Puasa?
Semalam, di ofis.
"Bini saya pergi induction, start hari ni..." aku.
"Puasa la kau dua bulan. Kesian..." Abg Napi.
"Tu lah tu. Cuti seminggu hari tu, kira sahur lah tu!" aku.
Dan ketawa.
Bini tersayang akan berkursus selama dua bulan. Orientasi eksekutif.
*Sangap*
Malam ini, aku keseorangan. Juga, malam semalam. Hari ini cuti ganti untuk esok, sempena hari Keputeraan ke bawah DYMM Yang di Pertuan Agong. Jadi, Din balik kampung. Parid pulak, masih dalam kursus orientasi sessi bulan lepas. Hujung bulan ni baru habis.
Sunyi...
Sebentar tadi, aku cuba membalas komen2 dalam entri 'Fikir.' Entah mengapa, bila aku menekan butang Publish Comment, segala2nya hilang. Bila aku tekan F5, keluar mesej 'cannot be found'. Tekan lagi, keluar mesej dari Blogger yang menyatakan masalah teknikal telah berlaku di server. Jadi, aku memutuskan untuk menulis semula komen balas di satu hari nanti.
Kalau aku ingatlah.
Aku sekarang menaip menggunakan laptop Ayam, kawan aku ketika di Jenan dulu. Nama sebenar beliau, Shahril. Beliau tinggal di Sentul. Tadi, aku ke rumah beliau. Kami berborak2 tentang kawan2 yang lain. Dengan tak malunya aku mintak pinjam laptop ni, dan dengan selambanya beliau bagi.
Aku seorang yang boleh dipercayai. Sungguh!
Esok, aku akan menghadiri majlis perkahwinan Aida, seorang kawan satu universiti dan satu sessi kursus orientasi.
Cemburunya. Juga cemburu kepada orang2 lain yang sedang berguling, di mana2 saja kamu berada, dengan pertanyaan, "Dah nikah belum?"
Aida sudah.
p/s: Tak dapat berguling mematikan sumber inspirasi. Daulat Tuanku!
12 comments:
abg uti. abg uti. abg uti. bosannya saya. kat manakah saya boleh berguling2?
Server blogger mengong kot Sayut...
Berguling2 dengan bantal guling jer la nampaknya yek... hehehe
saya suka menggulingkan kuasa jahat yg tidak adil seperti Moncici!!! Ha Ha Ha Ha Ha!! Pahlawan Bertopeng!
hahahaha udah bersahur ye :P sabo jek la dak sayut nih hahahaha
alom ke?: berguling di atas lantai atau di atas katil. jangan berguling atas tanah. tak elok.
abg jowo: itulah itu.
alom lagi: ish, kena sawan shin chan lak dah.
kak ayu: err, uhh, err, itu. aa. huhu.
Rajin ko bangun sahur sayut...hemmm kejab lagi kalau balik rumah best jugak guling2..Sayut? kenapa ko nak nangis? ko tak dapat guling ker? sian kan?huhhuh
woh, di spam.
terima kasih lah kepada yang tolong menampal bunyi2 bangau di sini.
a really good read, i must say. pity them. it just make me laugh.
hahaha.
thank you to anyone who spammed my comment box. you really made my day.
o?
hape jadahnye gaduh panjang2 kat entry yg takde kene mengene, isk2
wohh tak paham konsep juge. HI sayut!
azhar: itulah itu. mungkin cubaan nak mengapi2kan kot. maklumla kan, blog melayu.
jengae: eh HI jeng. now, this is a *dangerous* surprise. huhu.
erynn: padamla spam tu. penin pale baca.
oo jengga tgh prak yer..nape dangerous?
seronoknya
Post a Comment