Thursday, May 10, 2007

Salah?

Encik X dan Puan Y adalah sepasang suami isteri yang bekerja di Syarikat A. Encik X adalah seorang jurutera manakala Puan Y adalah seorang pegawai pentadbiran.

Pada suatu hari Sabtu, Encik X tiba2 menikam Puan Y sehingga mati di rumah mereka. Setelah menikam Puan Y, Encik X terus meninggalkan tempat kejadian menggunakan kereta beliau.


Sehari selepas itu, Encik X berjaya ditangkap oleh pihak polis setelah kenderaan yang dipandu Encik X berlanggar dengan sebuah lori. Encik X mengalami kecederaan dan dimasukkan ke dalam wad sebuah hospital kerajaan untuk rawatan. Encik X kemudian telah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh Puan Y.

Setelah perbicaraan dilakukan, Encik X didapati tidak bersalah atas pertuduhan dengan alasan beliau tidak waras ketika kejadian itu berlaku. Hakim mengarahkan Encik X dikurung untuk menjalani rawatan mental di sebuah Hospital Bahagia sehingga disahkan sihat sepenuhnya.


...

Menurut polisi Syarikat A, jika perlu dimasukkan ke wad untuk rawatan, seorang jurutera layak menerima pembiayaan untuk wad kelas pertama hospital kerajaan. Dalam kes di atas, perlukah Syarikat A membiayai rawatan Encik X sekiranya diminta berbuat demikian oleh pihak hospital?

Sekiranya Puan Y menamakan Encik X sebagai salah seorang penerima faedah persaraan akibat kematian beliau semasa tempoh perkhidmatan dengan Syarikat A, layakkah Encik X menerima faedah tersebut daripada Syarikat A?

Bolehkah Syarikat A menamatkan perkhidmatan Encik X sebagai jurutera di Syarikat? Mengapa?

[Edit 12/5/2007 - Keputusan dan Situasi Sebenar]

Ya, Syarikat A perlu membayar untuk rawatan beliau. Walau bagaimanapon, ketika wakil Syarikat A ingin menyerahkan surat jaminan pembiayaan dan meminta Encik X dipindahkan ke wad kelas pertama, pihak hospital menolak atas arahan pihak polis. Encik X ketika itu berada di bawah pengawasan pihak polis.

Encik X memang layak menerima faedah persaraan tersebut sekiranya beliau adalah seorang penama. Tetapi, sebenarnya, Puan Y tidak menamakan beliau sebagai salah seorang penerima. Puan Y telah menukar senarai penerima2 untuk faedah persaraan beliau beberapa hari (mungkin minggu, atau bulan... aku tak pasti) sebelum kejadian tersebut. Mujur...

Syarikat A telah menamatkan perkhidmatan beliau menggunakan alasan 'frustration of contract' - 'kontrak yang terkecewa' (Haha) akibat arahan kurungan di Hospital Bahagia yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Sekiranya alasan 'breach of contract' - 'perlanggaran kontrak' digunakan, Encik X boleh mempersoalkannya di mahkamah industri. Beliau dihalang oleh pihak berkuasa untuk menjalankan tugas, dan bukan atas kerelaan sendiri. Syarikat A pula sudah maklum dengan keputusan mahkamah dan tidak boleh mendakwa beliau melanggar kontrak.

Walau bagaimanapon, dalam situasi ini, Syarikat A masih memerlukan perkhidmatan seorang jurutera. Memandangkan Encik X tidak dapat memenuhi keperluan tersebut seperti mana yang telah dipersetujui dalam kontrak, kontrak itu telah dengan automatiknya terkecewa (frustrated... Haha) dan bagi meneruskan operasi, Syarikat A berhak menamatkan perkhidmatan Encik X untuk digantikan dengan orang lain.

[Sekian Edit - 12/5/2007 6.24pm]



p/s: Aku baru balik daripada kursus bertajuk 'Industrial Relation' - latihan peringkat dua untuk disiplin pengurusan sumber tenaga manusia. Menarik!

Oh ye, kes di atas adalah kes benar.

14 comments:

Hani said...

yup igt lagi kisah neh. sounds familiar. (skali sayut kencing je hehe)


jwpn sy ialah ya, ya, ya.

ps:btw ape nasib jurutera tuh skang? ank2 die cmner erk?

Anonymous said...

saya tidak mengenali siapa kah orang itu. tp mengikut polisi syarikat dan undang2 beliau layak menerima semua faedah tersebut.

eh, beliau masih xwaras lagi ke? ke dah elok? hensem x? emsti kaya skg kan? keje lagi ke? ngan syarikat tu lagi ke? ke dah g sudan?

Sayuti said...

hani: oh... cerita ini memang pernah berlaku.

jawapan anda harus diberikan dengan alasan. huhu.

saya tak tahu apa yang berlaku kepada beliau atau anak2 beliau, sebab saya tak pernah ambil tahu kerana kurang berminat. huhu. sori.


alom: layak ke? walaupon dah tak waras?

entahlah... tak tahu.

cleo weiland said...

Hmm. Tricky tricky. So I guess I can't complain the next time I have to read the fine print and clauses in a document before I sign it.

1. No.I believe that Mr X is not eligible for the health benefits. From what I know, companies usually outline what ailments they're willing to pay for. And more often than not, insanity is not covered.

2. No. The inheritance should go to the next of kin. Mr X committed a crime which led to Mrs Y's death, thus rendering him ineligible to benefit.

3. Yes. Criminal activity, committed under any circumstances, is normally a breach of contract.

Hehe. This is what happens when you tag along to the lawyer's office one too many times :)

Anonymous said...

here's my reasoning.

1) Clarification first; are we talking about the treatment because of his accident, or the treatment for his mental illness? If it is the treatment for his accident, yes, the company need to pay for the fees. Why? Because the company policy covers all accidents; no matter whether when working or not (assuming - no specification of accident type)

But no, for the treatment of mental illness, IF and only IF the illness is caused by other than pressure at work. Why? because psychology illness is not an accident. It always caused by "something". The trigger is always not something accidental. And if the cause is not work related, they are not elligible to pay it because it is not an accident.

logically..it lies in the definition of accident

2) Lemme grin first. The answer is yes. Why? because he was found not guilty. If he's found guilty, then it will be no. And yes, he is a next of kin named by his wife.

this is the weakness of human law. You can escape if your soul is determined to be "crazy".

But seriously, did the verdict let him go with the crazy reason? Coz I think, even though you've been declared crazy, you will still be found guilty. at least for "killing without intention", even if its not homicide.

3) Yes. Choose either these two reason: Mentally insane, or killing a people. Those are not good images for the company.

Whats the answer given in the event, btw?

danial17 said...

oh, ini kes pantai timur tu kan

kampeni tempat engineer tu keje adalah antara kampeni2 yg sanggup byr premium utk mental illnesses

p/s: takut alzheimer

blackpurple @ jowopinter said...

Ini kisah yang jurutera Petronas itu ke..?

Susah nak selesaikan ni. Orang sumber manusia mungkin lebih bijak jalan penyelesaiannya..... :)

Anonymous said...

kalo saya tidak waras, saya mahu benefit jugak.

Anonymous said...

Puan Y tidak mati dibunuh. Beliau sedang menunggu Encik X pulang dengan penuh harapan dan kegembiraan petang jumaat itu. Sebiji durian, seekor ikan untuk dimasak lemak dan sayur kangkung sudah dibeli untuk menyambut kepulangan Encik X. Namun, panggilan telefon dijawab ala kadar, dan tiada berita kepulangan Encik X selepas itu. Puan Y sudah tawar hati di rumah lalu menjadi gila.Puan Y menghantukkan kepala dengan durian yang dibelinya tadi hingga otaknya berderai.Encik X pulang ke rumah akhirnya dengan sebilah pisau berlumuran darah kerana baru pulang dari menyembelih kerbau di pejabat (gotong-royong). Kerna terkejut dek keadan isterinya, beliau pun menjadi gila juga dan segera keluar rumah dengan kereta.

SpidEy d'lEfty said...

huhuu.. nasib baik aku scientist, xyah fening dgn persoalan cam nih.. huhuhuhu..

tp nak tahu jawapan dier.. in fact, by RIGHT, segala patut dilaksanakan seperti yg tertakluk lah kan?

Jannah said...

Sedih sungguh kisah ini en Sayuti.

Lagi sedih jika jawapan bagi persoalan moral ini adalah ya lelaki itu dapat semua harta pusaka isteri yang telah mati dibunuh oleh suami sendiri.

Kalau tidak ada undang2 sivil, tak bisakah menggunakan akal logika moral reasoning?

Sayuti said...

cleo: yes, you should read the small prints, especially in legal agreement.

good try...

1. actually, we're talking about the accident. but, what if insanity is covered?

2. he was found not guilty of any crime by the court of law and the decision was upheld by the court of appeal, i.e. appeal by the prosecution is rejected. so, this is not a valid arguement to transfer the inheritance to the next of kin or to stop the payment of any benefit he should be receiving as the result of the death of his wife.

3. referring to number 2, this is also not a strong arguement to terminate his employment under the pretext of breach of contract. he can contest in the labour court, which may put the company at risk of unlawful termination charge.

adeq: good observation.

1. for clarificationn, i was talking about the accident.

good reasoning for both scenarios. in fact, you're right.

2. yep. you're right about the 'not guilty' arguement.

nope. the charge of 'killing without intension' will make a lame prosecution case with the multiple stab wounds. still, he will get away with temporary insanity plea, which in this case, the prosecution failed to proof otherwise.

3. good try but bad image to the company arguement will not hold as the incident happened at home on a saturday. it doesn't create bad image to the company as it is not the prerogative of the company what it's staff do at home on a rest day and company reputation was not affected at all. in fact, if the company use that reasoning, it can be turned around - the incident create publisity: now, people are more aware of the company's name.

will give the actual outcome later.

azhar: kes ini dekat kl. eksiden dekat pantai timur.

p/s: saya pon takut.

abg jowo: "mungkin"

huhu.

alom: awak waras atau tidak? kalau awak mengaku tak waras, mesti awak waras sebab awak paham soalan. kalau awak mengaku waras, maka betulla awak waras.

hehe.

puan e: ish. sadis betul kisah puan Y. nasib baik bukan awak.

p/s: wanita mengandung, emosinya memang mudah terganggu...

wong: korang pening mende lain. huhu.

a ah. tapi, 'moral values and personal interpretation' akan mengganggu penilaian kita. nak tak nak, tindakan mesti objektif dan profesional.

susah...

jannah: memang sedih dan mengejutkan. lagi kesian dekat anak2 mereka...

ini belum soal undang2 sivil ni, baru polisi2 syarikat dan undang2 pekerja. dalam hal ni, terpaksa menjadi objektif.

sukar...

Pegawai Khalwat said...

Hang dah tolong jawab, aku tak payah jawab lagi lah.

Tapi kalau ikut human law, memang gitula.

artisticklytouch said...

Dalam kontrak pekerjaan sesetengah kompeni ada termaktub klausa yang mengatakan sekiranya seseorang pekerja itu disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah maka secara automatiknya perjanjian kontrak pekerjaan itu terbatal.

segera, buka kembali employment letter u orang