Sunday, October 21, 2007

Kerisik!

Jumaat, 5/10/2007 - aku dan bini tersayang accident.

Bini tersayang gi amik aku dari Terminal Makmur naik Kelisa1. Aku baru sampai dari KL naik Bulan Restu.

Dalam perjalanan balik, tetiba ada sebuah kereta Kancil melintas nak masuk simpang. Bini tersayang tak sempat brek dan berlakulah perlanggaran sederhana kuat.

Tiada kecederaan berlaku meskipon dua2 kereta kemek. Kelisa kemek di bahagian bumper depan sebelah kiri manakala pintu kiri Kancil melengkung ke dalam akibat perlanggaran berkenaan.

Selang lima minit, cina workshop tiba di tempat kejadian mengoffer perkhidmatan beliau. Kami tak talipon pon...

Mengkagumkan!

Cina workshop tu offer service yang menarik. Bukan setakat repair, setelkan police report serta claim insuran pon dia boleh tolong buatkan.

OK lah tu. Kami pon malas nak pening2.

Gi balai, buat report. Kancil yang salah.

Yeay~


Sabtu, 6/10/2007 - dapat tahu Alom sudah berjaya melahirkan Hafiy melalui blog beliau.

Tahniah2.


Khamis, 11/10/2007 - aku dan bini tersayang tumpang Faiz balik Alor Setar, rumah Tok Wan. Faiz adalah seorang eksekutif business planning dalam unit aku, merangkap seorang junior di UTP.

Kami naik Proton Saga2 pegi tunggu Faiz dekat stesen ERL Putrajaya. Parking situ free.

Faiz datang amik naik Proton Waja lebih kurang pukul 8.45 pagi.

Kami tinggalkan Proton Saga di situ. Bateri kereta berkenaan dicabut untuk keselamatan.


Jumaat, 12/10/2007 - aku dan bini tersayang shopping bahan2 mentah untuk buat soto, bihun sup serta rendang di pasaraya Giant Alor Setar.

Mak Njang yang masak masakan2 tersebut.


Sabtu, 13/10/2007 - RAYA!

Empat jam waktu siang hari raya aku habiskan dengan tido.

Huhu.


Ahad, 14/10/2007 - Fly balik ke KL naik AirAsia.

Baru aku tahu yang stewardess AirAsia yang seksi2 memakai uniform merah skirt pendek rupa2nya suka bergosip2 ketika take-off dan landing.

Maka, lenkali kalau aku naik AirAsia, aku akan cuba duduk seat belakang sekali. Bahagian ekor kapal terbang. Strategik. Dekat dengan toilet lak tu. Nak turun pon cepat. Sambil2 tu boleh dengar stewardess bergosip.

Sampai LCCT, naik bas ke MTB, KLIA. Dari KLIA, naik ERL ke stesen Putrajaya.

Proton Saga masih ada di situ. Aku pasang balik bateri dan kami bertolak ke rumah mertua di Batu Pahat.


Isnin, 15/10/2007 - perhimpunan keluarga adik-beradik Ayah. Uncle2, auntie2 serta sepupu2 bini tersayang datang beramai2. Ada marhabban di siang hari dan tahlil pada malamnya.

Ayah masak beriani kambing untuk lunch. Dinner pulak, sup tulang dan teteL (perhatikan hurup L, bukan K!) bersama sambal kicap dan nasik himpit.

Naik tahap kolestrol aku.


Selasa, 16/10/2007 - Bertolak balik ke KL. Aku start kerja hari Rabu dan Khamis...

Huu...

Bini tersayang masih bercuti.

Waa...


Jumaat, 19/10/2007 - Aku dan bini tersayang shopping barang2 baby di Mydin Mall Subang.

InsyaAllah, semua barang2 baby telah diborong kecuali yang besar2 seperti baby cot, stroller dengan car seat.

Ada orang nak sponsor?

Huhu.


p/s: Gambar2 ketika Hari Raya akan diupload kalau aku rajin. Sekarang tengah malas. Huhu. Nama kedua untuk Erynn junior masih belum diputuskan. Cadangan2 yang diberikan oleh kamu2 semua sangat menarik. Terima kasih.

footnote 1 & 2:

Bini tersayang ada dua bijik kereta. Kelisa(1) dibeli
setelah bini tersayang mula bekerja di Kuantan dan mendapati kadar
penggunaan petrol Proton Saga(2) adalah tinggi bagi perjalanan ulang alik
ke ofis beliau. Proton Saga tu pulak dipinjamkan Ayah sejak
kami third year di UTP. Disebabkan kurang berjalan, kurang setahun
selepas menggunakan Proton Saga berkenaan, bini tersayang telah
berjaya menjadi montel dan comel. Setelah bini tersayang membeli Kelisa, Proton
Saga tersebut ditinggalkan di KL dan jarang digunakan.

9 comments:

marisa said...

oowh....erin org johor ye?

-geng le ni...

syukur semuanya tak cedera. bahaya memandu kereta kat Malaysia ni. Kadang-kadang, bila kita dah sehabis-habis cermat dan bersopan di jalanraya, mesti ada org lain yg tak bertimbangrasa dan cuai..

berhati-hatilah ketika memandu

Sayuti said...

auni: ha ah. orang johor. jawe lagi.

itulah sebab disebut kemalangan. ikut nasib jugak.

jadilah pemandu berhemat.

Pegawai Khalwat said...

Tukar ja kereta perisai.

Anonymous said...

Tetel!! Lama sungguh tak makan.. T_T. Balik Johor aritu pn tak dpt merasa makanan johor.. *sigh*

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin yer abg Sayuti :P

Anonymous said...

salam..

Tuan, mungkin sudah sampai masa utk tukar kereta baru kot....
hahahahahahahahha

Bila agaknya eryn junior akan lahir??
Mesti comel macam mak dan ayahnya....

Pengalaman saya dlm membeli barangan baby ni...
lebih ikutkan mak si baby....
ikut je la apa mak dia nak belikan...
maklum la anak pertama..
mmg excited..

tp ada gak barang2 yg rasa cam membazir je beli..
ye la..masa tu semua nak dibelinya...
antaranya ialah stroller...
pakai 3-4 bulan je..
lps tu let go kat lelong.com...
sbbnya..kekadang baby sendiri tanak naik dan bila gi shopping penuh dgn barang2..bukannya si anak..
huhuhuhu..

baby cot mmg tak beli atas sbb nasihat seorang kawan....
mengikut pengalaman beliau...
kekadang tgh2 mlm anak menangis..
memula ok la si mak atau si ayah bangun gi jenguk..lelama...anak menangis sesorang le jawabnya..
takpun angkat baby letak tidur sekali...
hahahahahahahha
kan dah jd satu pembaziran....

tp car seat mmg penting bila si emaknya nak gi memana drive sesorang bersama baby....

apapun..
selamat memilih nama baby..
tanya2 la si datuknya dan neneknya...
tp keputusan tetap dtg dari mulut si ayah dan si mak....

sekadar coretan..
bukan utk pegangan total....

FEQA

Anonymous said...

ooo..saudara org kedah ke...
wife lak org johor...jauh jugak ye..kutub utara kutub selatan...em,tahun depan 1st day raya,raya kat johor lak..baru adil dan saksama.. ;p

selamat hari raya...

~~xenus

~lalala~ said...

slamat raye sayut-san~!! cepat2 ar baby tue kluar~~~

huhu... nasib baik xde pa pe eksiden tue.. hish hish... seram sejok den bace...

ooo.. blk aloq staq x habaq! kalu x bley claim duit raya

Anonymous said...

stroller penting sbb anak sure comel montel mcm mak bapak dia.. sure tak larat nak dukung.. suruh stroller je carry..

cot juga penting sbb nak kasik anak kita independent. kalau dah letak celah ketiak je, time besar sket pun nak remain kat situ dan baby akan rasa abandoned kalau tetiba kita buh dia kat katil lain yg selama ni duk tido dgn kita..

lain org, lain cara didik anak. anak juga lain2 perangainya. kita wait n see.

Sayuti said...

tuan pegawai: nak bayaq kelisa ni pon tercungap2...

adek: tetel tak bagus untuk kesihatan... huhu

slamat hari raya, maap zahir batin juge...

FEQA: terima kasih atas tips2 anda. ni tengah ikut cakap mak dia la ni...

xenus: orang perak sebenarnya. membesar di alor setar dengan datuk.

insyaAllah... tahun depan tunggu dan lihat je lah.

intan-chan: memang la tak habaq. takut orang datang claim duit raya.

baby due in december.

missus ku sayang: no komen. huhu.