Saturday, June 10, 2006

Kacak?

Dia kini bergelar Si Kacak, gelaran yang diwarisi daripada Si Kacak Terdahulu. Dia yang kelima menerima gelaran itu. Kekacakan dia telah diperakui oleh majoriti gadis2, walaupon pada asalnya, Si Kacak Terdahulu yang memilih dia sebagai pewaris, bukan gadis2.

Kini, sebagai Si Kacak terhormat, dia rasa bertanggungjawab ke atas kebajikan gadis2 yang memperakui kekacakannya. Dia mula memberi kebebasan untuk gadis2 bersuara, mengkritik apa yang tak kena dengan sikapnya dan kawan2nya yang lain agar mereka boleh perbaiki akhlak masing2. Dalam pada masa yang sama, dia juga ingin membentuk gadis2 tersebut agar menjadi lebih baik dengan pendekatan ilmu dan agama. Dia juga mahu gadis2 ini membesar dengan sihat, lalu dia lebih menyeru agar gadis2 ini belajar bercucuk tanam.

Tidak seperti Si Kacak Terdahulu.

Si Kacak Terdahulu lebih mementingkan penampilan gadis2 agar mereka kelihatan lebih menarik dalam majlis tari menari antarabangsa. Lalu, Si Kacak Terdahulu rajin membelikan baju2 yang mahal kepada beberapa orang gadis yang dirasakan cantik untuk diperagakan bagi menarik minat pemuda2 asing ke arah gadis2 berkenaan. Si Kacak Terdahulu tahu, pemuda2 asing ini akan berasa seronok untuk membelanjakan wang mereka kepada gadis2 tersebut.

Dia, tidak seperti Si Kacak Terdahulu. Dia lebih suka merendah diri. Kini, setelah dia mendapat gelaran Si Kacak terhormat, dia menghentikan pembelian baju2 yang mahal kepada gadis2 cantik ini. Dia juga telah membatalkan tempahan sepasang baju kurung istimewa yang dipesan oleh Si Kacak Terdahulu. Bajunya telah siap, tapi kainnya perlu dibuat di kedai jahit Apek sebelah.

Apek itu mengada2. Banyak yang diminta sebagai balasan mengizinkan kedainya digunakan untuk membuat kain tersebut, termasuklah kebebasan untuk lalu lalang di rumah gadis yang memakainya dan dihidangkan air setiap hari oleh gadis berkenaan. Gadis itu lebih rela pakai kain lama dengan baju kurung baru daripada memberikan si Apek itu apa yang diminta.

Si Kacak Terdahulu tidak puas hati dengan keputusan dia membatalkan tempahan kain tersebut. Lalu, Si Kacak Terdahulu memaki hamun dia di khalayak ramai. Si Kacak Terdahulu tahu dirinya masih kacak, walaupon mempunyai garis2 kedut yang jelas di dahi akibat dimamah usia. Si Kacak Terdahulu juga tahu, ada lagi gadis2 yang meminati kekacakannya terutama gadis2 yang pernah dihadiahkan baju2 mahal dulu.

Tapi, dia tidak ambil peduli apa Si Kacak Terdahulu kata. Dia adalah Si Kacak yang bertanggungjawab kepada gadis2 ini. Si Kacak Terdahulu bukan lagi Si Kacak rasmi.

"Dia mengkhianati saya. Dia harus terhutang budi kerana saya yang memilihnya, walaupon dia sedikit gendut." kata Si Kacak Terdahulu baru2 ini.

"Saya menyesal memilihnya!" tambah Si Kacak Terdahulu lagi.

Dia diam dengan tuduhan itu. Dia tahu tak guna menjawabnya. Tapi, ramai gadis2 tidak tahu. Gadis2 ini boleh bercakaran sesama sendiri jika Si Kacak Terdahulu meneruskan tuduhan dan cacian kepada dia.

...Erm.

(Aku blank)

Tamat.

Demikianlah satu cubaan yang langsung tak menarik dari aku. Sebab tu aku malas nak tulis perkara2 sebegini. Lebih baik aku ceritakan kisah hidup aku sehari2.

Hari Khamis lepas, aku ber'deting' dengan bini tersayang di The Mines, Serdang.

Memandangkan aku menggunakan Kad Perjalanan Bulanan LRT RapidKL, aku menaiki LRT Putra dari ofis ke Masjid Jamek, kemudian tukar ke LRT Star untuk ke stesen Bandar Tasik Selatan. Di situ, aku hanya perlu membayar RM1 untuk menaiki komuter ke Serdang. Jika aku naik dari ofis ke KL Sentral, aku perlu bayar lebih kurang RM3 untuk komuter.

Akibat kedekutan aku tersebut, aku gagal menaiki tiga buah komuter yang lalu di stesen Bandar Tasik Selatan kerana tidak rela untuk menolak2 dan berhimpit2. Tiga kali komuter sampai, tapi sarat dengan penumpang2 yang naik di stesen2 lain sebelum stesen berkenaan.

Bini tersayang datang ambil pukul 7.00 (lebih2 sikit) malam, dan kami terus ke The Mines. Di sana, bini tersayang nak beli bra kutang gogel Sin Chan baju kecik.

Kadang2, aku kagum benar dengan orang perempuan ni. Banyak betul jenis baju sampai orang boleh bukak kedai untuk baju kecik saja. Pernah jumpa kedai seluar kecik lelaki?

Teknik kawalan pernafasan adalah sangat penting bagi para lelaki ketika berada di dalam kedai sebegini. Jika tidak, gadis penjaga kedai akan takut dengan kamu, atau terus meletak jawatan serta merta.

Ketika membayar, aku terlihat satu paket yang menarik di kaunter.

"Invisible bra," kata bini tersayang, berseloroh.

Aku ambil dan membelek2 paket tersebut, sambil berlakon membaca2 tulisan2 yang ada di atasnya. Padahal, tengok gambar je.

HAHA.

"Tipulah!" aku.
"Tu untuk lekat cover nipple je," gadis penjaga kedai menjelaskan dengan selamba.
"HOH?" aku terbunyi, seraya meletakkan balik paket berkenaan cepat2.

*Blushing*

Kawal pernafasan, kawal pernafasan...

Kemudian, aku dan bini tersayang pergi makan di KFC. Makan ayam goreng boleh mengurangkan keterujaan.

Malam itu, kami menonton wayang. Filem animasi 'Cars'.

Filem tersebut sangat menarik, kelakar dan menghiburkan. Aku cadangkan kamu pergi menonton filem tersebut dengan ahli keluarga kamu.

Berbaloi!


p/s: Kalau kamu jenis yang tidak menonton wayang dengan alasan itu budaya barat, maksiat, atau mengkayakan Yahudi, sila abaikan cadangan aku di atas.

25 comments:

Anonymous said...

saya tak baca tulisan eksperimen anda diatas. betulah! berhentilah menulis begitu.. hahaha! cerita yang bawah lagi cantik, tertarik, menarik!

nett.nadia said...

*sama mcm gitartong jugak.

suka tgk muvi, tp selalu xtau nak ajak sapa...kawan2 sume cuti, aku je tergolek kt sini blaja mat480 sorang2. haih...

blackpurple @ jowopinter said...

Invisible bra? Biar betul kau ni... hehehe

sitilina said...

apebende yg abg uti tulis. mmg seyes tak paham. huhu.

saya plan nak tgk wayang dengan suami & anak2. hehe. tengok kat rumah pun sama jugak kan. tp wayang lagik kewl! puas atila. bawak anak jalan2.

sitilina said...

ooo...

tambahan... boleh kan abg uti?

disebabkan si kacak (tatau la yg mana) telah membayar deposit kepada si kuli2 apek dan apek tersebut telah menolak order2 membuat baju utk para artis semata2 utk membuat baju kpd gadis2 kacak, maka deposit telah burn dan si kacak terpaksa membayar gantirugi kepada kuli2 apek.

si kacak terdahulu, walaupun kelihatan ntah apa2 tp beliau dikenali oleh encik karim dari kampung asam sebagai seorang yg keras kepala. dan beliau amat menjaga adik beradiknya. jika ada adiknya yg nakkan gula2 & di masa yg sama anak apek sebelah nangis2 nak jugak, sorila apek mmg takde can la.

si kacak yg terkini pula lebih bertoleransi agaknya. dia memberi sama rata kepada adik2nya dan anak2 apek. sehingga bila anak apek tak dapat, anak apek berani mengadu kepada si kacak yg terbaru "kenapa saya tak dapat, dulu cakap nak bagi sama rata antara saya dan adik2 encik. kita kan jiran. hak jiran mesti diutamakan. apa hak kami sbg jiran kalo kami hanya mampu melihat adik2 encik makan gula2 sedangkan kami hanya menelan liur saja?"

begitulah kisah si kacak. saya lebih suka si kacak terdahulu,yang ganas seperti ultraman. dan berani memfire. bukan seperti kaki2 kipas yg tidak henti2 mengipas walaupun sudah ada kemudahan air cond.

sekian terima kasih.

Anonymous said...

hai sayut, aku kembali membaca blog ko lepas sekian lama merasa kebosanan.

spt alom ke?, aku juga suka pada si kacak yg dulu. cuma, sebenarnya si kacak dulu berkawan dgn bapak apek. dia tolong anak apek, apek tolong anak dia. tp tula, dari dulu sampai skang anak apek tu main masuk je rumah si kacak & amik air. si kacak dulu ada gak la marah kat bapak apek pasal anak dia ni, tp si kacak skang ni takde lg marah2. belum berani kut, sbb baru lg kenal ngan bapak apek tu.

masalah la dgn anak2 si kacak skang ni, suke sgt ngadu. si kacak dulu marah si kacak skang, anak2 si kacak skang lak bising. padahal si kacak skang ni diam je. biasa la tu, sbb anak2 ni berharap diorg bleh jadi future si kacak kut..

sitilina said...

budak2 yg kurang kacak tu mestila cakap "abg kacak mmg terkacak, pakcik kacak tu eksyen je mentang2 la dia paling lama dpt gelaran si kacak". kalo tak, tak pasal2 plak kene terajang ngan si kacak, terus jadi tak kacak2. punah harapan utk jadi the next si kacak.

artisticklytouch said...

aku KACAK!!

Pegawai Khalwat said...

Pelekat niple? Ada orang sanggup pakai ka?

Psss...... hang tak tanya jurujual tu pakai yang tu tak?

Sayuti said...

cikgu nizam: tengoklah dulu. mau coba2 lagi. haha

nadia: rajin sungguh! bagus2

abg jowo: tak. berseloroh je tu.

alom: masa alom akan tiba nanti. mungkin kang boleh plan movie outing sama2.

alom dan kmie: katakan Si Kacak itu suami kamu (kmie, bayangkan juga kamu seorang gadis).

tiba2, bekas suami kamu marah2 cara Si Kacak melayan kamu. sebagai isteri yang solehah, apakah tanggungjawab kamu?

Si Kacak dulu tegas orangnya. tegas sehingga tahap garang sampai anak2 pergi lapor kat teledera. anak2 bersuara sikit, terus ditampar sampai bengong anak tu. langsung tak boleh berkata2.

tapi, kegarangan beliau itu mampu menjadikan gadis2 lebih kelihatan cantik, menarik dan tertarik. sebab itu ramai gadis2 yang masih menyimpan rindu dendam kepada si kacak yang lama. juga, ada anak yang dimanjakan dulu. mereka pon masih rindu.

apek itu tahu dia dilindungi oleh surat pajak air. jadi, herdiklah macam mana pon, dia ada kelebihan itu. Si Kacak sekarang malas nak ungkit2 hanya sebab kain tempahan Si Kacak yang lama.

kalau mau bincang soal prinsip Si Kacak, memang tak sudah. tapi, kalau mau bincang soal tanggungjawab si gadis yang menjadi isteri2 Si Kacak, mudah. kalau tak setuju, sila mintak cerai.

mungkin juga Si Kacak Terdahulu sayang isterinya sekarang. sebab itu dia bising2. tapi, kalau apa yang Si Kacak sekarang buat untuk kepentingan gadis2, adalah haknya kepada gadis2 tersebut. Kalau gadis2 masih tak bersetuju, nanti bila Tok Kadi datang, boleh mintak cerai.

dalam situasi ini, banyak spekulasi boleh timbul. banyak fitnah2 yang boleh direka. antaranya, mungkin Si Kacak terdahulu takut dilupakan dan diabaikan gadis2. tapi, itu sekadar spekulasi.

soalnya, kamu sebagai gadis, apa tanggungjawab kamu?

Sayuti said...

artisticklytouch: ye ye, saya tahu. kamu kacak. cuma, saya lebih kacak, dan sedikit gendut.

pegawai khalwat: kalau tak sanggup, takkan lah dijual. yang pakai gaun2 fesyen tunjuk belakang tu, itulah yang dipakai.

tanya jurujual tu? mau mampos? hahaha.

marisa said...

orang kacak tatau ada invisible bra?..ingatkan dah expert.

edyan7 said...

rasa nak pitam baca kisah si kacak, baru baca dua baris dah lupa ayat pertama tadi... mungkin sy perlu tebalkan kuasa kaca mata ni agaknya... *dizzy*

cubalah tgk cerita x-men III plak..best!

Ayu Mohamad said...

aduhhh sayut...sayut... sabo jek laaaa

Bunga Rampai said...

Salam.
Baju kecik dan seluar kecik?
Ya, yang untuk bayi dan kanak-kanak memang comel-comel belaka :)

Sayuti said...

sezzy: oh, saya innocent.

*wink wink*

puan edyan7: jangan baca, tak baik untuk kesihatan puan dan bayi dalam kandungan tu. selamat menempuh kehidupan seorang ibu. saya doakan keselamatan puan dan bayi tersebut.

kak ayu: sabo separuh iman. sabo kak ayu, sabo.

akak bunga rampai: salam. yang untuk orang dewasa pon comel2 belaka.

hehe.

Anonymous said...

invisible bra? kaver nipple?
untuk lelaki ade tak?
:wink: :wink:

NONIE AZIZ said...

"orang kacak tatau ada invisible bra?..ingatkan dah expert."

akak suka comen si sez' who...tapi akak nak tambah sket...kalau macam tu mesti dia tak berapa kacak!!!muahahhahah

edyan7 said...

Amiin...thanks for the doa', sy sgt memerlukannyaTeruskanlah menulis apa saja yg en. sayuti mahu. Sy nak tumpang baca je... :)

p/s: semoga both of u pun akan dikurniakan 'rezeki' cepat2...

uDA said...

invisible bra?

hahahaha

kat mines ek? nanti nak gi survey. huahua~

Sir Mute Key Chicks said...

kau cerita je la macam mana pun sayut. aku suka baca cerita yang berunsur palang-palang tuh.haha

Sayuti said...

syukies: hangguk anda! hahaha.

akak MR: saya tetap kacak, walaupon akak MR cuba mempersoalkannya... dan sedikit gendut.

:p

puan edyan7: insyaAllah... terima kasih.

kak uda: uiks. bertuah suami akak. hua hua.

sang semut: palang2? err... (sambil buat2 tak paham)

sitilina said...

sebagai gadis : saya mahukan keistimewaan saya sebagai isteri si kacak dan tolongla jgn samatarafkan saya dengan amoi sebelah tu.

sitilina said...

bagi saya, si kacak tua tidak takut diabaikan oleh gadis2 kerana beliau bukan lg kacak skg. kenapa pula nak dengki2 ngan gadis2 yg mengejar si kacak baru?

si kacak tua tidak nyanyuk atau hilang kawalan sejak gadis2 mula menumpu pada kacak baru. tp kerana beliau juga mempunyai anak gadis. dan seperti biasala anak gadisnya adalah termasuk dalam gadis2 yg diberi perhatian oleh si kacak.

jika dahulu si kacak tua berusaha memberi perhatian pada gadis2, hinggakan sesiapa yg menyiul gadis akan ditempeleng. malah gadis2 yg tidak menjaga batasan pun ditempeleng kerana melayan lelaki2 selain beliau.

si kacak kini tidak mengamalkan prinsip tempeleng tp nasihat dan kata2 lunak. hingga ada gadis2 yg mebawa balik lelaki ke bilik tanpa pengetahuan si kacak. malah ada beberapa lelaki asing yg kacak juga menulis surat kepada si kacak bahawa mereka juga perlukan gadis2 cantik dan tidak acila jika si kacak sorang yg membolotnya.

bagi si kacak tua, yg beliau tidak puas hati sikit adalah kerana si kacak menarik skolarship anak perempuannya. sebelum ni, gadis2 di abwah jagaan kacak tua (masa zaman kegemilangan) hampir2 ditarik skolarship oleh badan terbabit tp atas keganasan kacak tua, badan tersebut tidak jadi menarik tapi mengurangkan jumlah skolar yg diberi. tp anak2 gadis tetap diberi elaun makan.

gadis2 sekarang sudah tidak mendapat skolarship lagi. mereka mendapat elaun makan. dan amoi yg tidak berkaitan pun turut mendapat elaun itu juga atas dasar perpaduan.

hehe. suka betul menulis tentang kacak.

Sayuti said...

tulisla alom. janji alom bahagia. hehe.

si kacak tetap si kacak.