Sunday, April 29, 2007

Betul?

Kita memang suka kalau kita yang betul. Sebab itu, selalunya, kita rasa kita betul. Tapi, selalu juga, kita hanya rasa yang kita betul. Bukan betul pon kadang2.

Selalunya kita sibuk mencari kesilapan orang lain untuk kita perbetulkan. Selalu kita lupa untuk memperbetulkan kesilapan kita sendiri. Selalunya, orang lain tak silap pon. Kita yang rasa orang lain tu silap.

Kita konon2nya suka berfikir secara mendalam. Konon2nya, berfikir secara berlainan. 'Berfikir di luar kotak,' kata kita. Semua pendapat orang2 sebelum kita yang mana tak kena dengan fikiran kita, kita kata mereka silap. Kita rasa fikiran kita yang betul.

Kadang2, kita seronok bila ada orang yang bersetuju dengan fikiran kita. Kita rasa hebat bila kita dapat mematahkan hujah orang lain yang tak sama dengan fikiran kita. Kita bangga bila ada orang bertanya sesuatu kepada kita, dan meminta pendapat kita, dan kita dapat menghuraikan dengan panjang lebar. Kita suka mengajar orang2 yang kita rasa kurang tahu daripada kita, apa yang kita tahu lebih daripada mereka.

Akibatnya, kita lupa banyak perkara yang sebenarnya kita tak tahu. Bila kita terkena soalan yang kita tak tahu, kita rasa yang orang yang bertanya mahu memerangkap kita. Bila kita terkena hujah yang mematikan fikiran kita, kita rasa orang yang berhujah mahu menunjuk hebat, seperti kita. Lalu, kita fikir2 macam mana nak kenakan orang itu, atau macam mana nak melindungi pendapat kita. Kita berfikir bagaimana mahu mengekalkan kehebatan kita. Apa yang perlu kita katakan agar kita tak kelihatan seperti orang yang tak tahu. Kita lupa kepada perkara yang dibincangkan. Kita khayal dalam diri kita, fikiran kita.

Kita suka menyusahkan perkara yang senang, menyulitkan perkara yang mudah dan menyerabutkan perkara yang straight-forward. Kita sibuk mentafsir perkara2 yang sudah nyata sehinggakan perkara2 yang dah jelas pon boleh menjadi kabur. Kita sibuk mengungkai sesuatu perkara daripada pelbagai segi, sehingga kita lupa perkara yang asas. Semuanya gara2 kita rasa kita betul. Atau kita mahu kita betul. Paling tidak, kita mahu orang lain tak betul.

Betulkah apa yang aku tulis ni? Mungkin juga kebetulan yang aku rasa aku betul. Aku mungkin juga salah. Perbetulkanlah aku. Itupon, kalau kamu rasa kamu betul.

Haha.


p/s: Aku merapu di pagi buta. Betul!

Monday, April 23, 2007

Suku.

Sedar tak sedar, hari ni dah genap suku abad aku hidup.

InsyaAllah, hujung tahun ni, keinginan aku untuk bergelar "Si Kacak" mungkin akan tercapai. Tuan Doktor kata, mungkin 12 hb 12.

Sempena besday aku hari ni, hadiah yang aku harapkan ialah secebis doa semoga segalanya akan baik dan selamat seperti yang aku dan bini tersayang harapkan. Serta, semoga bila tiba 12 hb 12 nanti, aku dah bersedia untuk menjadi "Si Kacak" yang matang dan berkaliber. Juga, semoga aku dan bini tersayang tak lagi berjauhan di hari2 minggu seperti mana sekarang.

Amin...

Ish, tak malunya aku! Mintak hadiah besday pulak...

Hihi.



p/s: Hepi belated besday, Abe Syuk. Hepi besday Mohsein. Hepi besday Usop Gila (CP99). Hepi besday Astar (CP99). Hepi be'early' besday Sarah. Juga, selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada sapa2 yang lahir dekat2 tarikh ni. :)

p/s#2: Mekasih ayang sebab belanja makan pizza tadi. Mekasih di atas layanan istimewa yang diberikan selepas tu. Mekasih juga sebab menjadi bini tersayang selama ni. Jaga diri leklok. Makan supplement. Jangan makan nenas. Jangan buat kerja berat. Jangan tengok crite hantu. Jangan pandang belakang. Alabeyumuah2.

p/s#3: Penulis memohon maaf kepada mana2 pembaca yang terasa loya2 atau termuntah setelah membaca p/s#2 di atas. Segeralah berjumpa doktor jika simptom tersebut berterusan. Mekasih.

p/s#4: Lepas abis muntah tu, kalau rajin, mintak tolong describe aku secara positif dekat sini dan secara negatif dekat sini. Moga, aku boleh lebih mengenali diri melalui survey ini.

Sunday, April 15, 2007

Horas!

Hari Selasa lalu, aku, bini tersayang, Abah, Ummi, Ayah dan Mak pergi berjalan2 ke Medan, Indonesia. Bini tersayang sponsor sebab idea beliau nak bawak parents masing2 pergi melancong. Aku top-up sikit2.

Kami berlepas dari LCCT pukul 8.20 pagi waktu Malaysia dan tiba di Polonia International Airport pukul 8.15 pagi waktu Medan. 55 minit je flight. Aku rasa JB lagi jauh...

Haha.

Turun dari kapal terbang, aku nampak ada sorang security guard tunggu dekat pintu masuk bersama seekor bulldog hitam.

Horror...

Kami dijemput Bpk Tommy, tour guide kami sepanjang waktu di Medan. Kami naik van pelancong yang dipandu Bpk Pardi. Bpk Pardi adalah seorang supir yang berbakat.

Haha.

"Kalu di Malaysia, sejengkal aja udah menjerit kita. Di sini, dua sentimeter itu, masih biasa aja bu..." kata Bpk Tommy berseloroh setelah Ummi berkali2 melatah bila ada kereta yang menghimpit van kami.

Kami perhatikan di Medan banyak "Kijang" - Toyota Unser versi Indonesia.

Dari airport, kami dibawak ke dua buah kedai batik sekitar Medan untuk membeli belah. Pelik sungguh aku. Baru sampai terus dibawak shopping.

Aku beli belangkon, souvenir untuk Parid dan Zul. Doploh ribu setengah satu! Rupiah.

Seterusnya, kitorang dibawak memandu sejauh 180 km ke Parapat melalui Permatang Siantar. Empat jam dalam van.

Sengal bontot.

Kami hanya berhenti di Restoran Simpang Tiga untuk makan tengahari, dan di kedai Paten untuk membeli makanan ringan yang hanya terdapat di Sumatera Utara.

Kami melintasi ladang2 kelapa sawit, getah, dan koko. Abah, seorang Pegawai Penyelidik dalam bidang pertanian dan Ayah, guru besar pencen yang mengerjakan ladang kelapa sawit di belakang rumah sebagai hobi, tak habis2 bercerita tentang tanaman2 berkenaan bersama Bpk Tommy. Setiap cerita, pasti berakhir dengan diskusi tentang politik Indonesia.

Bpk Tommy memang seorang tour guide yang bertenaga dan banyak celoteh. Sengal bontot kurang terasa mendengar celoteh2 dan kelentong2 beliau.

Jalan masuk ke Parapat memang menakutkan. Kami melalui selekoh2 tajam di lereng bukit, bersebelahan Danau Toba. Akhirnya, kami sampai di Danau Toba International Cottage, check-in dan bermalam di situ.

Mungkin pemilik hotel ni tak perasan yang 'Selamat Datang' dalam bahasa Inggeris adalah 'Welcome' dan bukannya 'Well Come'. Tapi, mungkin juga disengajakan oleh pemilik hotel tersebut agar kelihatan lebih menarik.

Entahlah...

Yang aku tahu, selain keindahan Danau Toba, yang lebih menarik di sini adalah nama bilik aku dan bini tersayang...


Hehehe...

Walaupon bilik kami takde air-cond, suhu tetap dingin sebab Parapat adalah kawasan tanah tinggi. Pemandangan dari dalam bilik juga sangat menarik.

Sebelum Maghrib, aku dan bini tersayang sempat pergi berenang (tiada maksud tersirat) di kolam yang disediakan untuk penghuni hotel tersebut.

Tak ramai orang sebab bukan musim cuti. Lengang. Memang terasa kedamaian Danau Toba. Memang seronok untuk bercengkerama dengan bini tersayang.

Bertepatan dengan nama bilik kami, memang sedap malam itu.

Hua hua.

Esoknya, kami dibawa belayar di atas feri traditional Parapat ke Pulau Samosir yang berada di tengah2 Danau Toba.

Air Danau Toba memang tenang. Takde ombak. Takde angin. Cuaca yang dingin. Memang mengujakan.

Kelihatan sampan2 orang kampung yang turun menjala ikan di situ. Terasa damainya hidup macam ni.


Kami berlabuh di Tomok. Bukan penyanyi kumpulan 'Budak2 Lelaki Baru Akil Baligh' yang sengau2 tu, tapi sebuah perkampungan lama orang2 Batak.

"Tomok itu... maksudnya gemok! Macam Bpk Sayuti," kata Bpk Tommy berseloroh. Hampeh.

Di sini, kami dibawa melawat kubur2 batu Raja2 Batak keturunan Sidabutar berusia lebih 500 tahun.

Bpk Tommy berkelentong bercerita tentang Raja Batak yang pertama bernama Oppu Sori Buttu Sidabutar dan cucunya, Raja Batak yang kedua, Oppu Ujung Ni Barita Sidabutar berdasarkan ukiran gambaran wajah raja2 tersebut di kubur mereka.

Raja Ketiga merupakan raja yang pertama menganut agama Kristian. Maka kubur beliau dan generasi seterusnya tidak diukir2 seperti Raja Pertama dan Kedua.

Setelah mendengar kelentong cerita Bpk Tommy, kami dibiar pergi bershopping souvenir di gerai2 milik masyarakat Batak yang didirikan di sekeliling kawasan tersebut. Sesungguhnya kami di-pau dengan hebat sekali oleh penjual2 di situ.

"Mau pecah telur aja ni..." kata mereka yang rata2nya perempuan. Telur apa yang mau dipecahkan? (Haha) Atau telur siapa yang hendak dipecahkan? (Haha)

"Pecah telur?" aku tanya. (Haha)

"Buka rezeki. Pelanggan pertama. Pelaris..." kata mereka.

"HORAS!" kata kami. Horas itu maknanya nak mintak diskaun. Bpk Tommy yang ajar.

Setelah di-pau sehingga kering telur (Haha) di Tomok, kami dibawa belayar ke Pulau Ambarita pulak. Di sini, kami dibawa melawat kerusi batu yang digunakan Raja Batak Siallagan untuk mentadbir kerajaan dan juga untuk menjalankan proses penghakiman.

Bpk Tommy dengan bantuan seorang remaja tempatan membuat demo bagaimana hukuman dijalankan. Dari siat2 badan sampai ke pancung. Ummi horror mendengar kelentong2 cerita2 Bpk Tommy yang disertakan dengan lakonan mantap dari remaja tersebut. (Haha)

Kami kembali ke Parapat untuk meneruskan perjalanan ke Brastagi.

Sekali lagi, kami melalui jalan2 selekoh lereng bukit yang menggerunkan. Kami berhenti di puncak Simarjarunjung untuk menikmati keindahan Danau Toba dari tempat tinggi sambil menghirup bandrek, sejenis teh herba (campuran halia, gula merah, serai, cengkih dan lain2).

Kami kemudian berhenti untuk melihat air terjun Sipisopiso yang berpunca dari sungai bawah tanah yang tembus di lereng tanah tinggi dekat hujung2 Danau Toba.

Kami meneruskan perjalanan melalui kebun2 dan ladang2 pertanian yang subur. Dua tiga jam lepas tu, baru sampai ke hotel.

Sengal bontot betul...

Hari terakhir, dalam perjalanan balik ke Medan, kami singgah di kolam air panas Alam Sibayak.

Air panas kolam tersebut berpunca daripada gunung berapi yang separa aktif di sekitar kawasan tersebut. Airnya mengalir dan kaya dengan sulfur. Bagus untuk mengubati panau dan kurap.

Kami berhenti lebih kurang sejam. Sempat berendam lebih kurang setengah jam sampai lekat bau belerang satu badan.

"Terasa la urat2 mengembang..." ujar Ayah ketika berendam.

Setelah itu, Bpk Pardi, supir kami yang berbakat memandu van pelancong menuruni selekoh2 tajam yang memang tak boleh jumpak la dekat Malaysia nih.

Dua jam kemudian, kami sampai di Medan. Lepas makan tengahari di Pondok Lesehan Ikan Bakar Lubuk Idai, kami dibawa melawat Istana Maimoen.

Seterusnya, kami bersembahyang di Masjid Raya al-Mashun.

Masjid tersebut sangat besar dan indah. Malangnya, masjid berkenaan tidak diselenggara dengan baik.

Kelihatan seorang perempuan tua yang bertongkat tidur di tengah2 panas halaman berturap marmar masjid tersebut.

Tiba2 aku rasa gambaran ini sangat sesuai untuk menerangkan perasaan aku setelah melawat Medan. Bumi yang indah, tapi, dibelenggu kemiskinan. Seperti Makcik ini, terbaring lesu di tengah masjid yang tersergam indah.



Selepas solat, kami pergi shopping last kopek di Medan Mall. Bini tersayang sempat beli tiga helai baju yang berharga ribu2. Rupiah.

Pukul 5.45 petang waktu Medan, kami bertolak ke Polonia International Airport. Waktu nak check-in, baru kami tau yang kami perlu bayar 75 ribu rupiah seorang untuk airport tax. Bini tersayang ingat dah cover dalam tiket yang dibeli. Rupa2nya, tak.

Kumpul2 baki duit rupiah, ada dalam 250 ribu. Jumlah yang perlu dibayar untuk enam orang, 450 ribu.

Cuak...

Nasib baik Mak dan Ayah ada duit lagi. Aku pinjam RM100 daripada Mak dan tukar ke dalam Rupiah, dapat la 255 ribu. Cukup untuk bayar airport tax tersebut dan tip orang yang tolong isikan borang kami. Kalau tak, tersangkut la kami di Medan.



p/s: Akhirnya...
  1. dapat jugak aku habiskan memilih dan mengecilkan gambar2 yang dirakam serta mengarang entri kali ni.
  2. aku menerima berita menggembirakan dari bini tersayang hari ni. Seronoknya, seronoknya... :D

Thursday, April 05, 2007

Nasihat.

Awal minggu ni, aku bawak staff2 yang baru lapor diri pusing ofis untuk berkenal-kenalan dan diperkenalkan kepada staff2 lama.

Kami terhenti di bilik Encik Ali, seorang pengurus kanan. Sebabnya, setelah memperkenalkan staff2 tersebut kepada beliau, beliau mula berceramah panjang memberi kata2 aluan.

Beliau bercakap dan bercakap dan bercakap dengan wajah yang serius. Aku dan staff2 baru berdiri mendengar. Lenguh. Tapi, aku tak berani nak interrupt sebab dia bos besar.

Huhu.

Tetiba aku rasa sungguh munafik. Ish...

Kata Encik Ali;

"Most of you tak kawen lagi. You should stay back in office, take time to read the manuals, booklets and get to know the Company. Belajar. Its good for you. You balik awal nak buat apa? You takde wife or husband lagi. Not like me. But, for your info, even at my level, I balik pukul 8.00, 8.30 malam for the past few months. Everyday. Well everyday, except malam Jumaat... I balik awal sket..."

Aku ter-chuckle (aku tak tau perkataan Melayu untuk 'chuckled'. Cukel?) sebab terfikir menda lain. Tapi, Encik Ali masih bermuka serius. Takde tanda2 yang beliau bergurau. Beliau sambung:

"Malam Jumaat I pegi masjid, baca Yassin, ada ceramah... Well, that for my own personal spiritual needs..."

Dan beliau berkata dengan serius sekali. Kalau aku yang berkata demikian, memang sah Parid gelak.

Aku termalu sendiri sebab ter-chuckle tadi.

Malam Jumaat... Oh, paradoksnya.


p/s: Parid dah bertolak balik kampung tadi. Esok beliau cuti. Zul outstation. Aku sorang je kat rumah.

Sangap.

Huuu...

Tuesday, April 03, 2007

Foto...

Memandangkan maklum balas untuk gambar2 dalam entri sebelum ni baik, aku pon terasa nak menayang letak lagi gambar2 dari rakaman Encik Ben.

Dapatkah kau lihat di sebalik dedaun itu?
Gambar di atas dirakam di Cherating. Gambar2 lain di bawah dan di entri sebelum ini dirakam di Labuan.

... atau kau hanya ibarat tunggul di pantai yang menghadap laut yang luas?
mungkin juga batu yang keras... tak bergerak walaupun musnah dihakis. Tak seperti kapal2 yang berlabuh
mengapa kau tumpukan mindamu pada akar yang melingkar sedangkan saujana alam berada di sebaliknya?
kau lindungi kehijauanmu disebalik duri2, khuatir kau dicerobohi
kau lupa pada saujana di sebalik sana... jauh dari duri2 mu
Dua gambar di bawah telah dialter dengan menambah contrast dan mengurangkan brightness bagi mengimbangi komposisi cahaya dan warna.


di sebalik sana ada hutan yang lebih luas untuk diterokai
asal saja kau tidak takut jadi pohon yang tercantas...
Gambar terakhir dalam entri sebelum ini (Labuan...) telah dicrop untuk menambahkan fokus kepada subjek utama (nelayan dan bot) dan menghasilkan efek panorama gambar tersebut.

Keupayaan Encik Ben terhad. Beliau tak sehebat Nick'a. Kmie dah kasik tips dulu, tapi aku tak pakai. Tapi, aku tak menyesal sebab Encik Ben kacak.

Hehe.

Oh ya. Gambar tak cantik. Pemandangan yang mencantikkan gambar.

"A picture is worth a thousand words"


p/s: Aku perasan1 ada orang rindu.2

footnote:

  1. Perasan ada dua maksud. Kedua2nya boleh diguna pakai dalam ayat ini bergantung kepada sesiapa yang membacanya. Kalau dalam bahasa Inggeris, istilah yang selalu digunakan ialah "pun intended". Huhu. Memang khas ditujukan untuk dua orang individu yang berbeza. Tak tahulah kalau dua2 individu berkenaan perasan. (Again, pun intended)
  2. Ayat ini tidak ditujukan untuk bini tersayang. Aku tahu beliau rindu. Hehe

Monday, April 02, 2007

Labuan...

Dari pandangan Encik Ben. (Tiru Wong's "Nick'a")





p/s:

  1. Selamat menyambut Maulidur Rasul.
  2. Selamat pengantin baru Mashadie dan isteri. Sori tak dapat pegi.
  3. Selamat pengantin baru Tasha dan suami. Sori tak dapat pegi jugak.
  4. Tahniah buat Kak Jun atas kelahiran anak lelaki terbaru (Kak Jun dah berumur 40++ tahun... Hebat woo!)
  5. Takziah buat Linda atas pemergian ayah yang tercinta. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...