Makan!
Hari ini enam haribulan enam tahun 2006. Jika tarikh hari ini ditulis tanpa unsur 'Y2K', jadi 06/06/06. Jika sifarnya dibuang, jadi 6/6/6.
Ada orang menganggap ini Hari Celaka. Mengapa?
Konon2nya, ada seorang kanak2 yang pelat ingin menyebut 'Hari ini hari Selasa'. Lalu, bunyinya 'Hayi Nyi Hayi Celaca'. Seseorang yang lain terdengar dari kejauhan. Bunyi konsonan 'c' yang kedua itu didengari seperti konsonan 'k'.
Lalu, orang itu memekik seraya berlari setempat untuk menunjukkan yang beliau sedang panik. "Budak itu ada kuasa ajaib! Dia tahu hari ini hari Celaka! 666!"
Eh, merepek pulak aku.
Aku agak stress sekarang.
Sebagai seorang eksekutif, kadang2 aku harus membuat keputusan yang mungkin boleh menjejaskan hubungan aku dengan orang lain, demi kepentingan syarikat. Aku sangat tak suka bila situasi tersebut berlaku. Lebih menyukarkan bila orang yang terlibat tidak faham bahawa kepentingan syarikat adalah lebih penting daripada kepentingan peribadi beliau.
Sekarang, cuba kamu bayangkan orang itu adalah kawan kamu yang sangat sensitif emosinya.
*Sigh*
Susah kerja makan gaji ni.
Semalam, bini tersayang telah balik ke rumah untuk 'melepas rindu'. Beliau kini berada di Bangi untuk dua minggu pertama kursus orientasi eksekutif yang aku cakap dulu. Untuk enam minggu berikutnya, beliau akan berada di Kuala Terengganu pula.
Ya ya, aksi guling2 telah berlaku semalam. Kepada yang rasa geli2, sila tekan Alt + F4.
Seperti yang aku tulis dalam entri sebelum ini, hujung minggu lalu, aku kesangapan keseorangan di rumah. Jadi, untuk menghilangkan kebosanan, aku pon memasak.
Hari tu, aku masak nasik putih berlaukkan 'Udang Masak Sos Tomato Bawang Sanden Brook ala Sayut' dan 'Kobis Goreng Lobak Merah Seafood Sayut'.
SEDAP TAU!
Jika kamu telah ke kursus pra-perkahwinan, kamu mungkin akan diberitahu bahawa tanggungjawab menyediakan makanan itu adalah pada suami. Isteri memasak atas dasar kasih sayang. Jika kamu belum pergi, dan ingin pergi dalam masa yang terdekat, tolong tanyakan Ustaz soalan ini, "Kalau suami perintahkan isteri untuk memasak? Bukankah tanggungjawab isteri menurut perintah suami?"
Dulu, aku nak tanya tapi Ustaz itu tak nampak aku angkat tangan. Aku duduk belakang.
Kamu duduklah depan2 sikit ya.
p/s: Kepada yang rajin copy + paste komen panjang dalam entri aku sebelum ini, silalah jangan buat lagi ya.
16 comments:
hahaha! terer ko!
Tu la keja hang.
Tensen-makan.
Tensen-makan.
Mana badan tak naik.
Psss... nasib baik ada senaman guling-guling, banyak kalori terbakar tu!
berguling sambil makan?
Guling Sayut! Guling!
takpa sayut. kamu gempal pun kamumasih hensem. saya setuju
guling guling takpe. selesaikan nafkah batin. wajib.
mmg susah kan bila kawan terlibat.lagi-lagi kawan baik yang janji nak bayar komisyen design t shirt. lepas tudah 4 bulan batang hidung pun tak nampak. padahal orang kaya. bukan banyak 300 jek
eh kesitu lak aku
aku paham sayut.kawan ni susah la. pasal tu aku tak banyak kawan. sikit la susah aku nanti
susah kalau orang otak lurus nak memahami entri2 kamu sayut.hahaha
*hati2 kalau berguling seorang diri. nanti jatuh katil.
layan ajelah si sayut ini..ekeke
Rumah ko ade astro ke sayut? cube layan channel 11... byk resepi2 best2... kalo pakai daging baaaaabb tu xyahlaa ikut... hahahaha...
guling sambil mkn ek... nicelaa alom... puaskan 2 jenis nafsu one shot... jimat mase tu... :P
makan=kenyang selama 2-3 jam
berguling=berpotensi utk 'kenyang' selama 9 bulan.
ekekekeke (gelak IRC)
Jom ke restoran vargina!!!! meja kat luar ek!!
jangan makan sebelum berguling nanti perut kembong
cikgu nizam: mekasih. tapi, saya tak terer bermain muzik.
pegawai khalwat: haha. kalau tensen-isap rokok, tensen-isap rokok, berguling2 kurang produktif.
alom: berguling sambil makan??? hahaha
artisticklytouch: baiklah!
eff: mekasih. kau pon hensem jugak. kalau kawen nanti, bertambah2 seri.
tu lah tu. susah nak cari kawan. kenalan ramai, kawan sikit.
bini tersayang cukuplah satu.
kak uda: lurus itu bagus. kalau bengkok, pon bagus juga. janji jangan lemah. kesian.
haha. layan, jgn tak layan.
yoda: tak pasang la astro. tengok tv pon jarang.
kau bila lagi nak berguling2? haha
alom lagi: amoih2. mentang2 la dia nak kawen. tak sabar nak berguling la tu.
ngah ngah ngah (gelak IRC jugak)
encik naga: tak elok makan luar dan makan di luar restoran vargina. tak kenyang.
lagi2 alom: perut siapa yang kembung? atau nak dikembungkan? huhu
mmm...layan je la..
pandai masak..untung la saper yg dapat!!!
Perkataan 'fave' Sayuti semenjak dua menjak ni: GULING-GULING .. !
mana yg lebih seronok, berguling ke bergulung? bergulung di dalam selimut sgt nikmat di kala hujan lebat.
puan wanshila: tentulah mak saya yang beruntung. hehe.
abg jowo: itulah itu.
alom: berguling sambil bergulung. lebih seronok.
Seafood Sayut?
hmmm? kalau panggang bagus ni
Post a Comment