Bawah!
Apa perasaan kamu bila niat kamu disalahertikan?
Apa perasaan kamu bila orang yang kamu pandang tinggi, rupa2nya tidak sehebat yang kamu sangkakan?
Sesungguhnya aku bukan seorang psikik yang boleh membaca pemikiran kamu. Jadi, tiada hak untuk aku membuat andaian tentang kamu.
Itulah kesilapan aku. Janganlah kamu ulangi.
Janganlah kamu terlalu memandang tinggi kepada orang lain. Sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, tapi jangan diletakkan dia di tempat yang terlalu tinggi. Bila dia di tempat yang tinggi, kadangkala dia lupa untuk menarik kamu ke atas. Dia mungkin memandang kamu di bawah, dan melupakan kamu. Lebih teruk jika dia menghina kerendahan kamu yang tidak mampu sampai ke tahapnya yang lebih tinggi. Jadi, kamu akan berasa rendah diri dan terhina.
Ingatlah.
Jika orang lain membuat lawak yang sudah basi kepada orang ramai, dan kamu sudah tahu lawak itu, berpura2 ketawa sajalah walaupon lawak itu tidak sehebat mana. Jika kamu tidak mampu ketawa, garu2lah sedikit ketiak kamu agar terasa geli. Jangan kamu kata kamu sudah lama tahu lawak itu, kerana perbuatan itu mungkin menyinggung perasaan orang yang membuat lawak tadi lalu dituduhnya kamu tidak beradab.
Abaikan prinsip berterus terang kamu, kerana prinsip kamu tidak penting dalam situasi ini.
Jika kamu hanya sesekali melawat orang lain, dan orang itu ada ramai anak, janganlah kamu memberi duit kepada semua anaknya secara sedikit2, setiap orang. Dikhuatiri dia akan menyangka kamu membeli perhatian anak2nya. Nanti, anak2 itu akan mencari2 kamu untuk meminta duit.
Kamu yang rugi.
Tidak perlu bagi apa2, walaupon kamu ada banyak duit yang ingin disedekahkan. Apalah duit kamu yang sedikit2 itu berbanding duitnya dalam nilai mata wang asing dalam bank.
Sedarlah diri.
Rendahkanlah ego apabila bercakap dengan orang yang lebih rendah tarafnya dari kamu. Tapi, jangan pula ditinggikan ego kamu apabila bercakap dengan orang yang mempunyai ego yang lebih tinggi.
Sesungguhnya, tidak hilang bisa ular menyusur akar.
Sebenarnya...
Aku dalam mood down. Bini tersayang sms menyatakan air baru pasang. Benih yang aku tanam telah tenggelam dan tidak bercambah.
Tak mengapalah.
Hobi bercucuk tanam aku ni tak pernah hilang. Cuma, teknik penanaman baru perlu aku pelajari agar benih2 tersebut dapat ditanam dengan sempurna.
Hua hua
p/s: Jangan lupa tinggalkan komen. Aku tak delete sebab aku tahu walaupon ini blog aku, database dan hosting adalah milik blogspot dan komen2 itu adalah milik penulis komen. Bukan milik aku. Kalau aku tak nak dikomen, aku disablekan aje.
13 comments:
Bukan maknanya semuanya berakhir. Umur masih muda dan bertenaga. Apa yang nak dirisaukan. Ingat kepada slogan AVIS. "We try harder".
Hai sayut...lamanya tak melawat ke blog ni...bukan ape...kak lady kadang sibuk tak sempat nak blog hopping...so hows life now?..
Bercucuk tanam belum ada hasilnya? Janganlah berputus asa...teruskan usaha...insyaallah akan berhasil :)
tanam benih, tp tak siram air ngan bg baja kut
-bakal petani-
tuan keng: baiklah!
kak lady: takpe kak lady. saya pon tak sempat nak bloghopping. tambah2 skang ni kena hati2 sket nak tulis komen2 dekat blog orang, ada yang tak suka.
life has been prety depressing, stressful, tiring and tiresome. however, comparing to those in palestine and yogyakarta, i could say, my life has never been better!
baiklah, saya akan terus berusaha. kalu tak berhasil juga, kena tanya pakar la nampaknya.
bakal petani: dah disiram, baja pon dah kasik. malah disinari dengan cahaya mentari.
tapi, itulah konsep rezeki. kita harus redha.
bagaimana pula dengan persediaan tanah ladang?
Begitulah. Kekadang benih subur, petani bijak memilih hari, berbayja lagi tapi cuaca pula tak mengizinkan. Begitulah kuasa Tuhan....
Teruskan bertani Sayut. Lambat laun akan ada hasil tuaiannya.
ha ha ha...macam sial punya penulisan..ha ha ha...ada ke kat last2 tu bleh cakap pasal teknik agricultural dan proses penanaman yang gagal plak..ha ha ha..
ko memang aaa sayut..ha ha ha ha..mampos aku kena terajang ngan bos pasal ketawa kuat2 ni..adehh..
sayut...tanah ok, baja ok, matahari ok, air ok, semua ok..
benih macam mana?
harharhar..gurau2..
cuaca, benih, air, cucuk , tanam, siram dan semai....
*mrasalah aku pun mcm tu jugak.
Teruskan usaha anda.
xde yang menarik sgt dalam hidup nih actually. kalau hidop untuk mati, ape yang ada pasti indah dan menarik. menarik kerana thrill.
adik alom: kawasan2 yang strategik dan menarik dalam ladang haruslah ditutup agar tidak dilihat oleh orang lain kecuali petani itu sahaja. kawasannya haruslah dipagari supaya tak ada orang lain yang dapat ceroboh. barulah petani dapat bercucuk tanam dengan seronok nanti.
:D
abg jowo: insyaAllah.
jack: orang suruh keja, kau bantai baca blog aku sape soh? memang kalu aku bos ko, dah lama aku guna dialog donald trump.
haha.
benih? insyaAllah ok.
akak pb: ...and experience gives its lesson.
cuaca: bersama2 kita berusaha. usaha tangga batu - kukuh, utuh dan membawa ke atas.
parchy: betul. tak ada yang menarik sangat dalam hidup, kerana menarik itu adalah dari persepsi.
hidup bukan sekadar untuk mati, tapi hiduplah untuk mencipta kehidupan dan membawa manfaat kepada orang lain. itu, lebih menarik saya rasa.
Sabar. Tiba masa ladangmu pasti berhasil.
Salam :)
insyaAllah akak bunga rampai. insyaAllah.
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »
Post a Comment