Saturday, September 13, 2008

Bonus.

1. Dua hari lepas ni aku terdengar dialog sketsa seorang guru dan beberapa orang pelajarnya tentang pengertian puasa melalui sebuah siaran radio Melayu. Guru bertanya pelajar sama ada mereka berpuasa dan apakah erti puasa itu. Seorang pelajar berkata dia berpuasa, kerana berpuasa itu tidak makan. Guru 'membetulkan' pelajar tersebut dengan memberitahu kelas yang puasa itu sebenarnya bererti tidak makan dan tidak minum.

2. Semalam aku terdengar pula 'tazkirah' melalui siaran radio Melayu yang lain tentang zakat fitrah. Juruhebah radio berkata yang orang Islam 'harus' membayar zakat fitrah untuk membantu orang yang miskin.

3. Sebab itulah aku tak berapa suka dengar radio. Kalau nak dengar pon, aku dengar IKIM dot FM. Pilihan utama.

4. Seorang wartawan, seorang blogger terkenal dan seorang ahli parlimen pembangkang ditahan hari ni di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Padan muka diorang. Ha ha.

5. Kalau boleh, tahan la yang blogger tu lama sikit. Aku dah baca beberapa artikel beliau tadi dan aku rasa macam nak luku je kepala dia barang sedas dua. Kalau beliau nak jadi sarkastik atau sinis pon, Eff, kena ada had jugak.

6. Macam jugak nak pergi Taiwan sebab konon-kononnya nak belajar tentang pertanian. Lima, enam orang ahli parlimen pon aku rasa dah lebih dari cukup kalau betul-betul nak belajar. Kalau lebih dari 40 orang, baik buat rombongan umrah. Sekarang zaman broadband la Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Google je kalau nak tahu sangat.

7. Terlalu haru biru Malaysia hari ni. Tempias 16 September, mungkin.

8. Untuk mereka-mereka yang perlu mengundi sebelum tarikh ni, selamat mengundi. Undi itu adalah hak anda dan bakal menentukan masa depan anda.

9. Mesej di atas adalah untuk orang-orang yang bekerja dengan Syarikat. Yang tidak berkenaan sila abaikan.

10. Harni, aku tak dapat membantu dalam hal ni. Ini adalah hak Syarikat ke atas kita. Hak kita adalah untuk terima atau tidak. Gunakanlah hak itu sebaik mungkin. Aku tak boleh komen lebih lanjut kerana aku tersepit antara pendapat peribadi dan pendapat profesional. Maaf.

11. Di sebalik haru biru ni, aku mempunyai sebab untuk tersenyum. Aku ingin berkongsi senyuman ini dengan semua. Sila tekan play.



12. Maaf jika visual di atas kurang memuaskan. Encik Ben aku sudah uzur. Matanya sudah rabun. Huhu.

13. Bersyukurlah. Jika kamu bersyukur, nescaya Allah SWT akan menambahkan nikmatNya ke atas kamu.

Wallahualam.


p/s: Minum GamatMaxx ketika sahur dan berbuka sedikit sebanyak mengurangkan rasa sakit di belakang dan kaki. Ummi yang suruh minum emulsi gamat ni. Terima kasih Ummi.

16 comments:

chivv said...

owhh,....cute ^_^

harni said...

x paham..kenape ada nama aku di dlm post ini? aku x comment pasal tuh sayuti.. aku bersyukur lagi adelah.. yg komen tuh pasal T.A.. huhu

IkraamSuarez said...

oih...aku da tuka blog...
http://ikraamtorres.blogspot.com/

Sayuti said...

chivv: like father like daughter la kan... huhu

harni: oh, aku salah paham rupanya. laa... ko tak dapat ke TA? aneh sungguh. gi ketuk sikit arfah tu. huhu.

ikramtorres: oh... takpe, kalau ada link ke blog ni, ada la link back auto. huhu.

cleo weiland said...

"What's a TA?" asks the curious intern from the Big Blue.

By the way, agree with the part about Effi. He's too much sometimes. I fear one day he just might get into trouble! Sigh.

k-mie said...

ko nyer zergling dah leh jalan ke?

Obefiend Weiland said...

abang sayut ( eh abang ke adek?)

ok.. i hear you. jom jadi baik kejap. lepas tu kembali ke kehenseman biasa

yes. aku hanya hensem tapi tak sekacak kamu.

p/s: 9 bulan dah. laju sungguh.
p/p/s: how your back old man?

Sayuti said...

cleo: Technical Allowances.

it's ok for guys to get into trouble once in a while. baru cool. haha. but, make sure you help him get out from it. huhu.

k-mie: dah jadi hidralisk dah pon.

eff: adek abang. hehe.

ha ah. sebentar saja masa berlalu.

back's getting better. berkat ikut cakap ibu minum gamatmaxx. huhu.

k-mie said...

a'ah yela. nnt sedar tak sedar dah nak jadi overlord, bukak hatchery lain. pastu spawn another set of zerglings..

harni said...

apparently its being hold coz i'm not doing any technical work which is so not true coz i'm actually doing the thing that is listed in my TI&R.. aint it technical? i qualified myself as a drilling supervisor through the wellcap test (ade exam okay!) and been doing technical things since day 1. oh come on... n your replacement is just too slow to inform me? i had to make her pissed off with my calls baru nk bagitau. daa?? thats y we miss u a lot!!!! osmet aku yg br blk dr india tuh x dpt2 lgi claim dia and kena potong gaji tiap2 bulan okay? sungguh teruk!!!

i'm supposed to go for attachment with a small blue company (it starts with M ppl.. he he) but until today they havent resolved on the transfer arrangement of the new manager that is going to replace me. macam siput sedut progressnye!

aku stresssss!!!!!!!!

quote "what is drilling without a rig"
means.. rig is 100% technical!

maaflah sayut...terpanjang plak komen..mcm blog aku plak ha.. hehe

Obefiend Weiland said...

you talk too much

take a chill pill.. that could be the crux

just sayin'

haw haw haw

Sayuti said...

kmie: nak bukak hatchery baru kena ada drone dulu. drone plak kena mutate sikit kasik bleh angkut mineral triple mineral yang aku angkut skang. huhu.

harni: takpe. baru aku paham condition ko. tak dapat aku nak tolong.

aku cadangkan ko gi jumpe jukris, mintak endorsement dia utk TA ko tu. ko skg10 kan? patut takde isu...

apa pulak masalah claim yati tu? patut takde masalah... hmmm...

eff: hoh?

redza said...

nice blog~ (bersyukurlah~~) hehe.. bila nak 19 hebulan ni?

Mommy Lyna said...

bosan bosan bosan.

Sayuti said...

mox: nice blog gak untuk kau. huhu.

alom: apa yang bosan? kalu bosan main peggle. hehe

Sir Mute Key Chicks said...

psst,aku tak sarkastik kan.haha