Sunday, February 11, 2007

Ujikaji!

Ketika makan buah manggis petang tadi;

Bini tersayang: Ayang tahu tak camne nak tahu berapa ulas isi manggis?
Aku: Entah...
Bini tersayang: Tengok dekat 'kelopak bunga' dekat bawah buah manggis tu. Kalau enam, maknanya, isi ada enam ulas. Kalau lima, lima ulas.
Aku: Ye ke? Jom test tengok...

Eksperimen 104: Buah Manggis


Objektif:
Mencari perkaitan antara bilangan kelopak 'bunga' yang terdapat di bahagian bawah buah manggis dengan bilangan ulas isi buah manggis tersebut.

Teori:
Jumlah ulas isi buah manggis adalah sama dengan bilangan kelopak 'bunga' yang terdapat di bahagian bawah buah berkenaan.

Radas/Bahan:

  • Dua biji buah manggis yang mempunyai kelopak 'bunga' yang berlainan
  • Sebilah pisau
  • Sebuah kamera digital BenQ model DC610
Kaedah:
  1. Dua buah biji manggis diambil dan diperiksa bahagian bawahnya. Pastikan bilangan kelopak 'bunga' yang terdapat di bahagian bawah buah2 berkenaan berlainan antara satu sama lain. Gambar buah2 berkenaan dirakam untuk diletakkan di blog sebagai rujukan.
  2. Sebiji buah manggis dipotong. Gambar buah tersebut dirakam.
  3. Sebiji lagi buah manggis dipotong. Gambar buah tersebut dirakam.
  4. Jumlah ulas isi buah manggis dibandingkan dengan bilangan kelopak 'bunga' yang terdapat di bahagian bawah buah tersebut.
  5. Buah2 tersebut dimakan dengan lahapnya.
Keputusan:

Gambar 104.1: Tiga biji buah manggis. Dua biji untuk eksperimen, satu untuk hiasan.


Gambar 104.2: Gambar yang lebih jelas. 'Bunga' buah manggis di sebelah kiri mempunyai enam kelopak, manakala 'bunga' buah manggis di sebelah kanan mempunyai lima kelopak. Kelopak bunga buah manggis ketiga yang berada di belakang sengaja tidak ditunjukkan kerana peranan buah tersebut sebagai hiasan.


Gambar 104.3: Buah manggis yang mempunyai enam kelopak 'bunga' setelah dipotong. Enam ulas isi buah berkenaan dapat diperhatikan.


Gambar 104.4: Buah manggis yang mempunyai lima kelopak 'bunga' setelah dipotong. Lima ulas isi buah berkenaan pula dapat diperhatikan.

Perbincangan:
Aku: Eh, betul lah!
Bini tersayang: Orang terer kan?
Aku: A ah... terer nye ayang! Camne ayang tau?
Bini tersayang: Ayah yang bagitau waktu orang kecik2 dulu.
Aku: Ooo...
Setelah buah manggis dipotong, bilangan ulas isi buah manggis tersebut didapati sama dengan bilangan kelopak 'bunga' yang terdapat di bahagian bawah buah berkenaan. Walau bagaimanapon, hanya dua biji buah manggis telah diuji dalam eksperimen ini memandangkan buah2 manggis yang lain yang dibeli sebanyak tiga kilo di pasar malam semalam telah hampir habis dimakan. Untuk keputusan yang lebih tepat, adalah disyorkan lebih banyak buah manggis dengan bilangan kelopak 'bunga' yang berlainan digunakan.

Kesimpulan: Eksperimen di atas telah membuktikan bahawa jumlah ulas isi buah manggis adalah sama dengan bilangan kelopak 'bunga' yang terdapat di bahagian bawah buah berkenaan.




p/s: Sah2 aku takde keje lain nak buat. Haha.

17 comments:

Obefiend Weiland said...

tak cukup sample untuk membuat kajianini secara statistikal encik sayuti... sila beli lagimanggis

whahaha

Jannah said...

Betul la tu. Tak perlu experimen lagi. Bukti kekuasaan Illahi :)

dueng said...

LOL. ko mmg takder keja. kadang2 bukan takder keja, cuma terlampau byk keja sampai idea pun mencurah2 pada masa yagn sama.

(alasan utk bermalas-malasan. :P )

takder pembolehubah la eksperimen ni. kemungkinan markah byk kurang dan derivation teori tu boleh dipersoalkan. jugak tiada hipotisis.

(teringat buat eksperimen kat sekolah dulu. cikgu strict. :P )

tiada komen utk hasil eksperimen kerana terbukti benar. :P

~inilah saya~ said...

Ho! ho! ho! Buah manggis pun boleh dijadikan objek untuk bermesra-mesraan dengan isteri tersayang.

:-)

Sayuti said...

effi: seperti yang dinyatakan dalam perbincangan. huhu.

jannah: itulah yang kita perlu selidiki, selongkari. bagi menambahkan ketakjuban.

dueng: haha. pembolehubah dan pemalar. lama tak dengar istilah tersebut dalam bahasa melayu. selalu pakai variable and constant.

abang shah: cara2 menjalinkan kemesraan dalam rumah tangga... abang shah bila lagi?

sitilina said...

abg uti, eksperimen lain xde ke?

SpidEy d'lEfty said...

Experiment kureng berkualiti -- wakper kite kene tahu brape ulas buah kt dlm biji mangga tu padahal yg kite really care adelah ulas buah manggis tu MANIS TAK MANIS?

Cubo lagi next experiment yer!!

BTW, kalu benar2 manggis ke3 tu jadi hiasan pun, istilah SAINTIFIK kite cakap itu RADAS KAWALAN.. baru tak 'HR' sgt!!

2 sen shj..
Spider

Sayuti said...

alom: ader. tapi, takleh bitau. 'sulit'.

wong: memang kita nak tahu manis ke tak manis. tapi, kita nak tahu faktor kemanisan gak. katakanlah manis, pastu ada tujuh ulas, maka, tujuh kali merasa kemanisan.

hehe.

tak. bukan radas kawalan tu. sebab tak menjejaskan eksperimen. mungkin boleh dikategorikan sebagai 'RALAT PARALAKS'.

hehe.

labahlabah said...

betul tu. tak cukup sample.sile dapatkan manggis di gerai/kebun manggis berdekatan.

sitilina said...

kalo ada manggis lagi jgn lupa eksport ke sini. sini susah nak carila.

Pak Malau said...

Hitam-hitam si buah manggis,
Lagi hitam lagi manis.

Sayuti said...

labahlabah: baiklah! akan dicuba bila2 masa.

alom: sana banyak buah salak.

pak malau: yeah!

chivv said...

tak pernah makan manggis...

edyan7 said...

wah... kelas sains nih! tapi ade ke bukak manggis pakai pisau.. salah kaedah nih! hahahha tak tepat deduksi eksperimen ni...hehe

Lucy Diamond said...

hahaha...nyce one..pasni wat experiment kt buah salak lak..

Anonymous said...

yang di bawah tu bukan 'kelopak bunga' namanya 'TAMPUK'

Sayuti said...

anonymous: haha. saya baru tahu. terima kasih. terima kasih.