Wednesday, August 29, 2007

Berdikari...

Ulangtahun Kemerdekaan ke 50 Malaysia dah dekat.

Aku terpikir apa sebenarnya makna merdeka yang kita banggakan ni? Tahun lepas, aku ada menulis bait2 di bawah ni yang menarik perhatian akak Bunga Rampai:

Sebenarnya,
Kita tak pernah merdeka
Kerana selamanya
Kita adalah hamba...

Aku sendiri dah lupa macam mana bait2 tersebut terlintas di benak aku tahun lepas, lalu digubah jadi puisi. Setiap kali aku tertengok iklan atau filem2 merdeka, aku teringat bait2 tersebut.

Ye lah2. Aku syok sendiri la dengan puisi aku berkenaan.

Entah kenapa aku rasa macam ada yang tak kena bila aku baca puisi tu.

Baru2 ni, aku terfikir. Mungkin aku tersalah tafsir maksud merdeka. Sebab tu aku rasa ada yang tak kena.

Setelah aku pikir2, baru terlintas di hati aku yang merdeka selalu ditafsir sebagai kebebasan. Kalau kebebasan saja, maka tafsiran tersebut aku rasa macam kurang lengkap.

Kebebasan bermakna semua orang boleh buat apa yang dia suka tanpa peduli kesan terhadap diri atau orang lain. Takde undang2. Takde risau dosa pahala. Kalu nak berguling2 di khalayak ramai pon takpe. Samalah macam haiwan, cuma haiwan tatau buat 3gp dan upload dekat internet.

Mungkin ramai yang fikir merdeka itu kebebasan. Sebab tu, kamu bacalah Harian Metro 1 September setiap tahun. Mesti ada kisah2 kondom serta botol2 arak bertaburan di Dataran Merdeka selepas semua orang balik ke rumah untuk tidur dan terlepas sembahyang Subuh atau berarak ke kelab2 sambil menari2 dengan bendera Jalur Gemilang. Kononnya patriotik lah tu.

Itulah merdeka bagi mereka agaknya. Merdeka mereka. Eh, kurang satu D je.

Ada jugak yang berkata untuk faham erti merdeka, kita perlu merasa erti dijajah dulu, macam orang buta yang dapat menghargai dan memahami erti celik dengan sebenar2nya. Proses transformasi dari satu keadaan ke keadaan yang lain. Metamorfosis mutant power rangers bak kata buku sains.

Mungkin betul. Tapi, bukankah semua makhluk berubah mengikut masa? Tapi, aku rasa tak semua makhluk merdeka.

Aku pikir2 lagi.

Tiba2 aku teringat sambutan ulang tahun kemerdekaan Amerika. Orang putih sebut Hari Merdeka diorang, Independence Day. Lalu, aku pon check kamus.

Independence bermaksud 'state of being independent' atau dalam Bahasa Melayu Malaysia 'keadaan yang tidak mengharapkan orang lain'. Satu maksud lagi untuk independence ialah 'freedom from the control, influence, support, aid, or the like, of others' atau dalam Bahasa Melayu Malaysia 'kebebasan daripada kawalan, pengaruh, sokongan, pertolongan atau yang gitu2 daripada orang lain'

Pahamlah aku yang merdeka tu maksudnya begitu. Maka, kenalah dengan bait2 tersebut.

Huhu... serius pulak tulisan aku.

Untuk yang lebih serius lagi, sukacita dimaklumkan bahawa hasil tinjauan skrin hitam putih, jantina anak kepada Sayut dan Erynn telah pon dapat dikesan.

"Sure Alom excited nih... suke je dia nak berbesan dengan kita... " komen bini tersayang.
"Eee... tanak aa berbesan dengan Wak..." aku.

Demikianlah sedikit petikan dialog antara aku dengan bini tersayang.

NOTA: Perhatian kepada Adik Alom, sempena Hari Merdeka yang menjelang tiba, kami ingin memohon maaf di atas segala umpatan2 kutukan2 gossip2 tentang anda dan suami anda yang berlaku di dalam dialog berkenaan.

Bini tersayang sudah mula rancak merancang jadual bershopping. Terima kasih kepada Adik Alom kerana telah membekalkan bini tersayang dengan lapan muka surat senarai barang2 yang anda nak kena beli.

NOTA: Ucapan terima kasih di atas adalah tidak ikhlas dan dituturkan dengan nada ala2 tak puas hati.

Nasib baik Syarikat bermurah hati nak bagi lima ketul vitamin B setiap sorang bulan depan. Kalau tak, tercungap2lah aku.

Nasib baik aku tak pernah merdeka. Dapatlah aku berharap kepada-Nya.

Selamat Hari Kebangsaan ke 50 kepada penduduk2 Malaysia.




Satu Warisan, Satu Matlamat: Tuhan.

p/s: Okeh, Syukies. Aku dah update. Boleh la aku main PS2 yang Parid dengan Zul tong2 beli hujung minggu lepas dengan senang hati.

10 comments:

Anonymous said...

1. selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yg ke-50. apa saya kisah pn dengan merdeka walau yg ke-20 juta sekalipun kerana benda2 & isu2 sama saja yg diutarakan saban tahun.
bosan sungguh. cuba la bawa pembaharuan sikit. sebentar lagi merdeka jatuh pada bulan puasa. semoga ada sesuatu isu baru pulak.

2. mungkin mereka membawa kondom & botol arak utk satu demonstrasi "belia benci kondom dan arak!".

3. oh kata2 demikian bukan satu gossip tapi satu promosi bahwa suami saya adalah seorang yang gagah. har har har. nampaknya anda kena manjadikan anak anda seorang yg cantik, ayu, jelita, pintar, rajin, bijak, kaya, lawa, kaya, kaya, kaya, kaya....

4. sama-sama. (peduli apa saya anda puas hati atau tidak. bukan pakai duit saya pon. wakakaka)
dan sama-sama juga kita mengoptimumkan penggunaan vitamin B tersebut utk kesejahteraan masa depan keluarga dan hari muka. (tiba2 saya berasa sangat bijak kerana berjaya menghadirkan beliau selepas mendapat bekalan vitamin. wakakakaka)

P/S: hari ni igtkan waktu subuh pkl 4.30am rupanya 5.04am. sungguh awal sekali jika anda tinggal di Amareka ini.

Ku Keng said...

kita juga hamba yang merdeka.

Hamba kepada NYA tetapi dalam kategori insan yang bukan hamba.

Negara kita merdeka untuk menjadi hamba.

zeanaaima said...

org mesia kunun nk sambut medeka...tp mmg betol...hakikatnya jarang jea yg taw n paham erti sbenar makna kemerdekaan...kite sambut medeka xsemestinya kne g klcc g dataran medeka utk tjuk semangat kemedekaan kite...cukup jea mende tu bersemarak lam diri kite...jji kite tw makne medeka dlm erti kate yg sbenar...bkn palsu semate2...

utk yg lebey serius...

tahniah sbb baby lam peyut bini tersayang tu da mule nampak...he3...

Bunga Rampai said...

Salam,

Awal pagi tadi belek-belek koleksi peribadi beberapa puisi tentang merdeka termasuk puisi dik Sayuti itu yang mengingatkan akak untuk ke sini.

Hey, kebetulan ya!

Moga bini tersayang merdeka dari komplikasi, dan sihat ceria hendaknya.

Anonymous said...

ah.mengapalah ada racist yg rajin menulis komen disini.sila tulis dlm paper jika mahu didengari dan mahu perubahan.jgn menikus dlm blog org lain dan tidak berani letak url blog sendiri.

Sayuti said...

alom: 1. isu yang mana tu? kasik contoh sket...

2. mungkin jugak ye...

3. saya nak jadikan anak saya kaya akhlak dan budi pekerti. insyaAllah...

4. cis. vitamin B itu rezeki untuk dia jugak...

tuan keng: benar tuan, benar...

emma commey: apa makna merdeka untuk diri anda?

akak bunga rampai: terima kasih. :)

insyaAllah, insyaAllah.

salam.

biau benau: biasalah tu... abaikan aje...

Obefiend Weiland said...

merdeka? more liek stuck in traffic lepas tengok mercun kat putrajaya

HAAAAAAAAAAHGAAAAAAAAA

nyesal pegi.tapilawa

Anonymous said...

cerita pendek saya pd mlm merdeka:

konon2 nk tgk kt putrajaya. jam strawberry menanti kt depan. x sanggup redah, kuar kt cyberjaya, ntah camne masuk ldp (kot?). berenti kete kt tepi jln, toleh belakang... waaaaa....cantiknya *nasib baik nampak jugak sikit2*... tetiba ada peronda berenti kat blkang...lari!!!! sudahnye, kene escort sampai kuar hway hehehe... siot.. x sempat lyn bunga api sampai abeh... ceh3...

Sayuti said...

eff n che nad: malam merdeka, aku tido awal. pagi besoknya sambung tido pas subuh sampai ke petang.

haha.

sungguh tak patriotik aku nih.

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan dik, selamat berpuasa :)