Thursday, June 19, 2008

Tumpah...

Perhatikan gaya kedua-dua model dalam gambar-gambar di bawah ini yang diambil menggunakan handphone yang sama oleh orang yang sama pada dua waktu yang jauh berbeza - satu diambil pada hari raya dua tahun lepas di Hutan Melintang dan satu lagi baru sebentar tadi di Kuantan.




Apa yang dapat kamu simpulkan?

p/s: Kesimpulan aku ialah bini tersayang suka tangkap gambar orang tengah tido dan sudah tiba masanya aku kena beli handphone baru yang ada 3G dengan bluetooth.

Hasad!

Amarah sungguh aku pagi ni membaca Utusan Online berkenaan statement Datuk Seri Wak Khir Poyo Toyo suruh Kabinet tentukan bonus GLC.

Dia tanya "Apa penting diumumkan keuntungan besar syarikat-syarikat ini tetapi rakyat tidak merasai apa-apa?"

Belajar dah cukup tinggi dah, tapi ni pon dia boleh tak paham. Meh aku tolong jawab.

Sebabnya Datuk Seri, syarikat-syarikat ni nak bagi hint berapa jumlah cukai yang dibayar kepada kerajaan supaya rakyat dapat merasa jugak hasil penat lelah pekerja-pekerja syarikat-syarikat ini membanting tulang cari duit.

Rakyat mungkin tak dapat rasa hasil sebab ada ahli-ahli politik yang suka songlap duit cukai, contohnya macam konon-konon kasik derma kat persatuan bini-bini wakil rakyat pakai duit ni, pastu tiba-tiba la hilang dalam 10 juta. Entah-entah duit ni bini wakil rakyat yang jadi pengerusi buat beli-beli produk kecantikan kasik berkilat dahi suami dia.

Pastu dia cadangkan pulak, "Sebab itu, semua GLC negara perlu umum keuntungan kepada Kabinet sebelum Kabinet memutuskan jumlah bonus yang perlu diberikan kepada mereka."

Habis tu, buat apa syarikat-syarikat tu ada board of directors? Buat apa ada management committee? Orang lain susah-susah pergi carik duit, struggle buat kerja, senang-senang je nak buat keputusan.

Jendul kamu.

Marah sungguh aku la. Hish! Nasib baik dia orang tua, kalu tak dah lama aku cepuk dahi tu barang sedas dua.

Tarik nafas Sayuti. Bertenang. Jangan kurang ajar dengan orang tua.

Nasib baik ada artikel pasal Fuelwater yang kononnya boleh jimat petrol sehingga 40 peratus. Pakai elektrolisis kot. Terhibur gak la aku, sebab teringat satu episod Mythbuster dekat Discovery Channel.

Tapi yang pasal bahan api daripada minyak buangan ni macam menarik untuk dikaji lebih lanjut. Sape engineer, pegi la kaji. Aku orang HR. Apalah yang aku tahu.

Hehe.


p/s: Saraf tunjang aku tertekan. Sebab tu aku senang marah ni. Kalu tak, takde la doktor kasik MC seminggu. Hehe. (Alasan...)

Wednesday, June 18, 2008

MC!

Aku baru keluar wad. Seminggu makan nasik hospital.

Aku dimasukkan ke dalam wad setelah bertemu pakar orthopedik Kuantan Medical Center (yang belakang Mega Mall tu la) dan disahkan mengalami slipped disk.

Slipped disk adalah satu keadaan di mana disk di antara tulang-tulang belakang kamu membengkak dan mempressure spinal cord. Untuk kamu-kamu yang ingin tahu lebih lanjut, kamu boleh baca di sini.

Antara sebab-sebab biasa yang mungkin mengakibatkan keadaan ini termasuklah termasuklah mengangkat benda berat, jatuh, mengalami hentakan, salah duduk, salah tidur atau salah meniduri berguling. Semua faktor-faktor tersebut mungkin aku alami, kecuali yang last tu.

InsyaAllah, aku berguling dengan teknik yang betul dan disyorkan oleh badan-badan pergulingan. Tak caya boleh tanya bini tersayang, tapi beliau sebenarnya tak boleh mendedahkan rahsia bilik tidur kami kerana dilarang oleh Islam. Harap maklum.

Seminggu aku di hospital, aku terputus hubungan dengan dunia luar dan dunia internet. Walaupon ada TV, aku jarang tengok berita. Aku lebih suka layan HBO, sebab banyak movie yang menarik. Kalau movie di HBO aku kurang gemar atau ulang tayang movie yang aku dah tengok, aku tukar Disney Channel. Tengok Hannah Montana bergedik macam kebanyakan awek-awek yang pergi melepak di Mega Mall di hadapan hospital berkenaan.

Rutin di wad: fisioterapi, gantung pinggang, makan ubat, fisioterapi, gantung pinggang, makan ubat. Waktu menggantung pinggang adalah waktu aku menonton TV. Waktu fisioterapi pula adalah masa untuk dipanggang dengan hot pad, diurut dengan ultrasound oleh budak-budak praktikal kolej kejururawatan dan dikarenkan dengan mesin elektrotherapy.

Lepas ofis hour - selalunya malam, waktu perdana - bini tersayang datang melawat bersama Syifaak dan Ina, adik ipar merangkap temporary babysitter kami. Mereka akan membawa bersama pakaian untuk persalinan esok dan mengambil pakaian yang aku pakai sehari sebelum tu untuk dibawak balik bagi dicuci. Kadang-kadang mereka membawa makanan yang sedap.

Sungguh bahagia hidup aku dalam wad. Cuma kadang-kadang sunyi la jugak sebab sorang-sorang je tergantung dalam bilik dengan aircond sepoi-sepoi. Nasib baik ada HBO dan Disney Channel. Huyeh.

Lari dari realiti dunia luar dan virtual realiti dunia blog dan internet. Hari ni aku dapat tahu yang sejak seminggu lepas, PETRONAS ditekan oleh ahli-ahli politik untuk membuka akaun syarikat.

Sebenarnya aku dah agak dah sebab waktu harga minyak naik 30 sen dulu, ada demo di depan ofis. Naik 78 sen, lagi la. Memandangkan perkara yang sama berulang, maka aku pon malas lah nak komen panjang-panjang, sebab harga minyak memang takkan turun kalau asyik berdemo dan berpolitik aje. Penat kamu berdemo 30 sen tu pon belum habis lagi.

Haha. Aku gelakkan kamu. (Sah, aku dah tertiru gaya Encik Abdullahjones)

Nak refer ke post lama aku pasal isu harga minyak pon aku malas. Aku kan tengah sakit. Dapat MC seminggu tau! Kalu kamu rajin, carilah sendiri. (Sah, tiru gaya. Tapi tak bayar royalti)

Dalam banyak-banyak blog yang aku singgah, ramai betul yang aku tengok lebih pandai daripada Tan Sri Dato Seri Mohd Hassan Merican. Ahli politik pembangkang dan Abang Khairy menantu Pak Lah terutamanya. Segala yang tak kena semua dapat ditunjuk dalam PETRONAS. Itu tak kena, ini tak kena, nak tengok akaun PETRONAS lah dan macam-macam. Walhal, Petroleum Development Act 1974 dan konsep Production Sharing Contract pon tak paham. Belum tanya harga sewa rig lagi. Belum tanya geological basin lagi. Reservoir modelling tak payah tanya lah. Harga satu lesen software pon dah boleh beli Kancil sebijik.

Kepada yang nak tahu lebih lanjut, boleh lawat Petrosains di tingkat 4, Suria KLCC. Modalnya hanya RM12.00 sahaja. Tak taulah kot dah naik, sebab harga minyak naik. Hoho. (Nih dah macam gaya Kmie plak dah)

Tapi takpelah. Oleh kerana ramai yang pandai sangat, aku syorkan pergi la amik loan, dan bukaklah syarikat carigali minyak sendiri. Semoga untung banyak dan boleh la menyumbang kepada subsidi minyak dan menurunkan harga minyak di pam.

Amin.

p/s: Aku menulis dengan gaya kerek sebab aku tengah sakit belakang dan caj rawatan seminggu sangat tinggi. Semuanya RM5500++. Nasib baik ada ING Insurance, Syarikat bayar. Hoho. Sila jangan dengki.

Dan Encik Semut, aku memang comel. Haha.

Thursday, June 05, 2008

Angkatan.

Aku baru pulang dari ESQ Leadership Training.

Sebuah pengalaman yang menarik dalam mengenali diri sebagai hamba dengan menimbulkan rasa bertuhan. Program tiga hari tersebut memperkenalkan model ESQ165 - model yang dihasilkan dengan menyesuaikan nilai-nilai universal Ehsan, Iman dan Islam ke dalam kehidupan. Peserta juga ditanamkan dengan tujuh nilai-nilai dasar ESQ - jujur, tanggungjawab, berwawasan, disiplin, kerjasama, adil dan prihatin.

Pada pendapat aku, program itu perlu diperbaiki lagi, tapi tetap mudah difahami dan dirasai jika disertai dengan hati yang terbuka.

InsyaAllah.




p/s: Aku dapat hadiah sebab trainer cakap aku 'paling mirip gerakannya dengan Mr Zero'. Huhu. Tentang harga minyak yang naik 78 sen tu, nantilah aku komen.