Saturday, October 27, 2007
Sunday, October 21, 2007
Kerisik!
Jumaat, 5/10/2007 - aku dan bini tersayang accident.
Bini tersayang gi amik aku dari Terminal Makmur naik Kelisa1. Aku baru sampai dari KL naik Bulan Restu.
Dalam perjalanan balik, tetiba ada sebuah kereta Kancil melintas nak masuk simpang. Bini tersayang tak sempat brek dan berlakulah perlanggaran sederhana kuat.
Tiada kecederaan berlaku meskipon dua2 kereta kemek. Kelisa kemek di bahagian bumper depan sebelah kiri manakala pintu kiri Kancil melengkung ke dalam akibat perlanggaran berkenaan.
Selang lima minit, cina workshop tiba di tempat kejadian mengoffer perkhidmatan beliau. Kami tak talipon pon...
Mengkagumkan!
Cina workshop tu offer service yang menarik. Bukan setakat repair, setelkan police report serta claim insuran pon dia boleh tolong buatkan.
OK lah tu. Kami pon malas nak pening2.
Gi balai, buat report. Kancil yang salah.
Yeay~
Sabtu, 6/10/2007 - dapat tahu Alom sudah berjaya melahirkan Hafiy melalui blog beliau.
Tahniah2.
Khamis, 11/10/2007 - aku dan bini tersayang tumpang Faiz balik Alor Setar, rumah Tok Wan. Faiz adalah seorang eksekutif business planning dalam unit aku, merangkap seorang junior di UTP.
Kami naik Proton Saga2 pegi tunggu Faiz dekat stesen ERL Putrajaya. Parking situ free.
Faiz datang amik naik Proton Waja lebih kurang pukul 8.45 pagi.
Kami tinggalkan Proton Saga di situ. Bateri kereta berkenaan dicabut untuk keselamatan.
Jumaat, 12/10/2007 - aku dan bini tersayang shopping bahan2 mentah untuk buat soto, bihun sup serta rendang di pasaraya Giant Alor Setar.
Mak Njang yang masak masakan2 tersebut.
Sabtu, 13/10/2007 - RAYA!
Empat jam waktu siang hari raya aku habiskan dengan tido.
Huhu.
Ahad, 14/10/2007 - Fly balik ke KL naik AirAsia.
Baru aku tahu yang stewardess AirAsia yang seksi2 memakai uniform merah skirt pendek rupa2nya suka bergosip2 ketika take-off dan landing.
Maka, lenkali kalau aku naik AirAsia, aku akan cuba duduk seat belakang sekali. Bahagian ekor kapal terbang. Strategik. Dekat dengan toilet lak tu. Nak turun pon cepat. Sambil2 tu boleh dengar stewardess bergosip.
Sampai LCCT, naik bas ke MTB, KLIA. Dari KLIA, naik ERL ke stesen Putrajaya.
Proton Saga masih ada di situ. Aku pasang balik bateri dan kami bertolak ke rumah mertua di Batu Pahat.
Isnin, 15/10/2007 - perhimpunan keluarga adik-beradik Ayah. Uncle2, auntie2 serta sepupu2 bini tersayang datang beramai2. Ada marhabban di siang hari dan tahlil pada malamnya.
Ayah masak beriani kambing untuk lunch. Dinner pulak, sup tulang dan teteL (perhatikan hurup L, bukan K!) bersama sambal kicap dan nasik himpit.
Naik tahap kolestrol aku.
Selasa, 16/10/2007 - Bertolak balik ke KL. Aku start kerja hari Rabu dan Khamis...
Huu...
Bini tersayang masih bercuti.
Waa...
Jumaat, 19/10/2007 - Aku dan bini tersayang shopping barang2 baby di Mydin Mall Subang.
InsyaAllah, semua barang2 baby telah diborong kecuali yang besar2 seperti baby cot, stroller dengan car seat.
Ada orang nak sponsor?
Huhu.
p/s: Gambar2 ketika Hari Raya akan diupload kalau aku rajin. Sekarang tengah malas. Huhu. Nama kedua untuk Erynn junior masih belum diputuskan. Cadangan2 yang diberikan oleh kamu2 semua sangat menarik. Terima kasih.
footnote 1 & 2:
Bini tersayang ada dua bijik kereta. Kelisa(1) dibeli
setelah bini tersayang mula bekerja di Kuantan dan mendapati kadar
penggunaan petrol Proton Saga(2) adalah tinggi bagi perjalanan ulang alik
ke ofis beliau. Proton Saga tu pulak dipinjamkan Ayah sejak
kami third year di UTP. Disebabkan kurang berjalan, kurang setahun
selepas menggunakan Proton Saga berkenaan, bini tersayang telah
berjaya menjadi montel dan comel. Setelah bini tersayang membeli Kelisa, Proton
Saga tersebut ditinggalkan di KL dan jarang digunakan.
Memo from Sayuti at 1:49 AM 9 responded
File Category Fatherhood, Journal