Sekian...
Terima kasih kepada semua yang mengucapkan takziah dan mendoakan arwah Tok. Semoga roh beliau tenang disampingNya.
Sebenarnya, aku terkilan sebab tak sempat menatap jenazah buat kali terakhir. Aku dan bini tersayang terperangkap dalam traffic yang heavy. Ramai sungguh orang balik kampung sempena Tahun Babi Baru Cina. Nak sampai ke Rawang je dah amik masa dekat dua jam!
Salah kami jugak sebab bertolak lewat. Pukul 9.00 pagi, padahal terima berita pukul 5.00 pagi. Kami keletihan sebenarnya. Maklumlah...
Hmm... tengok tu. Lom aku abis cakap, ade je yang dah buat andaian terkedepan.
Sebenarnya, bini tersayang sampai dari Kuantan pukul 11.30 malam. Aku pulak baru sampai dari Singapore. Belum habis unpack, dah kena repack balik. Penat lagi.
Memang tak bajet jem sampai ke Penang. Pukul 5.00 lebih baru sampai R&R Gunung Semanggol. Berenti nak semayang. Terjumpak plak DekNi kat luar surau. DekNi dalam perjalanan nak balik ke Perlis. Beliau keluar rumah lagi awal. Pukul 7.00 pagi.
DekNi x-classmate aku kat Jenan dulu. Beliau adik kembar KakNa, x-classmate aku jugak. Diorang duduk sebelah2 dalam kelas dulu. DekNi dah ada anak sorang. KakNa pulak baru nak kawin bulan Mei nanti.
Aku dan bini tersayang sampai pukul 8.30 malam. Hujan lebat. Orang baru je abis tahlil. Sedih.
Pagi besoknya, aku ikut Abah menziarahi kubur arwah Tok. Tanah liang kubur arwah Tok mendap sebab hujan semalam. Kami cangkul tanah2 yang berlebihan di tepi liang untuk meratakan kubur arwah.
Kami berangkat pulang ke Hutan Melintang sehari lepas tu. Aku dan bini tersayang memang dah plan nak balik Hutan Melintang minggu lepas tapi tak jadi sebab pemergian arwah Tok. Kami nak jumpa Ummi dan adik beradik yang lain. Bini tersayang pulak ada Teambuilding Omegatrend hujung minggu tu, dalam Perak jugak. Aku lupa pulak kat mana. Plan beliau pon terpaksa dibatalkan. Deposit yuran penyertaan beliau burn begitu saja.
Itulah. Kita hanya boleh merancang...
Esoknya, aku dan bini tersayang ke UTP. Bini tersayang nak jumpak downline beliau di sana sebelum balik KL. Petang tu, sempat kami jalan2 dekat Kinta City, Ipoh - tempat dating waktu kat UTP dulu. Tak banyak perubahan, kecuali lokasi surau dalam mall tersebut.
Aku sempat jumpak Wong, geosaintis yang sambung buat Master kat UTP bawah tajaan Syarikat. Konon2, ni lawatan rasmi HR, nak tengok diorang ni study ke tak.
Hoho.
Aku tak sempat jumpak Yoda. Sempat chatting kat UTPChat je. Pelik jugak aku si unta nih. Bila la nak gi carik kerja.
Sembang2 dengan Wong, dan ajar beliau cara masuk UTPChat. Moga2, beliau tidak lalai daripada study akibat UTPChat ni. Janganlah kau jadi macam aku dulu2 ye.
Huu... tiba2 rindu betul zaman student.
Anyway, aku dan bini tersayang bertolak dari UTP tengah malam tu jugak, dan sampai KL pukul 4.00 pagi. Kami ambik cuti hari Rabu supaya aku boleh teman bini tersayang drive balik Kuantan, dan aku patah balik KL naik bas. Tiba2 petang tersebut, bini tersayang tiba2 sakit di bahagian abdomen, dekat area bekas pembedahan apendiks. Menurut doktor, kesakitan mungkin akibat regangan dan tekanan di bahagian tersebut.
Aku tak mahu komen apa2 kalau kamu dah terpikir punca2 kejadian tersebut. Pokoknya, doktor bagi MC hari Khamis. Lalu, bini tersayang top-up dengan cuti kecemasan pada hari Jumaat. Dek kerana itu, aku tak berkesempatan untuk mengupdate blog ini sepanjang minggu lepas akibat dikepit bini sepanjang masa.
Harap maklum.
p/s: Yup! Gaya penulisan kembali ke bentuk santai akibat terbaca buku 'Jangan Main Main' karya Dr HM Tuah yang aku selak2 ketika meronda2 dalam MPH, Kinta City dengan bini tersayang. Huhu.
12 comments:
wah! adakah ada sesuatu? yummy~~
alom. takda.
eh jap. sesuatu apa?
Sayuti.. Tahziah atas pemergian Tok semuga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dirahmati Allah s.w.t
sesuatu yang tak disangka... seringkali mendatangi kita...
Takziah atas pemergian tok.
Masa arwah kak saya meninggal pun tak sempat nak tatap kali terakhir. Bas dari Penang buat hal, masuk Pasir Salak instead of straight to KL. Sampai2 dah selamat kebumikan. Tak dapat closure. Kadang2 rasa macam arwah kak pergi bercuti tak balik2.
Arwah tok dah selamat, kita jek belum lagi.
takziah
no wise ass comments
Sayut, takziah atas pemergian tok.
..on the other hand, entri nih bertujuan menaikkan name aku kt UTP with the label "MAKHLUK ASING UTP YG TAK RETI MIRC" ker?? Hampeh!
Spider
Panjangnya entri hang.
Macam jem kat lebuh raya sempena tahun babi jugak.
sayut, takziah.
kak uda dulu pun tak sempat tengok jenazah nenek. bukan jem punya pasal tapi salah amik jalan yg dekat kununnya tapi mengambil masa yg lebih panjang rupanya.
begitulah, kita hanya merancang.
kak sya: amin...
alom: itulah suratan, dalam kehidupan.
life is like a box of chocolate...
jannah: entah bila masa kita pula akan tiba. sebab itu kita harus beringat dan berdoa semoga saat kita nanti, husnul khatimah.
eff: thanks. ok.
wong: thanks. takdelah. saje nak menunjukkan WONG RAJIN STUDI SAMPAI TAK PERNAH MASUK MIRC KAT UTP!
hehe
tuan pegawai: ada ka lagu tu? saja tulis seminggu lebih punya cerita...
kak uda: demikianlah. Allah jua yang menentukan.
orang HR memang senang nak cuti
ta'ziah.
wah, masih sempat berupline dan berdownline. sambil menyelam sambil skodeng. op..sambil minum air.
Post a Comment