Wednesday, June 18, 2008

MC!

Aku baru keluar wad. Seminggu makan nasik hospital.

Aku dimasukkan ke dalam wad setelah bertemu pakar orthopedik Kuantan Medical Center (yang belakang Mega Mall tu la) dan disahkan mengalami slipped disk.

Slipped disk adalah satu keadaan di mana disk di antara tulang-tulang belakang kamu membengkak dan mempressure spinal cord. Untuk kamu-kamu yang ingin tahu lebih lanjut, kamu boleh baca di sini.

Antara sebab-sebab biasa yang mungkin mengakibatkan keadaan ini termasuklah termasuklah mengangkat benda berat, jatuh, mengalami hentakan, salah duduk, salah tidur atau salah meniduri berguling. Semua faktor-faktor tersebut mungkin aku alami, kecuali yang last tu.

InsyaAllah, aku berguling dengan teknik yang betul dan disyorkan oleh badan-badan pergulingan. Tak caya boleh tanya bini tersayang, tapi beliau sebenarnya tak boleh mendedahkan rahsia bilik tidur kami kerana dilarang oleh Islam. Harap maklum.

Seminggu aku di hospital, aku terputus hubungan dengan dunia luar dan dunia internet. Walaupon ada TV, aku jarang tengok berita. Aku lebih suka layan HBO, sebab banyak movie yang menarik. Kalau movie di HBO aku kurang gemar atau ulang tayang movie yang aku dah tengok, aku tukar Disney Channel. Tengok Hannah Montana bergedik macam kebanyakan awek-awek yang pergi melepak di Mega Mall di hadapan hospital berkenaan.

Rutin di wad: fisioterapi, gantung pinggang, makan ubat, fisioterapi, gantung pinggang, makan ubat. Waktu menggantung pinggang adalah waktu aku menonton TV. Waktu fisioterapi pula adalah masa untuk dipanggang dengan hot pad, diurut dengan ultrasound oleh budak-budak praktikal kolej kejururawatan dan dikarenkan dengan mesin elektrotherapy.

Lepas ofis hour - selalunya malam, waktu perdana - bini tersayang datang melawat bersama Syifaak dan Ina, adik ipar merangkap temporary babysitter kami. Mereka akan membawa bersama pakaian untuk persalinan esok dan mengambil pakaian yang aku pakai sehari sebelum tu untuk dibawak balik bagi dicuci. Kadang-kadang mereka membawa makanan yang sedap.

Sungguh bahagia hidup aku dalam wad. Cuma kadang-kadang sunyi la jugak sebab sorang-sorang je tergantung dalam bilik dengan aircond sepoi-sepoi. Nasib baik ada HBO dan Disney Channel. Huyeh.

Lari dari realiti dunia luar dan virtual realiti dunia blog dan internet. Hari ni aku dapat tahu yang sejak seminggu lepas, PETRONAS ditekan oleh ahli-ahli politik untuk membuka akaun syarikat.

Sebenarnya aku dah agak dah sebab waktu harga minyak naik 30 sen dulu, ada demo di depan ofis. Naik 78 sen, lagi la. Memandangkan perkara yang sama berulang, maka aku pon malas lah nak komen panjang-panjang, sebab harga minyak memang takkan turun kalau asyik berdemo dan berpolitik aje. Penat kamu berdemo 30 sen tu pon belum habis lagi.

Haha. Aku gelakkan kamu. (Sah, aku dah tertiru gaya Encik Abdullahjones)

Nak refer ke post lama aku pasal isu harga minyak pon aku malas. Aku kan tengah sakit. Dapat MC seminggu tau! Kalu kamu rajin, carilah sendiri. (Sah, tiru gaya. Tapi tak bayar royalti)

Dalam banyak-banyak blog yang aku singgah, ramai betul yang aku tengok lebih pandai daripada Tan Sri Dato Seri Mohd Hassan Merican. Ahli politik pembangkang dan Abang Khairy menantu Pak Lah terutamanya. Segala yang tak kena semua dapat ditunjuk dalam PETRONAS. Itu tak kena, ini tak kena, nak tengok akaun PETRONAS lah dan macam-macam. Walhal, Petroleum Development Act 1974 dan konsep Production Sharing Contract pon tak paham. Belum tanya harga sewa rig lagi. Belum tanya geological basin lagi. Reservoir modelling tak payah tanya lah. Harga satu lesen software pon dah boleh beli Kancil sebijik.

Kepada yang nak tahu lebih lanjut, boleh lawat Petrosains di tingkat 4, Suria KLCC. Modalnya hanya RM12.00 sahaja. Tak taulah kot dah naik, sebab harga minyak naik. Hoho. (Nih dah macam gaya Kmie plak dah)

Tapi takpelah. Oleh kerana ramai yang pandai sangat, aku syorkan pergi la amik loan, dan bukaklah syarikat carigali minyak sendiri. Semoga untung banyak dan boleh la menyumbang kepada subsidi minyak dan menurunkan harga minyak di pam.

Amin.

p/s: Aku menulis dengan gaya kerek sebab aku tengah sakit belakang dan caj rawatan seminggu sangat tinggi. Semuanya RM5500++. Nasib baik ada ING Insurance, Syarikat bayar. Hoho. Sila jangan dengki.

Dan Encik Semut, aku memang comel. Haha.

6 comments:

dueng said...

aku pernah suarakan kenapa petronas tak buat penerangan bersemuka dengan media waktu kenaikan harga minyak 30 sen dulu. well, 30 sen dulu tu waktu aku masih di uni dan aku bertanya semasa interview PETRONAS. lebih kurang beginilah perbualan kami:
aku: kenapa PETRONAS tak kawal harga minyak?

interviewer: PETRONAS takdak hak tentukan harga minyak. Kerajaan tentukan harga minyak.

aku: owh..kalau macam tu, kenapa PETRONAS tak terangkan pada rakyat yang harga minyak bukan dalam kawalan PETRONAS?

interviewer: semua dah diterangkan oleh kerajaan.

bagi aku, agak tidak bijak sekiranya PETRONAS tidak menerangkan pada rakyat berkenaan harga minyak. bagi aku bila Tan Sri masuk TV dan menerangkan segala yang dulu sekadar rumors dan myth, aku memang respect.

rakyat tak faham kenapa PETRONAS takleh control harga minyak so PETRONAS patut terangkan. nasib baik Tan Sri make his move before anything worse happen.

ehem, bukan semua orang faham pasal hal2 minyak ni melainkan minyak lintah sebab byk orang pakai minyak lintah. :P

selamat kembali bertugas. :)

Obefiend Weiland said...

encik merican keluar tv semalam. terang la lagu mana sekalipun pasal petrol dan NGV mesti ada jugak orang yang tak tahu menahu akan katakan ini semua cover up

what to do?

i mean people love a good conspircay theory. they just can't beleiev that NGV is a loss making business and thus the reason why it was not sold by anyone but petronas. i think the NGV was created to do something with the excess gasses yang asik dibakar kat rig dan kerteh tu. apa korang panggil benda tu? venting? apa tah aku tanya budak PMU arituh. aku bukan orang minyak macam kamu

tapi kan sayut?

kamu kenapa leh slip disc. ngalahkan orang tau 4o tahun. aku yang gemok macam anak seladang masih elok saraf tunjangnya! ah!! golekkan kamu harus diperbaiki dan juga cara angkat stack of A4 kat pejabat

hi hu hi hu hi hu <--gaya obefiend TM

aku mmg kacak. dan ada gaya penulisan sendiri pulak tuh

selamat bercuti enche sayut. jgn buat kerja berat2. kalau bosan pegi la MCd 24 jam di kerteh tu!

salams

Sayuti said...

dueng: tan sri hanya akan keluar tv kalau betul2 perlu, sebab dia memang jenis tak suka cari publisiti. bukan macam donald trump.

paling aku respek dalam satu annual policy address, bila ada sorang staff tanya kenapa kita tak publicize aktiviti2 csr kita termasuklah sukarelawan ke acheh dulu, hospital di sudan, philharmonic orchestra reach out program, program bakti, sekolah angkat, beli hadiah untuk anak yatim waktu perayaan ikut wish list diorang (the list goes on...) dan tan sri jawab dengan pendek je:

"it is never been in our culture to brag about the good deeds that we do. we do it with sincerety, in the spirit of giving back... we don't need to tell people of the things we do... our action will speak for itself"

he always emphasized on the virtue of humility. eventhough we have achieved so much, it does not give us the right to be a snob.

he truly deserves our respect.

p/s: aku dapat mc lagi seminggu. minggu depan baru masuk ofis balik. huhu

eff: memang akan ada orang akan kata camtu, termasuklah encik guan eng dan khairy.

guan eng mungkin tak puas ati lagi tentang isu jambatan kedua penang tu.

khairy pulak, sebab dulu dia tak dapat kontrak. aku ada komen pasal ucapan dia waktu perhimpunan agung amnu 2006. dia maki ceo2 glc sebab tak bagi kontrak, dan dengan tak tau malu cakap kalu bukan sebab amnu, ceo2 glc tu takde pegang position yang diorang pegang sekarang.

dulu gas takde harga sangat sebab enjin ngv tak popular. gas lagi untung guna buat botol air mineral dengan baja. yang excess gas dekat rig lagi senang bakar daripada nak proses balik. kalau proses pon tak banyak hasil sebab percentage kandungan gas yang berguna (macam ethane and methane) rendah. karbon dioxide je lebih.

hmm. ko tak kena slipped disk lagi sebab ko masih bujang. tunggu aa dah kawen nanti. hehe.

ko memang original - king of typo and non-sense. haha.

salams.

k-mie said...

ape hal tetiba nama aku termasuk skali hahaha. tak pasan lak style aku camtu :P

Anonymous said...

kenapa mereka yg lebih bijak dari hasan merican tak masuk petronas? eh, nk dpt skolar petronas pon tak layak ke?

pandainye~~~

org pandai itu berkata pet mengorek minyak free & baya 5% sahaja royalti. haha. saya rasa dia masih di zaman explorasi awal di sarawak ni gali pakai cangkul je.

saya kalau orang luar2 yg menyoal benda ini saya tidak berasa apa2 kerana mereka tidak tahu. tp pabila orang keje pet, yg amik skoler pet, makan gaji pet, claim pitih pet, bertanye 'kenapa pet jual minyak mahal????' itu patut dicampak ke laut... aduh rakyat Malaysia~

bukalah akaun itu. tiada orang rugi kerana tiada siapa yg songlap duit pet ke poket sendiri. yg duit pet kasik ke gomen tu xtau la... paham2 aje lah..

org2 seperti abg K, abg N etc kelaparan sumber menyonglapan, skg mahu menyonglap pet pulak.

Sayuti said...

kmie: ko cakap direct gitu ikut observation aku je lah. observation orang len aku tatau. huhu.

along: nak beli cangkul pon pakai duit gak tu. nak upah orang menyangkul lagi.

ish, budak mana yang tanya tu? meh kasik staff number. nak antar gi pipe balik. eh, antar gi esq dulu lah.

huhu.