Monday, November 10, 2008

Tiada.

AKHIRNYA! Aku dapat jugak online di rumah Kerteh tanpa rasa bersalah kerana melintah (leeching) wireless signal jiran sebelah.

Tahniah kepada hosmetku, Aziz yang telah berjaya mengatasi karenah birokrasi TM dengan jayanya.

Walau bagaimanapon, sekarang ni aku sibuk membina bandar. Maka, internet ni sekadar beroperasi sebagai wadah muat turun (pergh... istilah...) filem-filem dan siri-siri TV sahaja. Kalau nampak aku online di YM atau gtalk, tak perlulah mesej kerana sebagai seorang Datuk Bandar, aku agak sibuk untuk berbual perkara remeh-temeh (Hoho). Kalau urgent, sila telefon sahaja.

Aku juga ingin memaklumkan yang aku MC hari ni dan esok. Sakit pinggang makin menjadi-jadi sejak semalam.

Sekian buat hari ni.

p/s: Musim mengawan tiba lagi... Huhuhu...

6 comments:

IkraamSuarez said...

jenayah siber~~~ =P

danial17 said...

musim woohoo?

Sayuti said...

ikraam: hoyeh.

azhar: woo hoo ha hu ha.

~lalala~ said...

haha.. men simcity ke? dh berkurun koooot..!

sims 3 ah pulak sayut!

artisticklytouch said...

aku dah agak mesti simcity haha itu permainan zaman final year di Uni dulu haha sangat mencabar...paling best hantar puting beliung, gempa bumi dan segala macam bencana ke bandar member and beli bangunan merepek2 sebab nampak cantik dan mahal haha

Sayuti said...

intan-chan: ha ah. men simcity 4. berkurun pon, masih layan lagi. starcraft pon main lagi ni...


art: huhu. nak lepas gian sebab dulu pc tak cukup power nak main pakai high spec. masih bes dan melekakan.