Saturday, September 29, 2007

Iftar?

Semalam aku dan bini tersayang berbukak puasa di JW Marriot. Aku dapat satu kupon setelah seharian bertugas menapis resume orang2 yang datang nak cari kerja dengan Syarikat. Lagi satu kupon, ada sorang ahli panel temuduga yang bagi. Dia malas nak bukak puasa kat situ.

Tadi, kami berbukak di Naili's Place, Uptown. Gathering budak2 induction (kursus orientasi eksekutif2 baru) batch aku. Sedar2, dah dua tahun kami smua bekerja dengan Syarikat. Tiga orang dah ada anak. Sume aku dukung tadi. Saje nak amik 'feel'.

Esok pulak, kami mungkin berbuka puasa di Restoran Rasa Thai, Subang Parade. Gathering budak2 Jenan batch Cendolpulut - 9599 & 9899. Tapi, aku keje esok. Kena jaga kaunter menapis resume lagi. Moga2, sempat la nak ke Subang dari Bukit Bintang...

Usia kandungan bini tersayang dah masuk 7 bulan. Perut pon dah besar. Tapi, kalu pakai baju, memang tak nampak beza dengan keadaan sebelum ngandung. Bukak baju je nampak. Depan aku la dia bukak baju.

Nampak dan 'terasa' perbezaannya... Hua~~

Mungkin sebab badan bini tersayang agak berisi, maka, perbezaan tersebut kurang ketara. Kalau naik LRT, memang orang wat 'dek' je. Tak kasik tempat duduk. Sian beliau...

Baby kami, kuat jugak menendang. Aku pon dah terasa tendangan beliau, sampai nak jatuh katil aku kena tendang.

Ye ye, aku tipu. Takkan tu pon percaya kot? Ada ke orang percaya aku kena tendang ngan baby sampai jatuh katil? Sungguh naif orang berkenaan. Huha.

Sepertimana yang pernah aku tulis dulu, jantina baby telah diketahui. Kami bakal mendapat seorang anak gadis. Sekarang sibuklah kami mencari nama yang sesuai.

Nama gelaran bini tersayang di kalangan rakan2 ialah 'Erynn'. Lalu, anak gadis kami nanti akan mewarisi nama tersebut di hadapan nama penuh beliau. Kami masih mencari nama belakang.

Erynn (still searching) binti Mohammad Sayuti.

Kamu ada idea?


p/s: Membaca artikel ini membuatkan aku kembang hidung dan terharu. Ah, sebuah pencapaian di UTP yang masih diingati junior2.

26 comments:

Anonymous said...

haha. bangga sungguh kamu yer bot itu dihidupkan balik. tp tak seoriginal yg dulu kot.. ko mmg tak kasik sape2 aa script tu? :P

hmm.. cadangan nama.. hmm..

1) Erynn Dalina Mohammad Sayuti..
2) Erynn Nur Affezah Mohammad Sayuti..
3) Siti Nur Erynn Mohammad Sayuti..

hahahahah. im bad at giving names, i think. :D

Sayuti said...

adek,

kasik la justification sket nape ko kasik nama2 tu.

semua script files bot tu aku dah bagi kat orang, tapi aku kasik in chunks to a few people. tak kasik semua sekaligus. files untuk respon, tak kasik kat orang.

total script files, 10. file untuk respon, banyak... lebih 20 files kot... tak pernah kira.

sume tu aku burn dalam cd, tp cd tu plak ilang. pastu, pc aku tu adik aku amik, dia format.

demikianlah.

artisticklytouch said...

aku tak reti le nak bagi2 nama. Anyway semoga hidup terus diberkati

Anonymous said...

Salam,

Lama tak menjenguk di sini.....
Hampir terlupa dek kerana kesibukan tugasan harian....

Nama anak?

Guru saya pesan, anak-anak berhak mendapatkan nama yang baik. Apabila ibubapa memilih nama bagi anaknya, mereka hendaklah melakukan dengan niat bahawa anak itu akan mendapat berkat dengan nama itu.

Pesan beliau lg, adalah wajar sekali bagi seorang ibubapa untuk mengambil berat tentang menamakan anak dan hendaklah ia memilih nama-nama yang paling baik dan indah, iaitu menurut apa yang ditunjuk dan diajar oleh Nabi kita s.a.w.

Marah betul beliau bila ibubapa zaman sekarang suka memberi nama kpd anak2 mereka dgn gabungan nama mereka sendiri ataupun nama2 yg canggih2 bunyinya tp tidak memberi sebarang maksud.

Saya cadangkan tuan tambah nama "najla" yg membawa maksud cemerlang...

sekadar pandangan peribadi, bukan utk pegangan total...

FEQA

p/s: masih ada kekosongan jawatan?
saya dan kawan2 berminat nak join company tuan ....

pB said...

Erynn Maisara Bte Mohd Sayuti

Anonymous said...

Erynn Adlina Bte Mohammad Sayuti

Pegawai Khalwat said...

Eryn Qistina? Bole?

Nak Melayu skit, Eryn Laila.

Nak Nusantara Skit Eryn Cinta.

Nak Hindi skit Eryn Rai.

Nak Oriental skit Eryn Yin.

Anonymous said...

Erynn Brokovich bt M Sayuti
-kerana suami saya menggelarkan kak erynn sebagai itu hehehe.

Erynn Siti Nurazlina bt M Sayuti
-kerana nama yg belakang tu sgt cantik orangnya.

anak saya namanya bermaksud Yg Sangat Baik & Penyayang. kalo nak jadi lagi best, carila nama yg bermaksud Yg Disayangi oleh Yg Sgt Baik & Penyayang. muhahaha.

dueng said...

entah kenapa, saya suka nama macam dalam buku novel jiwang melayu. mungkin sebab sedap kot.

nama yang saya suka:
1) balqis amani
2) nuratiqah suzana

untuk gabung dengan nama Erynn, saya suka nama:

1) Erynn Zarina

2) Erynn Nur Najiha

3) Dalina Erynn

4) Nur Zaira Erynn

5) Nashrah Erynn

6) Izwani Nur Erynn

hahaha. macam2 nama muncul. btw, itu jer the best i could give. hope it's help. :P

Obefiend Weiland said...

Erynn Syuhada

sedap nama tu. jgn buat nama macam drama melayu ( Eryn natasha? Eryn Manjalara? LOLZ). takde makna. jgn jadi macam aku. nama takda makna. sob sob.

btw. tendangan bayi kamu belum sehebat suria baja hitam. jika tidak tendangan padu maut akan membuatkan kamu hilang kacak. dan encik sayut.nampaknya kamu akan still kekal to be the kacakest in the family even after the baby is born. congratulation sir! now dont be too proud on that. next baby insyallah will be a boy and you will cease to be the good looking one

p/s: at least the boroiest one will still be yours forevah eh? bright side!

~inilah saya~ said...

Tahniah! Tahniah! Tahniah! dari saye...

Anonymous said...

Kalau confirm anak kau anak dara, aku nak sunting jadi menantu. haha!

cadangan nama, jangan banyak sangat sukukata. leceh nak nyebutnya

chivv said...

sape kata baby takle tendang bapak sampai jatuh katil?

baby tendang slow je...tp bapak tak sampai ati melawan..

tp, kene tunggu baby keluar la krkrkrk

Sayuti said...

art: takpe2. terima kasih.

FEQA: betul2. ni tengah cari nama yang best la ni...

terima kasih atas cadangan tersebut. najla. cantik tu.

kerja kosong tu ada. sila lah hantar resume dekat tempat2 yang sepatutnya.

huhu

akak PB: maisara... hmm...

anon: adlina? nama sape tu?

tuan pegawai: nak yang islamik sket. huhu.

alom: gelaran dari suami alom ditolak. huhu.

nama alom pon ditolak jugak. huhu.

ah, nanti cari nama cemgitu. ok gak tu.

dueng: huu. apa maksud2 nama tersebut. nape macam ada yang familiar je. ehem.

thanks!

eff: nama tu aku dah cadangkan, tp bini tanak. dia kata 'heavy' sangat.

ah, nanti aku tetap kacak sebab anak2 panggil 'si kacak'. huhu.

sekarang aku bukan the boroiest. bini aku. haha.

(mampos aku kena cubit nanti)

abg shah: terima kasih, terima kasih, terima kasih.

cikgu nizam: kena queue kalau nak ambil jadi menantu. dah ramai dah cop dulu. huhu.

cadangan diterima. dua sukukata cukup.

chivv: haha. tu bukan baby tendang. tu mak baby yang menendang.

Hani said...

erynn zulaikha, kerana zulaikha itu name yg cantek.

erynn husna, kerana husna itu maksudnye most beautiful.

erynn aludra, pelik kn. aludra itu mksdnye virgin.

hmm. erynn dalina, krn dpt byk vote. dan name itu juge cantek.

congrats, sikacak!

ps: jgn terime cdgn erynn nur affezah adek. sesungguhnye beliau sedang angau! kahkah!

Bunga Rampai said...

Erynn Fatihah

Erynn Khadijah

Erynn Fatimah

Erynn Kamila

Erynn Rampai ... haha!

Akak suka nama-nama 'wanita terpilih', atau yang membawa maksud 'sempurna' atau 'cemerlang', juga nama bunga :) Amboi, menyibuknya akak ...

Salam Dik. Moga bini tersayang terus sihat dan ceria ..

sinaganaga said...

>>Baby kami, kuat jugak menendang

Tu tanda abahnya ganas tu, Wak!
Ha ha.

Anonymous said...

Nur Azreen aka eRiN..

~laksamana

Anonymous said...

Saya tbe2 terbaca blog saudara..
Saya rasa berminat untuk turut serta mencadangkan beberapa nama untuk bakal anak gadis saudara.

Cadangan nama :

1) Erynn Yusrina (Kaya)
3) Eryyn Nabilah (Yang Cerdik)
4) Erynn Hidayah (Petunjuk Allah)
5) Erynn Dalilah (Pemimpin)
2) Erynn Yaquti (Bernilai)
~~ yaquti = sayuti ;p

6) Erynn Iwana (Takhta)
7) Erynn Dina (Keagamaan)
8) Erynn Wafa (Kesetiaan)
9) Erynn Safi (Bersih, Murni)
10) Erynn Balqis (Ratu Kerajaan Saba')

Semoga isteri saudara selamat melahirkan seorang anak gadis yang comey lote.. :)

~~xenus

Sayuti said...

hani: zulaikha... ok, husna pon ok. aludra tak ok. kang dah kawen, tak de la dara tu dah. hoho.

adek tengah angau rupenye.. ooo...

akak bunga rampai: takpe akak. menyibuk yang dijemput. hehe

satu lagi nama yang dalam pertimbangan kami ialah erynn humaira.. sempena nama gelaran sayidatina aishah - yang mempunyai pipi kemerahan. :)

salam kak. semoga ceria menyambut lebaran.

encik naga: abah dia ke, emak dia? mungkin jugak kedua2 sama ganas.

haha.

laksamana (koben?): tak aci. erynn azreen ok.

xenus: aminn.

soalan: kenapa nombor 2 tu tak ikut susunan?

saya suka erynn yaquti. tapi, dengan yakin saya rasa bini saya tak suka.

haha.

terima kasih.

Hidup di Dunia Sekejap Saja said...

salam kenal,
name saye sayuti, sayuti deterna lengkapnye,from indonesia.
waktu saye tulis comment ini anak awak dah lahe agaknye."biar lambat daripade tidak same sekali."
erynn, bagos sekali name itu. ade aura smart & beuty....
cume saye curious aje, kire2 ape arti "erynn" itu sebenarnye?!

name belakang boleh lah diambil dari yg lebih islami, Erynn Asyifa... atau Erynn Raihana....usol saye, masok ambong tak masok itong pun tak kesah...

Sayuti said...

mas (atau bapak?) sayuti : wah, nama kita serupa ya pak.

anak saya belum lahir lagi. dijangkakan bulan 12 nanti.

erynn atau erin, adalah nama puitis untuk negara ireland dan juga digunakan untuk menggambarkan kedamaian (peace) dan sentosa (tranquilityhttps://www.blogger.com/logout.g?d=https%3A%2F%2Fwww.blogger.com%2Fcomment.g%3FblogID%3D21092252%26postID%3D8356497376663944401
Use a different account)

peace~ (^-^)Y

marisa said...

ini cerita kalau saya ada anak..

kalau saya ada anak perempuan, saya akan namakan dia Auni Nadia. Nadia itu kalau saya masih ingat, maknanya lembah-lembut.

Kalau lelaki,saya namakan Amal Jadid maknanya, Harapan Baruku..(kiranya, saya meletakkan harapan dan cita-cita baru kepada anak lelaki saya itu). Ya,lebih kurang begitulah..

Erynn Nadia pun sedap juga..
Teori saya,apabila dah dinamakan 'lemah dan lembut', kuranglah dia menendang 'si kacak'nya sampai jatuh katil..insya-Allah.

marisa said...

ralat...bukan LEMBAH lembut... lemah lembut!!

sorry....

Anonymous said...

Sayut, erynn humaira juga menarek. Nama adik aku pn ada humaira :D

tp erynn nadia... cm bosan jer..

erynn dalina gk yg dpt byk vote. bunyiknya mmg best dan masuk dgn nama ko.

ahh.. bila dah ada nama nnt announce jelah!

Anonymous said...

erynn qistina bt mohammad sayuti

qistina maksud dia keadilan