Kemboja.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan yoga itu haram. Yogurt masih halal dan yogi bear pula adalah sejenis karekter kartun.
Ok, serius.
Pada pendapat aku, pengharaman yoga sebenarnya mungkin tidak memberi kesan apa pon kepada umat Islam di Malaysia.
Cuba tengok fatwa pengharaman rokok. Setakat ni, masih ramai je orang Islam yang merokok. Sedangkan arak yang jelas-jelas haram tu pon ramai je yang tonggang. Begitu juga perzinaan. Siap rekod lagi. Mari sama-sama kita layan 3gp terbaru mereka.
Pengkid? Oh, tu fatwa baru lagi tu. Nanti NGO hantar surat bantahan ye. Ok je pengkid ni. Terrer main futsal tau.
*Sigh*
Mungkin setengah pihak berpendapat yang yoga tak seharusnya diharamkan kerana yoga adalah suatu senaman dan bagus untuk kesihatan fizikal dan minda. Soalnya, ada kesan ke kalau tak mengamalkan yoga?
Buatlah yoga sampai terbelit pinggang pon, kalau tak ingat Tuhan, tak tenang jugak jiwa tu.
Dalam Al-Quran jelas-jelas sebut, "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..." (Ar-Ra'd, ayat 28).
Kadang-kadang kita tengok yang kuat baca al-Quran, berwirid, bertahlil sampai headbanging, tapi mengadu hati tak tenang jugak.
Banyak dosa? Na'uzubillah.
Pada pendapat aku, bukan sebab banyak dosa. Mungkin, sebab dia sudah memisahkan agama daripada kehidupan. Agama tu dijadikan ritual, dan bukannya cara hidup.
Memanglah berzikir, baca al-Quran, berwirid, bertahlil tu bagus untuk mengingat Allah tapi, mengapa perlu diritualkan mengingat Allah dengan amalan ni?
Islam itu mudah. Mengapa kita suka susahkan?
Ingat Allah tu kan boleh je sepanjang masa. Tak perlu kita nak bersusah-payah sampai headbanging untuk ingat Allah.
Kalau kita yakin semua perbuatan, nafas, rezeki, pekerjaan, kesihatan adalah datang dari rahmat dan izin Allah, itu sudah mengingatkan kita kepada Dia.
Cuba kalau kita bangun tidur kita ingat, "Allah yang membangunkan aku satu hari lagi..."
Waktu kita mandi, kita ingat yang air tu Allah yang jadikan dan dengan izinNya, air itu dapat membersihkan dan menyegarkan tubuh kita.
Bila kita makan, setiap suap, kunyahan, dan yang kita telan itu dengan izin Allah. Ni tak, sedar-sedar dah tiga pinggan nasik.Masa berguling-guling je nak nak sebut, "Ya Allah, sedapnya... ah, ah..."
Ingatlah Allah selalu. Kita boleh ingat Allah selalu. Hatta tengah tulis atau baca blog sekalipon.
Kalau dah ingat Allah, hati pasti tenang. So, tak perlu yoga pon kalau nak hilangkan stress.
Yoga untuk melatih pernafasan? Kalau bacaan dalam solat, betul tajwidnya, aku rasa dah cukup terlatih nafas tu. Kalau khusyuk dalam solat, dah cukup untuk melatih fokus. Ikut tertib pergerakan, tak perlu stretching. Kalau berjemaah, tak perlu ikut kelas yoga tiga kali seminggu untuk menambahkan kenalan atau meningkatkan silaturrahim. Cukuplah lima kali sehari.
Tapi tu lah kan, kita lebih rela bayar untuk kelas yoga daripada bayar untuk kelas penyempurnaan solat.
Ye dak?
Yoga, taichi (bukan Kak Naz ye), wushu, kungfu, silat dan sebagainya adalah ciptaan manusia. Jika mana yang boleh memesongkan akidah, adalah lebih wajar kita jauhkan.
Setengah pengamal yoga yang mempertahankan amalan ini berpendapat yang mereka sudah lama mengamalkan yoga ni, dan akidah mereka tak terpesong pon. Tiada elemen-elemen Hindu pon.
Kalau ikutkan, lagi banyak amalan serta budaya yang masyarakat Melayu Islam amalkan hari ni, lebih banyak pengaruh Hindunya daripada yoga. Bersanding, misalnya. Menyalakan pelita menjelang Hari Raya, misalnya. Kuda kepang, gamelan et cetera.
Betullah tu.
Dah tau semua tu ada pengaruh Hindu, tak payah la buat. Yang dok buat lagi tu sape suruh? Takkan nak tunggu Majlis Fatwa haramkan baru nak tinggalkan?
Kita sentiasa mencari alasan. Jarang benar nak mengaku salah.
Kita suka benar buat benda yang tak disuruh, daripada mengamalkan apa yang disuruh.
Lagi suka beryoga, daripada bersolat dengan khusyuk.
Lagi best diet, daripada berpuasa.
Lagi seronok pergi majlis atau konsert amal, daripada membayar zakat.
Lagi exciting melancong ke Paris, daripada buat umrah.
Ye dak?
Mungkin sebab yang tak disuruh tu lagi seronok. Kita sendiri yang nak buat. Yang disuruh tu pulak tak berapa seronok sebab 'terpaksa' buat. Susah betul nak ikhlas ye?
Islam sudah diritualkan. Bukan lagi cara hidup.
Yoga, yogurt dan yogi bear yang dah jadi cara hidup orang Islam sekarang.
Wallahualam.
Dan disebabkan yang menulis artikel ni ialah aku yang bukan bergelar ustaz atau mempunyai latarbelakang pendidikan agama atau menyertai mana-mana jemaah atau selalu ke surau dan masjid, maka kebarangkalian isi yang cuba diutarakan untuk diterima dengan serius, adalah sangat rendah.
p/s: Ramai je kawan aku yang mengamalkan yoga... Hoho
14 comments:
yoga? apebenda tu? yogjakarta saya tau lah.
mak ayah:
1. Belaja agama
2. Tgk video sajak kematian
3. Tau bezakan antara amalan hidup orang hindu dgn amalan agama hindu nanti ada pulak yang kata "tak bole la makan kari, capati,tu kan makanan hindu".
alom: kari, capati, roti canai itu, makanan masyarakat india. hindu itu ialah agama. india adalah bangsa.
AGREE!!!
Really don't understand why they end up with this measure.
This may lead to 'berantakan between races'...
Yoga without chanting as the same as other exercise.
senaman je kan? perlu ke chanting2 menurun2 segala tuh? kalau chanting sambil senamrobik or menari poco-poco camne?
ambik yang baik-baik jelah, korangkan dah besar, tak reti-reti lagi? tulah dulu ponteng kelas PAFA
Today, the fatwa is on hold..
Public might get confuse with the flip flop
caieja: i'm confused with your comment.
you agreed with my entry but you question the rationale of the fatwa ruling...
if you read my entry carefully, i'm not against the ruling at all but i'm being cynical to those muslims who are criticizing the ruling.
and i don't see how a fatwa which only affects muslim will lead to racial tension.
it is not even a racial issue.
art: kalau nak buat jugak senaman yoga tu, buat ajelah. tak payah la nak kritik majlis fatwa pulak.
dulu diorang amik pafa. tapi, bila dah besar, 'terlebih' pandai pulak...
pak wan: on hold dari segi prosedur perundangan je tu...
agak-agak, ajal kita ni boleh on hold ke tak?
trainer: sini juga kami ada kelas yoga bla..bla.. di samping gym facilities.
aku: cop, kelas yoga ni yg boleh ajar camne nak kuarkan api dari mulut tu ke? yg boleh terbang2 tu?
trainer: oo bukan2, yg ni just senaman je.
aku: ala kalau camtu taknak masuk la. saya nak boleh blaja terbang.
(hasil perbualan aku ngan trainer. off topic sket hehe.)
aku no komen dlm hal ni, sbb aku tak terlibat ngehehehe. tp biasa la, gatal gak nak tinggal kesan kat blog ko. lama tak menjengah la katakan. tangan nak taip komen, tp hati tak suruh. so kali ni, hati nak komen. so tangan ikut jela, segalanya bermula dari hati :)
itulah maksud saya. bila kita tak faham antara bangsa & agama, berantakan jadinya.
You are right...
In a sense I made a mistake with "AGREE!!!".
Of course it is a racial issue. Racial sensitivity.
I don't go against the fatwa, just it can be implemented in a way which won't affect racial sensitivity.
I questioned the implementation, not the judgment.
p/s: hahaha... terlajak baca sampai tak perasan kene perli. Anyway, it is a good one.
Kenapa pengharaman itu disebut "pengharaman yoga"?
Kan lebih mudah faham, kalau "pengharaman pembacaan mentera dalam senaman yoga"
Mcm cikgu BM lah pulak
p/s: nice blog, bro
hoga hoga hoga
sayut, i really really like this post. sgt membuka mata & its very very good. i let my cuz read this. post ni made me smile (kt opis :P), n wut u wrote thr is indeed really really true.. im not talking about the yoga, but the 'sentiasa igt pade Allah' thingy.. im copying-pasting this (ha.. ha.. tringt zmn kt utp) so that it can be my reminder all the time
btol... mmg kalo kte slalu igt kt Allah, mmg hati tenang. insyaAllah, harap2 otak & hati ni akn sentiasa igt kt Die.. amin..
k-mie: hoho. dari hati pergi ke hati. tapi, jangan ikut hati je selalu. kena pakai akal jugak.
kalau nak belajar terbang, masuk akademi mas. tak yah belajar yoga.
alom: ooo. keliru. ingatkan keliru.
caieja: kalau orang islam sendiri tak mempersoalkan, tak jadi isu.
bila orang islam sendiri persoal, yang bukan islam pon nak join sekali lah walhal takde kaitan pon dengan diorang.
tu yang jadi isu tu.
the implementation may be flawed, but the underlying gist must be upheld.
kasurin: sebab ada satu statement yang 'tidak menggalakkan' orang islam buat senaman fizikal yoga meskipun tiada pemujaan sebab 'one thing can lead to another'.
tuan pegawai: ni nak enforce ke tak ni?
intan-chan: insyaAllah kita sama-sama saling ingat-mengingatkan dalam mengingatiNya.
:)
hey i like this one.
thx for sharing :)
Post a Comment