Saturday, March 24, 2007

Guruh.

Ketika ini aku berada dalam Pavillion Ballroom, Holiday Villa Cherating. Bini tersayang tengah bermeeting. Aku duduk di tepi, tunggu habis. Nasib baik ada laptop Compaq Presario V3000 beliau yang baru sampai minggu lepas ni. Takde la boring sangat.

Minggu lepas, empat hari aku di Putrajaya. Pagi Khamis baru balik ofis. Minggu depan kena pegi Labuan pulak, empat hari.

Penat.

Banyak perkara menarik telah berlaku. Banyak juga perkara baru yang aku pelajari. Terlalu banyak pulak perkara yang aku fikirkan. Tapi, aku tak tahu apa nak tulis kali ni. Tak tahu apa yang nak diceritakan.

Mungkinkah sebab bini tersayang ada di depan sekarang ini? Atau mungkinkah aku mengalami sindrom 'writer's block'? Mungkin aku penat. Atau mungkin juga sebab aku memang pemalas...

Entahlah...

Terlalu banyak persoalan. Terlalu banyak harapan. Terlalu banyak tanggungjawab yang harus dipikul.

Berbaloikah semua ni?

Masa yang akan menjawabnya.

p/s: Sori, aku merapu. Huhu.

Saturday, March 17, 2007

Prioriti.

Kelmarin, bini tersayang amik cuti dan balik KL. Ada urusan dengan bank, pasal road tax kereta Kelisa beliau.

Tengahari tu, tengah aku terkial2 di ofis, bini tersayang sms cakap tayar kereta Proton pancit. Kereta tu dah tersadai dua minggu dekat parking apartmen. Aku tak pernah check sebab aku tak drive ke mana2 pon sejak hantar bini tersayang ke stesen bas Pekeliling dua minggu lepas.

Huuu...

Bini tersayang merajuk. Beliau dah lambat nak ke bank. Aku suruh naik teksi. Beliau balas cakap situ takde teksi. Aku cakap tunggu dekat stesen LRT Sentul Timur. Ada teksi dekat situ.

Seketika kemudian, aku masih terkial2 lagi di ofis. Dapat sms lagi. Bini tersayang mengadu nak nangis sebab tak dapat teksi dari tadi. Ketika tu, dah pukul 3.00 (kurang sikit) petang. Beliau takut tak sempat sampai ke bank.

Aku suruh naik LRT ke Stesen Titiwangsa. Situ banyak teksi. Meskipon begitu, beliau masih merajuk sebab aku tak check tayar kereta Proton tersebut. Disebabkan tayar pancit, beliau jadi kelam kabut.

Huuu...

Lebih kurang setengah jam kemudian, aku call bini tersayang nak tahu beliau dah sampai ke mana. Bini tersayang dengan penuh emosi cakap beliau tengah berjalan kaki sebab teksi yang beliau naik menurunkan beliau dekat tempat lain, sebab dah tersalah jalan. Bini tersayang masih merajuk lagi sebab aku tak check tayar kereta Proton. Disebabkan itu, beliau terpaksa jalan kaki di tengahari.

Huuu...

Dalam pukul 4.00 (lebih2 sikit) aku call lagi. Beliau dah sampai ke bank dan sedang menguruskan road tax tersebut. Tapi, beliau masih merajuk.

Huuu...

Pukul 5.45 (lebih2 sikit), bini tersayang sms. Beliau menanti di surau KLCC. Ketika itu, aku sedang berlegar2 di depan bilik seorang pengurus besar. Pengurus besar tersebut tengah bercakap dengan seseorang dengan nada yang tinggi. Aku pulak, kena mengadap pengurus besar berkenaan untuk memintak maaf atas kelewatan pemasangan perabot2 dalam bilik beliau. Meskipon bukan salah aku, aku dipersalahkan juga.

Aku berhenti berlegar. Jeling2 sikit. Pengurus besar tersebut tak habis cakap lagi dengan seseorang berkenaan. Tengok sms bini tersayang. Rasanya, pengurus besar tersebut tak perasan kemunculan aku di luar bilik beliau. Aku berkira2 sebentar.

Besok2lah mintak maaf.

Aku sms bini tersayang mintak tunggu dua puluh minit sebab nak balik ke tempat aku dulu dan kemas2 barang. Bini tersayang bertambah merajuk sebab aku lambat.

Huuu...

Lalu, aku pon memujuk beliau dengan membelanja makan di Manhattan Fish Market dan menonton wayang berjudul 300 malam tersebut.

Kopak aku.

Huuu...

p/s: Best woo cerita 300! Ganas dan *ehem2*. Memang TAK sesuai untuk orang2 yang kecut perut dan belum kawen.

Tuesday, March 13, 2007

Sayut dan Erynn - 2.

PEMBERITAHUAN:
Lagu tema Sayut & Erynn ini mungkin kedengaran di background. Maaf kalau lagu berkenaan membuatkan PC anda lag atau hanging.

(Notis di atas ditujukan khas untuk Kmie sejak tahun lepas lagi. Tapi, aku yakin PC Kmie skang dah cukup power)



Hari ni, genap usia percintaan aku dan Erynn lima tahun. Kejap je. Aku ingat lagi, first date kami, sehari setelah dialog dalam mIRC tersebut berlaku.

Cafe Village 4.

Lagu tema bermain di background. Radio milik gerai yang jual air.

Erynn makan mi goreng. Aku ingat lagi mi goreng tersebut, sebab dia tak offer kat aku pon.

Hari tu, kami bercerita tentang keluarga masing2.

Erynn bawak gambar family beliau. Ayah dan mak Erynn, dua2 guru besar. Erynn anak kedua daripada empat beradik. Abang sulung Erynn dah takde. Baru meninggal tahun sebelum tu. Adik laki, nama manjanya Den. Adik perempuan, Ina.

Erynn tunjuk gambar rumah. Besar. Tak sampai dua tahun keluarga Erynn pindah masuk. Sebelum tu, tinggal di rumah teres dekat bandar.

Kami bercerita. Dan bercerita. Selama lebih dua jam. Tapi, aku tak ingat cerita apa. Sebab aku asyik tengok Erynn makan mi goreng.

Mmm, sedapnya.

Sampai habis, Erynn tak offer pon kat aku mi goreng tersebut.

Huu...



p/s: Selamat menjadi ayah dan ibu kepada Azra dan Zayful yang selamat menimang anak mereka yang pertama kelmarin. Tahniah!

"Eh Sayut? Ko bila lagi?" seseorang.
"Entahlaa... I'm shooting a moving target...moving, distant target. Susah..." aku.
"Sian..." mereka.

Thursday, March 08, 2007

Aci?

"Ape jadah tag2 ni Sayut?"
"Ah, ko pon kena gak ngan Harni?"
"Ha ah..."
"Hahaha... ko nak buat ke?"
"Entah... cam malas je..."
"Aku pon malas."
"OK lah... abaikan."

Lebih kurang dua puluh minit kemudian,

"Rasa cam menarik plak kalu buat..."
"Ko pelik ke?"
"Tak... ko yang pelik kot..."
"Aku tak pelik. Ko la kot yang pelik.."
"Apsal aku plak? Kot Kmie ke yang pelik, logik la jugak..."
"Haha. Effi la pelik. Dia dah buat dah pon"
"Pelik..."
"Rina pon dah buat."
"Rina dah 'buat'? Buat apa?"
"Buat pelik..."

Sehari kemudian...

"Apa kata korang yang tulis apa yang pelik tentang aku... kan lagi menarik?"
"(Sila isi apa2 yang patut di sini melalui ruang komen yang disediakan di bawah)"


p/s: Sebahagian besar daripada dialog di atas adalah rekaan semata2.

Monday, March 05, 2007

SMSAH

di sinilah lahirnya pemimpin
The new chapter...