Iftar?
Semalam aku dan bini tersayang berbukak puasa di JW Marriot. Aku dapat satu kupon setelah seharian bertugas menapis resume orang2 yang datang nak cari kerja dengan Syarikat. Lagi satu kupon, ada sorang ahli panel temuduga yang bagi. Dia malas nak bukak puasa kat situ.
Tadi, kami berbukak di Naili's Place, Uptown. Gathering budak2 induction (kursus orientasi eksekutif2 baru) batch aku. Sedar2, dah dua tahun kami smua bekerja dengan Syarikat. Tiga orang dah ada anak. Sume aku dukung tadi. Saje nak amik 'feel'.
Esok pulak, kami mungkin berbuka puasa di Restoran Rasa Thai, Subang Parade. Gathering budak2 Jenan batch Cendolpulut - 9599 & 9899. Tapi, aku keje esok. Kena jaga kaunter menapis resume lagi. Moga2, sempat la nak ke Subang dari Bukit Bintang...
Usia kandungan bini tersayang dah masuk 7 bulan. Perut pon dah besar. Tapi, kalu pakai baju, memang tak nampak beza dengan keadaan sebelum ngandung. Bukak baju je nampak. Depan aku la dia bukak baju.
Nampak dan 'terasa' perbezaannya... Hua~~
Mungkin sebab badan bini tersayang agak berisi, maka, perbezaan tersebut kurang ketara. Kalau naik LRT, memang orang wat 'dek' je. Tak kasik tempat duduk. Sian beliau...
Baby kami, kuat jugak menendang. Aku pon dah terasa tendangan beliau, sampai nak jatuh katil aku kena tendang.
Ye ye, aku tipu. Takkan tu pon percaya kot? Ada ke orang percaya aku kena tendang ngan baby sampai jatuh katil? Sungguh naif orang berkenaan. Huha.
Sepertimana yang pernah aku tulis dulu, jantina baby telah diketahui. Kami bakal mendapat seorang anak gadis. Sekarang sibuklah kami mencari nama yang sesuai.
Nama gelaran bini tersayang di kalangan rakan2 ialah 'Erynn'. Lalu, anak gadis kami nanti akan mewarisi nama tersebut di hadapan nama penuh beliau. Kami masih mencari nama belakang.
Erynn (still searching) binti Mohammad Sayuti.
Kamu ada idea?
p/s: Membaca artikel ini membuatkan aku kembang hidung dan terharu. Ah, sebuah pencapaian di UTP yang masih diingati junior2.