Saturday, November 22, 2008

Kemboja.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan yoga itu haram. Yogurt masih halal dan yogi bear pula adalah sejenis karekter kartun.

Ok, serius.

Pada pendapat aku, pengharaman yoga sebenarnya mungkin tidak memberi kesan apa pon kepada umat Islam di Malaysia.

Cuba tengok fatwa pengharaman rokok. Setakat ni, masih ramai je orang Islam yang merokok. Sedangkan arak yang jelas-jelas haram tu pon ramai je yang tonggang. Begitu juga perzinaan. Siap rekod lagi. Mari sama-sama kita layan 3gp terbaru mereka.

Pengkid? Oh, tu fatwa baru lagi tu. Nanti NGO hantar surat bantahan ye. Ok je pengkid ni. Terrer main futsal tau.

*Sigh*

Mungkin setengah pihak berpendapat yang yoga tak seharusnya diharamkan kerana yoga adalah suatu senaman dan bagus untuk kesihatan fizikal dan minda. Soalnya, ada kesan ke kalau tak mengamalkan yoga?

Buatlah yoga sampai terbelit pinggang pon, kalau tak ingat Tuhan, tak tenang jugak jiwa tu.

Dalam Al-Quran jelas-jelas sebut, "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..." (Ar-Ra'd, ayat 28).

Kadang-kadang kita tengok yang kuat baca al-Quran, berwirid, bertahlil sampai headbanging, tapi mengadu hati tak tenang jugak.

Banyak dosa? Na'uzubillah.

Pada pendapat aku, bukan sebab banyak dosa. Mungkin, sebab dia sudah memisahkan agama daripada kehidupan. Agama tu dijadikan ritual, dan bukannya cara hidup.

Memanglah berzikir, baca al-Quran, berwirid, bertahlil tu bagus untuk mengingat Allah tapi, mengapa perlu diritualkan mengingat Allah dengan amalan ni?

Islam itu mudah. Mengapa kita suka susahkan?

Ingat Allah tu kan boleh je sepanjang masa. Tak perlu kita nak bersusah-payah sampai headbanging untuk ingat Allah.

Kalau kita yakin semua perbuatan, nafas, rezeki, pekerjaan, kesihatan adalah datang dari rahmat dan izin Allah, itu sudah mengingatkan kita kepada Dia.

Cuba kalau kita bangun tidur kita ingat, "Allah yang membangunkan aku satu hari lagi..."

Waktu kita mandi, kita ingat yang air tu Allah yang jadikan dan dengan izinNya, air itu dapat membersihkan dan menyegarkan tubuh kita.

Bila kita makan, setiap suap, kunyahan, dan yang kita telan itu dengan izin Allah. Ni tak, sedar-sedar dah tiga pinggan nasik.

Masa berguling-guling je nak nak sebut, "Ya Allah, sedapnya... ah, ah..."

Ingatlah Allah selalu. Kita boleh ingat Allah selalu. Hatta tengah tulis atau baca blog sekalipon.

Kalau dah ingat Allah, hati pasti tenang. So, tak perlu yoga pon kalau nak hilangkan stress.

Yoga untuk melatih pernafasan? Kalau bacaan dalam solat, betul tajwidnya, aku rasa dah cukup terlatih nafas tu. Kalau khusyuk dalam solat, dah cukup untuk melatih fokus. Ikut tertib pergerakan, tak perlu stretching. Kalau berjemaah, tak perlu ikut kelas yoga tiga kali seminggu untuk menambahkan kenalan atau meningkatkan silaturrahim. Cukuplah lima kali sehari.

Tapi tu lah kan, kita lebih rela bayar untuk kelas yoga daripada bayar untuk kelas penyempurnaan solat.

Ye dak?

Yoga, taichi (bukan Kak Naz ye), wushu, kungfu, silat dan sebagainya adalah ciptaan manusia. Jika mana yang boleh memesongkan akidah, adalah lebih wajar kita jauhkan.

Setengah pengamal yoga yang mempertahankan amalan ini berpendapat yang mereka sudah lama mengamalkan yoga ni, dan akidah mereka tak terpesong pon. Tiada elemen-elemen Hindu pon.

Kalau ikutkan, lagi banyak amalan serta budaya yang masyarakat Melayu Islam amalkan hari ni, lebih banyak pengaruh Hindunya daripada yoga. Bersanding, misalnya. Menyalakan pelita menjelang Hari Raya, misalnya. Kuda kepang, gamelan et cetera.

Betullah tu.

Dah tau semua tu ada pengaruh Hindu, tak payah la buat. Yang dok buat lagi tu sape suruh? Takkan nak tunggu Majlis Fatwa haramkan baru nak tinggalkan?

Kita sentiasa mencari alasan. Jarang benar nak mengaku salah.

Kita suka benar buat benda yang tak disuruh, daripada mengamalkan apa yang disuruh.

Lagi suka beryoga, daripada bersolat dengan khusyuk.

Lagi best diet, daripada berpuasa.

Lagi seronok pergi majlis atau konsert amal, daripada membayar zakat.

Lagi exciting melancong ke Paris, daripada buat umrah.

Ye dak?

Mungkin sebab yang tak disuruh tu lagi seronok. Kita sendiri yang nak buat. Yang disuruh tu pulak tak berapa seronok sebab 'terpaksa' buat. Susah betul nak ikhlas ye?

Islam sudah diritualkan. Bukan lagi cara hidup.

Yoga, yogurt dan yogi bear yang dah jadi cara hidup orang Islam sekarang.

Wallahualam.

Dan disebabkan yang menulis artikel ni ialah aku yang bukan bergelar ustaz atau mempunyai latarbelakang pendidikan agama atau menyertai mana-mana jemaah atau selalu ke surau dan masjid, maka kebarangkalian isi yang cuba diutarakan untuk diterima dengan serius, adalah sangat rendah.


p/s: Ramai je kawan aku yang mengamalkan yoga... Hoho

Friday, November 14, 2008

Kartun.

Cak, cak...



Tuing!

*BOO*

Terus jadik katun:

p/s: Sesungguhnya anak aku sangat kiut seperti Si Kacak Papa beliau. Harap maklum.

Wednesday, November 12, 2008

Empat.

Semalam aku MC.

Hari ni jadi emcee.

Dan perempuan berskirt pendek dan ketat yang duduk di depan sambil menyilangkan kaki adalah sangat-sangat distracting.

Dasar lelaki! (Kata aku yang mengajuk perempuan-perempuan yang membaca blog ni).

p/s: Internet agak sengal, maka aku buat post pendek je la. (Padahal nak main SimCity 4 Deluxe Edition tanak mengaku...)

Monday, November 10, 2008

Tiada.

AKHIRNYA! Aku dapat jugak online di rumah Kerteh tanpa rasa bersalah kerana melintah (leeching) wireless signal jiran sebelah.

Tahniah kepada hosmetku, Aziz yang telah berjaya mengatasi karenah birokrasi TM dengan jayanya.

Walau bagaimanapon, sekarang ni aku sibuk membina bandar. Maka, internet ni sekadar beroperasi sebagai wadah muat turun (pergh... istilah...) filem-filem dan siri-siri TV sahaja. Kalau nampak aku online di YM atau gtalk, tak perlulah mesej kerana sebagai seorang Datuk Bandar, aku agak sibuk untuk berbual perkara remeh-temeh (Hoho). Kalau urgent, sila telefon sahaja.

Aku juga ingin memaklumkan yang aku MC hari ni dan esok. Sakit pinggang makin menjadi-jadi sejak semalam.

Sekian buat hari ni.

p/s: Musim mengawan tiba lagi... Huhuhu...

Thursday, November 06, 2008

Sayut & Erynn2 - 4

Tok Imam: Mas kawennya mana ye?

Aku: Kejap-kejap (Seraya mengeluarkan wallet)

Semua orang tergamam melihat aku mengeluarkan dua keping RM10, dua keping RM1 dan sekeping syiling 50 sen daripada dalam wallet tersebut. Setelah pasti jumlahnya RM22.50, aku hulurkan pada Tok Imam.

Tiba-tiba semua orang gelak besar.

Ummi: Laa, tak letak dalam sampul ke? (Suara panik)

Aku: Kena letak ke? (Muka sudah merah, berpeluh-peluh) Kenapa tak cakap awal-awal. Kan pagi tadi orang dah tanya. Takde orang bagitau pon.

Ummi: Hmm... orang lain sibuk bersiap!

Pak Su: Nah! (Sambil menghulurkan sekeping sampul duit raya kosong). Buat malu betui la hang ni...

Aku: Huhu.

Aku masukkan duit yang aku keluarkan daripada dalam wallet tadi ke dalam sampul tersebut. Tok Imam kasik isyarat suruh hulurkan kepada bini tersayang.

Dan penyerahan tersebut dirakam oleh Pak Su.


Di sebalik mekap tebal oleh Mak Andam, masih jelas riak wajah bini tersayang yang termalu akibat perbuatan kurang senonoh aku tadi.

Juga jelas ekspresi wajah seorang lelaki pervert yang baru aje sah mendapat lesen untuk membuat anak...

Hohoho.


p/s:
Selamat ulangtahun perkahwinan ketiga, ayang. Sori, dinner steamboat dekat restoran Shabu Shabu semalam tak berapa best dan romantik. Syifaak punye pasal. Huhu.


***

SAFETY TIP:

Be careful when using the guest room's toilet bidet in Berjaya Time Square Hotel. The tap may be wrongly installed.

Conventionally, the blue indicator on the tap should represents cold water flow while red represents hot. These indicators may have reverse effect due to wrong installation.

I literally burned my a*s last night when I turned the bidet tap max to blue . Yeah, go on... laugh like my beloved wife did, but I believe this is a painfully serious matter. I was considering suing the hotel.

Then again, I was not an official guest of the hotel. The room was registered under my wife's name for a Company's official function.

Huhu.


NOTE: This Safety Tip message is in support to my Company's 'HSE at heart' initiative.

Wednesday, November 05, 2008

Couple.

1. I'm in PJ, attending training. My beloved wife is in BB, attending conference.

2. Tomorrow's our third wedding anniversary. Time to get romantic?

3. Who's gonna win? Obama or McCain? Yeah, politic is not romantic.

4. Class is about to start.

End for now.


p/s: Blog later.