Hasad!
Amarah sungguh aku pagi ni membaca Utusan Online berkenaan statement Datuk Seri Wak Khir Poyo Toyo suruh Kabinet tentukan bonus GLC.
Dia tanya "Apa penting diumumkan keuntungan besar syarikat-syarikat ini tetapi rakyat tidak merasai apa-apa?"
Belajar dah cukup tinggi dah, tapi ni pon dia boleh tak paham. Meh aku tolong jawab.
Sebabnya Datuk Seri, syarikat-syarikat ni nak bagi hint berapa jumlah cukai yang dibayar kepada kerajaan supaya rakyat dapat merasa jugak hasil penat lelah pekerja-pekerja syarikat-syarikat ini membanting tulang cari duit.
Rakyat mungkin tak dapat rasa hasil sebab ada ahli-ahli politik yang suka songlap duit cukai, contohnya macam konon-konon kasik derma kat persatuan bini-bini wakil rakyat pakai duit ni, pastu tiba-tiba la hilang dalam 10 juta. Entah-entah duit ni bini wakil rakyat yang jadi pengerusi buat beli-beli produk kecantikan kasik berkilat dahi suami dia.
Pastu dia cadangkan pulak, "Sebab itu, semua GLC negara perlu umum keuntungan kepada Kabinet sebelum Kabinet memutuskan jumlah bonus yang perlu diberikan kepada mereka."
Habis tu, buat apa syarikat-syarikat tu ada board of directors? Buat apa ada management committee? Orang lain susah-susah pergi carik duit, struggle buat kerja, senang-senang je nak buat keputusan.Jendul kamu.
Marah sungguh aku la. Hish! Nasib baik dia orang tua, kalu tak dah lama aku cepuk dahi tu barang sedas dua.
Tarik nafas Sayuti. Bertenang. Jangan kurang ajar dengan orang tua.
Nasib baik ada artikel pasal Fuelwater yang kononnya boleh jimat petrol sehingga 40 peratus. Pakai elektrolisis kot. Terhibur gak la aku, sebab teringat satu episod Mythbuster dekat Discovery Channel.
Tapi yang pasal bahan api daripada minyak buangan ni macam menarik untuk dikaji lebih lanjut. Sape engineer, pegi la kaji. Aku orang HR. Apalah yang aku tahu.
Hehe.
p/s: Saraf tunjang aku tertekan. Sebab tu aku senang marah ni. Kalu tak, takde la doktor kasik MC seminggu. Hehe. (Alasan...)
7 comments:
encik khir nyer ijazah adalah ijazah forged sebab tu tak tercapai akal dia.
aku rasa kerajaan yang patut reveal account derang dan diaudit oleh independent auditing firm cam EY, PWC or KPMG.
tapi derang tak pernah beritahu kan berapa banyak kerajaan spend duit kan?
Bertenang ... bertenang dik, nanti terslip lagi disk tu.
Moga dah sihat walafiat. Jaga diri.
Salam :)
khir mmg hebat. bijak pula.
sebab tu tak layak dpt skolar petronas pun.
1. sbb dia bijak tak seberapa
2. sbb dia cube 'mewakili suara rakyar' agar diundi jd ketua pemuda
3. akal mmg panjaangggggg....... tu jeeee
dentist tau tampal lobang gigi
mana diorang tau korek minyak
GLC nie adalah syarikat yang ade kaitan dengan kerajaan dan rakyat.
Dengar kata TNB naikkan gaji CEO sampai 100%? Bayangkanla, orang miskin kena bayar RM2.70 petrol tak de siapa nak bela, tetapi CEO TNB yang gaji ade, elaun ade dan bermacam-macam lagi benefit dapat lagi salary increase 100%? Memang tak paham...
Nie bukan langkah berjimat cermat...
memang glc tu government linked company - ada kaitan dengan rakyat. tapi, glc tetap adalah sebuah company - syarikat perniagaan dan bukannya badan kerajaan.
kalau naikkan gaji ceo tnb 100%, diorang tentulah ada sebab dari segi kepentingan perniagaan itu sendiri. diorang mungkin dah benchmark dengan gaji ceo syarikat pembekal tenaga yang lain, pertambahan bidang tanggungjawab, kerumitan isu perniagaan dan sebagainya.
walau bagaimanapon, ceo tnb tersebut kenalah buat kerja yang setimpal dengan kenaikan gaji beliau. tnb kenalah dapat untung 100% lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, misalnya.
syarikat-syarikat berkaitan kerajaan banyak yang gagal sebab campur tangan politik. bila kabinet mula arahkan itu dan ini yang bertentangan dengan prinsip komersial, syarikat-syarikat ni boleh kehilangan keyakinan daripada pelabur dan pengguna, kehilangan keyakinan dan moral pekerja - dan akhirnya mengalami kerugian.
bila syarikat-syarikat ni rugi, kerajaan kehilangan sumber pendapatan cukai, kerajaan terpaksa mengeluarkan duit pula untuk menanggung kerugian dan akhirnya, yang rugi rakyat jugak.
sedangkan duit rakyat yang diterima melalui cukai pon tak pandai nak urus, orang-orang politik ni nak memandai-mandai campur tangan urusan perniagaan pulak. macam tikus nak membaiki labu.
Post a Comment