Sori.
Maaf, dah lebih dua minggu aku tak update blog.
Maaf juga, kerana untuk entri ini, aku tak dapat menulis tentang sebab2 aku melukis gambar kambing sebagai simbol diri. Kamu masih boleh teka. Tiada hadiah diberikan untuk jawapan yang tepat. Dan, jawapan Sang Semut adalah tidak tepat sama sekali.
Maaf jika membuat kamu tertanya2. Tapi, sebahagian jawapannya ada dalam testimonial yang ditulis oleh bini tersayang dalam profile Friendster aku, satu ketika dulu.Maaf juga buat Adik Alom, kerana Abang Uti lebih kacak daripada Wak Non.
Aku baru balik dari Melaka setelah membawa segerombolan manusia2 dari sebuah universiti di Belanda melawat kilang penapisan minyak milik Syarikat di sana. Sebelum itu, kami melawat pusat penyelidikan milik Syarikat di Bangi. Semalam, mereka diberi taklimat tentang Syarikat secara menyeluruh dari segi operasi dan pencapaian.
Perancangan untuk lawatan pelajar2 dari Belanda ini telah dimulakan sejak dua bulan lalu. Dua minggu lalu pula, aku harus memastikan segala persiapan telah dibuat agar program lawatan dua hari berkenaan berjalan lancar. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan aku boleh menarik nafas lega kerana maklumbalas yang diterima sebentar tadi adalah positif.
Hujung minggu lalu, aku ke Kuala Terengganu untuk melawat bini tersayang. Berdasarkan pengiraan kalendar Lunar, sepatutnya lawatan itu jatuh pada tarikh air pasang. Tapi, kami boleh pula berenang kuak guling2 secara aman sepanjang hujung minggu itu. Mungkinkah benih yang aku semai selama ini membuahkan hasil?
Aku menanti penuh debar sehingga hujung minggu ini. Jika air masih belum pasang, aku perlu mencari kayu pengukur...
Huhu.
Aku sampai Kuala Terengganu pukul 5.45 (lebih2 sikit) pagi. Bini tersayang berada di Kenyir ketika aku sampai untuk menjalan sedikit aktiviti riadah di sana. Untuk mengisi masa yang ada, aku telah menghubungi Syuk.
Syuk atau lebih dikenali sebagai blaserjagdwaffen atau blaserjiggy-jiggy menetap di Kuala Terengganu. Seperti aku, beliau juga seorang yang kacak, dan sedikit gendut kerana tarikh hari ulangtahun kelahiran beliau setiap tahun adalah sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran aku. Walau bagaimanapon, beliau dua tahun lebih tua dari aku.
Syuk telah menghiburkan aku sepanjang pagi, sehingga terlanjur ke tengahari.
Siapa2 yang mengenali Syuk dan aku akan cuba menggunakan ayat di atas untuk membuat lawak2 berunsur 'kegembiraan'. Syuk juga, jika sedang membaca entri ini, akan membuat lawak2 berkenaan.
Hah, kantoi!
Setelah bergosip2 sambil makan keropok dan belajar menitiskan air mata dengan menutup mulut ketika sedang kepedasan akibat Sos Cili Padi Agromas, Syuk akhirrnya terpaksa memulangkan aku kepada bini tersayang. Ketika dalam perjalanan dari rumah beliau ke tempat kursus bini tersayang, kami terlihat sebuah kereta berplat 'TAH 1'.
Ya ya, betul! Haha.
Syuk suruh tangkap gambar dan letakkan di blog sebagai bukti. Malangnya, resolusi kamera telefon bimbit aku terlalu rendah. Nombor plat kereta berkenaan tidak kelihatan dalam gambar. (sekadar alasan)
Maaf.
p/s: Kepada pemilik kenderaan berplat 'TAH 1', jika anda membaca blog ini, saya minta maaf kerana telah mentertawakan anda bersama2 Syuk.
16 comments:
TAH 1? hahaha..agak2 baper dia byr ah utk no plat tu?
jom try cari BAB 1 lak..agak2 ada dak...
nadia, BAB 1 tuh ade. If I'm not mistaken, it was belong to one of the politician yg dah jadik arwah. Tapi lepas tuh, he sold it back kot. Sebab org dok tego. Pls correct me if I'm wrong.
-normah-
Paling suka part yang guling-guling tu... he he he..
Nak cari JAW4...!
sayut
ko dah kawen ni pun still menggatal lagi ek. hampes.
tanak beli plat PUK 1?
datang blog aku weh. tinggalkan kesan2 kesangapan dan keterujaan ko kat situ. hahah.
by the way...tader ke awek PETRONAS yang cun2? aku sejak lepak kat MMHE pasir gudang ni makin hitam la. dah tak mampu nak saingi kekacakan ko. hampesss
che nad: tu, normah dah jumpak BAB 1.
normdut: owh, demikian.
abg jowo: haha. takpon, abg beli proton waja, susun huruf waja itu jadi jawa, macam paklong bini saya.
jack: biasalah, menggatal dengan syuk. aku selalu je datang blog ko, cuma tak komen sebab malas. kang berjela macam forum. lagipon, aku akan backing paklah walaupon aku penyokong DAP. haha.
awek PETRONAS, sila tanya snub.
kau putih melepak sekalipon tak mampu saingi kekacakan aku, kerana aku si kacak sejati. HAHAHA.
pertama kali ke sini..
juga berjauhan dengan isteri? saya pun PJJ dengan suami huhuhu
Sering saja entri Dik Sayuti buat akak gelak-gelak dan geleng-geleng kepala.
Salam.
Dek Sayuti?Abang Sayuti?Abang kacak?
wei..kau terlanjur dengan syuk tuh?ishishish..sampai tengah hari plak tuh.hehe
aniwe, aku harap benih yang kau semai itu berhasil. dan kau sendiri sudah melihat air itu tidak pasang kan?
amin..
dulu kalau aku baca selalu ada guling2 kali ni dah tak der ker?
Abeh laa ko sayut... sume dtg blog ko nk tgk ko guling2 aje... masing2 gersang hahahaha...
Ahh kene ym dgn syuk ni... die bawak ko g mane lg?
patut tukar telefon yang ada kamera muncung di depan
H4 H4!
S4Y4 G3L4k S4NG4T S4NG4T P4S4L, TAH 1 !
H4 H4!
ada gak yang nak plat tu ya.. macam-macam...
angah: selamat datang.
akak bunga rampai: geleng kepala takpa, jangan pening kepala.
sang semut: dikhuatiri air itu pasang lambat, sebab daya tarikan graviti bulan di ganggu medan magnetik matahari.
cuaca: guling2 itu, bila berpeluang saja. bukan selalu.
yoda: termasuk lah kau, gersang! haha.
dia bawak gi rumah dia je pon. sori wei, gosip2 pasal kau.
ron97: tak mampu.
cikgu nizam: j4n94n g3l4k ku4t2 59t tau.
puterisatu: macam2 ada.
abang uti. walaupun dia tidak sekacak mana tp dia sangat baik hati. terima kasih.
Best regards from NY! » »
Post a Comment