Puasa ye la, sebulan Ramadhan. Tu pon ramai yang tak cukup. Ada hati nak beraya sebulan konon...


Kenapa malam-malam menjelang raya, ramai orang pasang pelita keliling rumah? Lepas dah cerah tu, lupa pulak nak jalan pergi surau berteraweh. Adakah kita nak memeriahkan 10 malam terakhir Ramadhan atau nak tiru orang Hindu menyambut Deepavali?

Kenapa takbir Hari Raya selalunya berbunyi sayu (bukan Sayuti) mendayu-dayu? Bukan ke kita meraikan kemenangan melawan nafsu? Kenapa tak bersemangat? Dah menang, kena la semangat! Atau, adakah mendayu-dayu itu, tanda kekalahan? Oh! Mungkin juga mendayu-dayu sebab sedih Ramadhan telah meninggalkan kita... Ye la tu.

Pastu, kenapa bila raya kena bagi duit raya? Kenapa kena bagi duit dalam sampul duit raya? Ni budaya kita ke tiru orang Cina sambut Tahun Baru Cina? Orang Cina bagi ang pow kaler merah. Kita bagi 'ang pow' kaler hijau. Siap ada syarat, orang yang dah kahwin dan dah kerja, tak boleh dapat duit raya. Dah la main mercun pon nak tiru orang Cina... mungkin kita nak halau setan-setan yang baru lepas belenggu neraka kot.

Nasib baik budaya hantar kad raya dah tak berapa popular. Semua pakai online, e-kad, email, SMS dengan MMS je sekarang ni. Budaya kad raya ni, sebenarnya dari mana ye? Aku pon tak tahu. Dulu, rajin jugak hantar kad raya dekat keluarga dan awek-awek. Sekarang, SMS pon malas. Walhal, 1 sen je pon kredit. Huhu.

Lepas raya, disunatkan kita puasa enam. Yang lawaknye, ada pulak sambut hari raya puasa enam!

Haha.

Memang betulla kita ni suka beraya.

Sunday, September 13, 2009

Muniandy.

Kerana terlalu sibuk mencari salah orang lain, kita lupa mencari salah diri sendiri.

Kerana sibuk minta maaf kepada orang lain, kita lupa untuk minta maaf kepada diri kita sendiri.

Sesungguhnya, kita lebih banyak menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari.


Dan tanyalah diri, layak ke kita nak berhari raya tahun ni?

Sedangkan puasa kita di bulan Ramadhan, hanya sekadar lapar dan dahaga.