Hari ni hari Ahad. Aku di ofis.
Cilakek...
Kerja2 pengubahsuaian ofis fasa kedua sedang berjalan. Aku terpaksa menyelia kerja2 tersebut. Maka, hari minggu yang sepatutnya dihabiskan untuk berguling2 berehat terpaksa dikorbankan demi tugas dan tanggungjawab kerja.
Semalam:
"Yang, beli stokin baru la. Dah berlubang2 ni. Malu je, gaji besar stokin berlubang2," bini tersayang, ketika menyidai pakaian.
"Bukan setakat stokin, kasut2 pon nak tukar!" aku.
"Patut la kaki berbau..." bini tersayang.
Adeh!
Pernyataan yang tidak dapat dinafikan.
Khamis, malam Jumaat:
"Sedap kari ni..." bini tersayang.
"Eh, orang kan 'terer' masak!" aku.
Kari ayam ala kadar yang aku masak ternyata menjadi walaupon tanpa daun kari, dan kekurangan rempah ratus. Masam sikit, sebab terlebih asam jawa, tapi 'kick'nya tetap ada.
Ke, bini tersayang nak ambil hati je tu?
Erm...
Jumaat:
Aku lambat masuk kerja.
Hehe.
Terus pergi kursus 'refresher' untuk penyediaan bajet perkara2 am dan pentadbiran. Tak lama lagi, aku kena jadi akauntan dan auditor pulak. Sekarang tengah jadi arkitek. Minggu lepas dah jadi 'event planner'.
Kursus tersebut habis awal. Aku singgah ke aras ofis yang akan disusun semula untuk memastikan mereka dah 'pack' barang2 ke dalam kotak2 yang disediakan.
"Mover datang pukul tiga. Make sure semua orang dah pack barang2 by then," aku memberi arahan menggunakan bahasa yang mungkin boleh menimbulkan amarah Datuk Seri Utama, Dr Rais Yatim.
"Habis tu, kitorang boleh balik awal lah?" mereka, dengan wajah penuh pengharapan.
"Eh, office hour kan sampai pukul lima. Buatlah kerja sampai pukul lima, " aku, wajah tak serius.
"Barang2 dah pack, cubicle kena cabut... nak buat kerja macam mana?" mereka lagi.
"Pandai2lah buat kerja yang patut. Takde cubicle, buat la kerja kat tempat lain. Kat level lain ke... kat Suria ke... kat rumah ke..." aku.
"Boleh balik awal la tu!" mereka, gembira.
"Eh, aku tak cakap apa2 pon pasal balik awal, kan?" aku, wajah serius yang dibuat2.
"Baiklah. Baiklah," mereka, dah faham.
Demikianlah.
p/s: 'Takdir' masih membelenggu... kesannya makin merebak. Kini, Zul pon sudah terbelenggu. Kesian dia...